WARISAN: Tidak guna istilah ‘Terpilih Sahaja’

Tradisi WARISAN sejak 5 tahun

Kronologi dan tradisi asli kepimpinan warisan sejak ia ditubuhkan ialah TIDAK PILIH BULU, SAMARATA, RINGAN SAMA DIJINJING & YANG BERAT DIPIKUL BERSAMAΒ²

Inilah keistimewaan yang ada pada Warisan yang tidak ada pada parti lain, baru baru ini kita mendapat kebenaran dari pihak ‘Sebelah’ yang sememangnya mereka tidak ikhlas membela nasib rakyat jelata, apa yang mereka inginkan hanya populariti, mengaut keuntungan dan merebut kuasa demi kepentingan peribadi.

Warisan tidak pernah menggunakan bahasa ‘TERPILIH’ sepanjang pemerintahan dahulu, bagi warisan siapapun mereka dari mana pun mereka tetap dianggapi sebagai rakyat.

Belum pernah tercatat dalam sejarah pemerintahan bahawa warisan membezakan antara satu dengan yang lain. Bantuan makanan contohnya, anda boleh lihat walaupun bukan lagi sebagai kerajaan pemerintah di negeri Sabah ini akan tetapi usaha Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Junz Wong, Datuk Awang Ahmad Shah memungkinkan keyakinan rakyat masih menaruh harapan yang tinggi di suatu masa nanti warisan kembali mentadbir negeri Sabah dengan lebih jaya lagi.

Insyaallah, tidak ada yang mustahil kerana Warisan bukan kerajaan yang menggunakan istilah TERPILIH dan kata orang Sabah DIPILIH-PILIH