Boleh setuju untuk tidak terima vaksin, tapi jangan kempen – Menteri Kesihatan

Hasimi Muhamad

Februari 10, 2021 14:46 MYT

Boleh setuju untuk tidak terima vaksin, tapi jangan kempen - Menteri Kesihatan
Gambar Hiasan

Bila ada yang kempen untuk tidak (bersetuju) ambil suntikan vaksin kepada orang lain, tindakan sedemikian akan mengundang pelbagai tohmahan dan menyalahi Akta 342, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan suntikan vaksin COVID-19 supaya tidak menjalankan kempen menolak suntikan tersebut.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini sebanyak 67 peratus responden bersetuju untuk mengambil vaksin COVID-19.Sementara, sebanyak 17 peratus kajian secara dalam talian mendapati mereka tidak pasti untuk menerima suntikan vaksin tersebut.“(Selain itu), 16 peratus dalam kajian tersebut tidak setuju. Kita sudah menjalankan beberapa tindakan atau langkah-langkah untuk memastikan yang tidak pasti itu turn out to be pasti. Untuk itu dalam 67 peratus campur 17 peratus, bermakna kita ada 84 peratus masyarakat yang setuju menerima.null“Cuma saya nak ingatkan kepada mereka yang tidak bersetuju, jangan kempen tidak bersetuju kepada orang lain kerana ini menyalahi kaedah kerana bila anda kempen untuk tidak (bersetuju) kepada orang lain, ini akan menyebabkan macam-macam tohmahan atau perkara yang mungkin tak dapat (dilaksanakan) dan ia menyalahi Akta 342,” katanya dalam sesi bersama media di sini pada Rabu.Jelas Dr Adham, KKM telah menjalankan kajian tersebut secara dalam talian sejak Disember tahun lalu melibatkan lebih 200,000 peserta.Kerajaan dijangka menerima vaksin Pfizer fasa pertama sebelum 26 Februari ini.BACA: COVID-19: Lebih 70 peratus rakyat Malaysia sedia terima vaksin – KajianBACA: COVID-19: Tiada kluster rentas negeri, KKM jangka 7 atau 8 daerah akan berstatus hijau#vaksin#program vaksinasi#Malaysia#Vaksin Pfizer#kempen menolak suntikan#Kementerian Kesihatan Malaysia#vaksin COVID-19#Menteri Kesihatan#Dr Adham Baba

backup_ads

Berita Berkaitan

LagiMALAYSIAKerajaan luluskan tambahan 3,500 petugas kesihatanMALAYSIANajib sanggah dakwaan Dr Mahathir tidak campur tangan dalam badan kehakimanMALAYSIABicara Shahrir gagal isytihar RM1 juta kepada LHDN mula 1 AprilMALAYSIA160,000 pekerjaan baru bakal diwujudkan tahun ini – ZafrulBISNESPermohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil

Berita Terkini

LagiMALAYSIAKerajaan luluskan tambahan 3,500 petugas kesihatanMALAYSIANajib sanggah dakwaan Dr Mahathir tidak campur tangan dalam badan kehakimanMALAYSIABicara Shahrir gagal isytihar RM1 juta kepada LHDN mula 1 AprilMALAYSIA160,000 pekerjaan baru bakal diwujudkan tahun ini – ZafrulBISNESPermohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil

Newsletter Image

DAFTARTerima kasih atas langganan anda

Invest now $ 250 in Companies like Netflix and get a monthly income. Here's how to do it...
Invest now $ 250 in Companies like Amazon and get a monthly income. Here's how to do it...
A $250 Investment in companies like Netflix could give you a Second Income!
South Korea's Kakao swings to 2020 profit on strong e-commerce
Malaysian citizens can now invest in Amazon and other stocks with as little as $250
The knee brace that has taken the world by a storm.

Juga Menarik Dari Laman Web

POLISI PRIVASITERMA PENGGUNAANPELABUR

Credit to :

© 2021 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved.