Mungkin ramai yang masih mengingati jangkaan dan harapan yang kita miliki ketika menyambut tahun baharu 2020.
Lagipun, bagi generasi kami, tahun 2020 adalah bayangan βmasa depanβ sejak dari zaman persekolahan lagi β kami mewarna, melukis dan menulis karangan mengenai tahun 2020 dengan pelbagai jenis imaginasi liar.
Lalu, tahun 2020 pun tiba. Tidak seorang pun daripada kita menjangka bahawa Malaysia 2020 akan dilanda dengan tiga krisis iaitu politik, kesihatan dan ekonomi seperti hari ini.
Langkah Sheraton yang berlaku pada Februari 2020 dan pergolakan politik selepas itu menjadikan politik Malaysia berada pada tahap yang paling rendah.
Kerajaan hari ini memperoleh kuasa dengan operasi pintu belakang dan pengkhianatan, dan mereka kekal berkuasa dengan memperdagangkan kuasa dan kedudukan bagi mendapatkan sokongan.
Walaupun mempunyai Kabinet yang begitu besar, Malaysia kelihatan tidak mampu untuk mengatasi cabaran kehidupan dan kehilangan pekerjaan kesan daripada virus Covid-19.
Pada 30 Disember 2020, jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 110,485 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 22,562.
Katil di hospital kita kemungkinan tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat.
Dalam sektor pekerjaan pula, jumlah pengangguran direkodkan meningkat kepada 748,200 orang setakat Oktober 2020, iaitu 50% lebih tinggi daripada anggaran purata nasional iaitu sekitar 494,000 untuk tempoh 2016 sehingga 2019.
Ini tidak termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan yang berjumlah 183,600 (mereka ini tidak dikira sebagai tidak bekerja oleh kerajaan kerana mereka akan kembali bekerja kemudiannya) serta mereka yang mengalami penyusutan pendapatan.
Terdapat sebilangan daripada pakar ekonomi menjangka kita bakal berdepan cabaran tahun 2021 sebagaimana tahun 2020 ini atau ia akan menjadi jauh lebih sukar.
Ahli politik daripada kedua-dua belah pihak yang terpecah mesti mencapai jalan penyelesaian yang terbaik untuk menamatkan kebuntuan semasa dan memberikan kestabilan politik yang dapat membawa kita keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.
Perdana Menteri dan pemimpin Perikatan Nasional harus menghentikan obsesi mereka terhadap pilihan raya.
Negara ini tidak memerlukan satu lagi Pilihan Raya Umum kerana kita masih lagi bergelut untuk membendung penyebaran Covid-19 dan sedang menguruskan kesannya terhadap ekonomi. Kita mesti ingat bahawa rakyat mesti didahulukan berbanding dengan kuasa.
Bagi kami yang berada di tempat duduk pembangkang, sejujurnya, kami benar-benar berhasrat agar hala tuju tahun hadapan dapat ditetapkan semula.
Pertama, kita harus nyatakan batasan yang jelas mengenai dengan siapa yang boleh atau tidak boleh untuk kita bekerjasama berdasarkan prinsip dan keyakinan yang jelas.
Kedua, 108 Anggota Parlimen (MP) dalam pembangkang mesti bersatu. Walaupun terdapat banyak perbezaan, marilah kita ingat kembali yang kita ini adalah (dan masih lagi!) 108 Ahli Parlimen yang tidak melompat ataupun tewas walaupun kita sedar bahawa kedudukan jawatan menteri, timbalan menteri atau ketua GLC menanti kita sekiranya kita melakukannya.
Marilah kita kenang semula sekali lagi perjuangan yang mengikat kita bersama iaitu mengenai tadbir urus yang bersih, keharmonian masyarakat, integriti, keadilan dan kecekapan dalam pentadbiran.
Ya, tahun 2020 tidak seperti yang kita bayangkan semasa zaman kita kanak-kanak.
Malah, politik Malaysia 2020 memaparkan rupa bentuk politik paling hodoh yang tidak boleh dibanggakan untuk diceritakan kepada generasi akan datang.
Namun, ianya tidak sesekali akan menghancurkan kita. Ketika kita bakal menyambut tahun 2021, kita masih percaya dan bertekad untuk meneruskan politik yang baik, politik yang fokus kepada pembangunan Malaysia dengan tujuh ciri-ciri berikut:
i. Sebuah negara yang bersatu padu, di mana warganya yang terdiri daripada pelbagai warna, bebas untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing, dalam masa yang sama tetap mengiktiraf diri mereka sebagai rakyat Malaysia dengan berkongsi nilai dan tujuan yang sama;
ii. Sebuah masyarakat yang makmur dengan tenaga kerja yang berpendidikan dan cemerlang dalam ekonomi yang berdaya saing, dinamik dan berdaya tahan dengan digerakkan oleh kreativiti, inovasi dan kemajuan teknologi;
iii. Sebuah masyarakat yang adil, yang mana hasil pembangunan ekonomi dapat dikongsi secara adil di kalangan kelas sosial yang berbeza dan mendorong mereka untuk lebih maju ke hadapan;
iv. Sebuah negara yang demokratik dengan mengamalkan demokrasi yang matang, kebebasan untuk bersuara dan berhimpun, pilihan raya yang bebas dan adil serta pemikiran sivik yang tinggi di kalangan rakyat;
v. Sebuah negara yang berusaha memberikan peluang sama rata kepada semua untuk mendapat pendidikan yang berkualiti dan untuk meningkatkan kemahiran sendiri;
vi. Sebuah masyarakat yang rendah karbon serta melindungi dan memelihara hutan, hidupan liar, dan persekitaran; dan yang paling penting
vii. Sebuah masyarakat yang bermoral, beretika dan penyayang yang memiliki nilai kekeluargaan dan komuniti yang kuat serta dapat melindungi masyarakat kita yang paling memerlukan.
Apabila cahaya bersinar dalam kegelapan, kegelapan tidak akan dapat mengatasinya. Percayalah pada kuasa untuk melakukan perkara yang betul, bersama-sama.
Pada tahun 2021 nanti, ayuh kita tetapkan semula dan bangkit bersama-sama!
Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar mantan Menteri Belia dan Sukan)
Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri)
Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri mantan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar)
Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau mantan Menteri Kerja Raya)
Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam mantan Menteri Pendidikan)
Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)Advertisementsabout:blankREPORT THIS AD
Share this:
Related
BLOK PEMBANGKANG PERLU BERANI LANTIK KETUA BAHARU – PHOONG JIN JZEIn “Uncategorized”
LAPORAN AUDIT 2019 BUKTI SHAFIE APDAL MAMPU PIMPIN NEGARA – TERRENCEIn “Uncategorized”
PERUTUSAN HARI KRISMAS DAN TAHUN BAHARU KETUA MENTERI SABAHIn “Uncategorized”
Published by SABAH TODAY
View all posts by SABAH TODAYUncategorized
Logged in as Honorarium & Organogram. Log out?
Post navigation
https://thesabahtoday.news.blog/2020/12/31/malaysia-2021-ayuh-bangkit-bersama-bersatu-membina-negara-lebih-baik/
PREVIOUSεε―Ήε
ζ7ε€§ηΉεΎ 2021 ζΊζζι ζ°ε€§ι©¬BLOG AT WORDPRESS.COM.Create your website at WordPress.comGet started
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.