Mengapa pemimpin politik malaya inginkan negeri Sabah dibawah telunjuk mereka ?
Mengapa ramai pemimpin politik sabahan sanggup jadi tali barut ?

Mengapa pemimpin politik malaya inginkan negeri Sabah dibawah telunjuk mereka ?
Mengapa ramai pemimpin politik sabahan sanggup jadi tali barut ?

Berdasarkan makluman LHDNM, bayaran duit BPR fasa 1 akan dibayar secara beperingkat mulai penghujung Febuari 2021.
KATEGORI PERMOHONAN BPR 2021
Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :
Isi Rumah
Bujang
Kategori Isi Rumah BPR
Kategori Bujang BPR
Berikut adalah jumlah duit BPR yang bakal diterima mengikut kategori penerima:
Untuk makluman semua, duit BPR akan dikredit terus ke akaun penerima. Mereka yang tidak mempunyai akaun boleh mengambil duit BPR mereka di Bank Simpanan Nasional BSN dengan pengunaan no baucar.. Kepada yang layak,anda boleh membuat permohonan baharu BPR manakala kepada mereka yang layak BSH & BPN 2.0,anda hanya boleh membuat kemaskini BPR.
Tarikh permohonan/kemaskini BPR adalah 15 Januari hinggai 15 Februari. Permohonan BPR akan bermula 15 Januari 2021. Permohonan dan kemaskini BPR boleh dibuat di laman rasmi BPR. Permohonan dan pengemaskinian akan dibuat melalui online atau borang.
Bagi mereka yang tidak pernah mendapat BSH 2020 ataupun BPN 2.0. Permohonan BPR 2021 boleh dilakukan melalui secara dalam talian atau secara manual menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun dari sistem.
Permohonan melalui laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my dengan menggunakan aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat yang boleh dimuat turun dari App Store / Google Play Store di telefon bimbit.
Borang permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh dimuat turun dari laman web rasmi BPR LHDNM atau berkunjung ke salah satu cawangan pejabat LHDNM berhampiran / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk mendapatkan borang atau boleh download melalui link https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke cawangan pejabat LHDNM berhampiran / Pusat Khidmat Hasil LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM / Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri / Pejabat Daerah / Pejabat Residen.
Bagi mereka yang lulus permohonan BSH 2020 atau BPN 2.0,boleh buat kemaskini secara online melalui portal BPR. Pemohon juga boleh membuat kemaskini guna borang,sila isi Borang Kemaskini Maklumat Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR BK-02.
Permohonan BPR adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. Sekiranya anda tidak menerima Bantuan Sara Hidup 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 serta berpendapatan di bawah RM 5,000 seisi rumah, anda boleh membuat permohonan BPR 2021.
Bagi golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran permohonan akan dilakukan secara automatik berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data JAKOA.
Bagi golongan OKU yang merupakan penerima e-bantuan JKM, pendaftaran secara automatik juga akan dilakukan berdasarkan maklumat dalam pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Walau bagaimana pun, setiap permohonan juga akan dinilai berdasarkan syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut bagi mengelakkan sebarang penipuan dan ketidak adilan.
BPR adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Permohonan adalah untuk mereka yang berkahwin mempunyai ataupun tidak mempunyai anak, Ibu ataupun Bapa tunggal yang membuat anak. Pemohon perlulah berumur dari 21 hingga 60 tahun dan ke atas.
Isi rumah < RM2,500
Isi rumah RM 2,501 – RM 4,000
Isi rumah RM 4,001 – RM 5,000
Bujang 21 ke atas < RM2,500
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pemohon
Pemohon perlu mengemukakan salinan sijil perkahwinan, salinan sijil kematian pasangan, salinan sijil penceraian, salinan sijil dekri nisi / dekri nisi mutlak dan salinan kad OKU.
Setiap salinan sijil yang disertakan mestilah sijil yang sah dan dikeluarkan oleh agensi yang bertanggungjawab sama ada Jabatan Agama Islam Negeri / Jabatan Pendaftaran Negara / Mahkamah / Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pasangan
Pemohon perlu mengemukakan pengesahan diri pasangan seperti salinan kad pengenalan sama ada MyKad / MyPR / MyKAS / passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan.
Anak
Pemohon perlu mengemukakan dokumen pengesahan anak kandung seperti salinan sijil kelahiran, mykid atau mykad. Bagi anak angkat, pemohon perlu mengemukakan salinan sijil daftar anak angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, dan salinan mykid atau mykad.
Kesemua salinan dokumen ini boleh dimuat naik ke dalam sistem BPR sekiranya pemohon membuat permohonan secara dalam talian.
Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dijangka akan dibayar secara berfasa iaitu Fasa 1 pada Februari 2021 dan fasa 2 pada September / Oktober 2021 dan ianya ini tertakluk kepada sebarang perubahan terkini dari pihak sekretariat.
Sila hubungi talian hotline BPR MOF di nombor 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau talian hotline BPR LHDNM di nombor 1-800-88-2747
Menghantar pertanyaan melalui emel bpr@treasury.gov.my atau layari laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my
Sumber: Laman Web BPR-Hasil
https://www.ezallrohaizad.com/tarikh-bayaran-bantuan-prihatin-rakyat-bpr-fasa-1/

Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.