MKN perlu kaji semula SOP sambutan Tahun Baharu Cina – Lee Lam Thye

Bernama Februari 5, 2021 17:56 MYT

MKN perlu kaji semula SOP sambutan Tahun Baharu Cina - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata SOP yang diikuti rakyat Malaysia setakat ini adalah logik dan pasti akan memenuhi objektifnya iaitu mencegah penularan COVID-19. – Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Tahun Baharu Cina semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata aktivitis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata SOP yang diikuti rakyat Malaysia setakat ini adalah logik dan pasti akan memenuhi objektifnya iaitu mencegah penularan COVID-19.

“Bagaimanapun, SOP terbaharu untuk sambutan Tahun Baharu Cina yang diputuskan MKN, hanya boleh diadakan di rumah dan terhad kepada ahli keluarga yang duduk serumah adalah tidak logik dan tidak masuk akal.”

Ahli keluarga yang tinggal berdekatan perlu dibenarkan makan malam bersama di rumah yang sama selagi mereka mematuhi SOP seperti menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan tidak memeluk antara satu sama lain.

Semestinya mereka tahu bagaimana untuk menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah kepada keluarga tersayang,” kata Lee dalam kenyataan hari ini.

Sumber Utama daripada:

© 2021 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.