Zahid arah MP BN keluar dari kerajaan PN sebelum Februari –

Pilihanraya Umum mungkin berlaku lebih awal

Sukau Kinabatangan: Berkemungkinan akan ada pilihanraya lebih awal dari yang kita semua maklumi dan jangkakan UMNO berkeputusan telah mengambil langkah drastik untuk meninggalkan PERIKATAN NASIONAL pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini adalah lampu syarat bahawa krisis politik negara kembali dramatik. UMNO kecewa bekas PM yang juga mantan presiden parti itu Datuk Seri Najib ‘Bosku’ dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘Malu Apa Bosku’ atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Najib yang juga bekas ‘bosku’ dan sahabat Ahmad Zahid dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta.