OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan berita tular di media sosial yang menyatakan Warisan menyertai Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan PN tidak tumbang.
Perkara ini dinafikan oleh Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman menerusi Facebooknya.

AZIS JAMMAN
Mohd Azis berkata, paparan berita itu tular sejak pagi tadi dan beliau ingin mengesahkan bahawa ia adalah fitnah dan satu berita yang tidak sahih.
Turut membuat penafian itu adalah Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua.
Beliau dipetik melalui portal FMT menyatakan Warisan tidak pernah terfikir menyertai kerajaan yang diterajui PN.
βTidak benar, itu fitrnah kerana perkara ini tidak pernah dibincangkan, tidak pernah terfikir pun (sertai PN). Presiden (Mohd Shafie Apdal) seorang yang punya prinsip dan maruah.
βSaya tidak tahu kenapa mahu babitkan Warisan, sedangkan mereka (PN) sekarang ini kucar-kacir,β ujarnya.

Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.