Respond to this post by replying above this line
New post on SABAH TODAY
TIBA MASA PEMIMPIN MUDA TAMPIL KUKUHKAN PEMBANGKANG
by SABAH TODAY
JO-ANNA SUE HENLEY RAMPAS
SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Semua pemimpin muda daripada parti pembangkang perlu tampil mencari jalan penyelesaian kepada masalah percakaran sesama sendiri yang berlaku dalam kalangan pembangkang sehingga meretakkan hubungan.
Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, senario politik kini sudah berubah, orang muda bukan lagi hanya sekadar menunggu arahan tetapi perlu tampil memberi cadangan, pendapat dan melaksanakannya.
Tegasnya, jika pemimpin senior gagal mencari jalan penyelesaian, golongan muda pasti mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah.
“Sejak sekian lama pandangan sayap muda telah dipinggirkan dan hanya melakukan seperti apa yang diarah bukannya terlibat secara aktif dalam ideologi parti dengan memberikan cadangan, idea serta melaksanakannya.
“Biarlah semua sayap-sayap muda parti duduk bersama membincangkan situasi ketidaktentuan politik semasa dan mengukuhkan kembali jambatan yang menjadi pemisah kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan.
Kelmarin, dua pemimpin pemuda iaitu Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd. Ithnin dan Naib Ketua Pemuda DAPSY, Muhammad Shakir Ameer menggesa semua parti pembangkang kembali semua ke meja rundingan untuk membina momentum baharu bagi berdepan pilihan raya umum ke-15.
Kesatuan antara Pakatan Harapan (PH) dengan parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang dan Muda kini kelihatan rapuh menyebabkan mereka gagal mencapai kata putus di Dewan Rakyat.
Jo-Anna berkata, golongan muda lebih mudah menerima perubahan demi kebaikan semua pihak berbanding ahli politik senior yang lebih minat mempertahankan kedudukan masing-masing.
“Akhirnya suara-suara yang logik telah kedengaran dan datang dari mana kalau bukan sayap muda dalam parti.
“Ini adalah masa terbaik untuk gerakan muda setiap parti buat apa yang mereka sepatutnya lakukan iaitu mewakili generasi muda dan memastikan ahli parti masing-masing selari dengan tren politik semasa.
“Seperti yang selalu kita dengar, golongan muda adalah masa depan kita. Biarlah generasi muda melaksanakan tugas membawa perpaduan dan ketenangan dalam situasi politik yang kelam-kabut,” tambahnya.
This free site is ad-supported. Learn more
SABAH TODAY | 10th Dec 2020 at 12:05 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-7o
Comment See all comments
Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY.
Change your email settings at Manage Subscriptions.
Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://thesabahtoday.news.blog/2020/12/10/tiba-masa-pemimpin-muda-tampil-kukuhkan-pembangkang/
Thanks for flying with WordPress.com