“Ibu pesan, teruskan hidup jika dia sudah tiada” – anak mangsa kemalangan di Australia

KULIM: Hanya pesanan terakhir ibu kini menjadi kekuatan buat mereka bertiga untuk teruskan hidup.Menurut kakak sulung, Rushaniena Izani Rusman, 26, ibunya berpesan sekiranya dia sudah tiada nanti, jangan menangis tapi sentiasa sedekahkan bacaan surah Yasin setiap kali teringatkan ibu.Katanya, itulah pesanan terakhir sebelum ibunya berangkat ke Australia pada 21 Februari tahun lalu.Menceritakan kembali sebelum ibunya pergi, pada mulanya dia berat hendak melepaskan ibunya pergi ke sana disebabkan ketika itu berlaku kebakaran besar di negara itu.https://2b8139cd5f376ae7f73a1d0ed4025c85.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.htmlNamun, sebaik ibunya berada di sana mereka bertiga hanya berhubung melalui panggilan telefon apabila rindu dan arwah ibu selalu pesan supaya saya jaga adik-adik.”Sebelum itu ada jugalah rasa tidak sedap hati, seperti tertanya adakah dia okay dekat sana, tambahan pula ibu kerap mengadu sakit gastrik.”Sikit-sikit dia mengadu sakit macam-macam, terfikir jugalah tahap sakit itu macam mana, kerana ibu memang tidak henti-henti mengadu rasa sakit, itu kadang-kadang terfikir macam-macam,” jelasnya.BACA:Keluarga mohon bantuan tampung kos bawa pulang jenazah Rabitah dari AustraliaDalam pada itu, anak kedua Rabitah, Ridwana Ardini, 19, berkata, sepatutnya dia akan berangkat ke Australia selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tinggal bersama ibunya di sana.Katanya, dia kasihan melihat ibunya seorang diri di sana namun takdir memisahkan mereka.”Ibu tidak bagi sambung belajar kerana ibu suruh duduk dengan dia sebab dia tinggal seorang diri, dia suruh kerja sekali dengan dia di sana, suruh teman dia di sana kerana tinggal berseorangan.”Dia seorang sahaja, selalunya kalau dia sakit saya boleh tengok dia dan jaga dia, namun disebabkan oleh COVID-19 ini, kami tidak boleh ke sana berjumpa dengan ibu,” luah Ridwana.Adik bongsunya Rafiq Afif, 14, berkata, pada mulanya dia ingat perkara kematian ibunya hanya mainan tetapi tak sangka rupanya ibu mereka pergi buat selamanya.Katanya, ibu selalu pesan supaya belajar bersungguh-sungguh dan duduk baik-baik dengan dua kakaknya sepanjang dia tiada di sisi.https://embed.astroawani.com/embed-video/id/1889613“Sedekahkan surah Yaasin buat ibu…”Dia sering teringatkan ibu dan jika boleh dia dan kakaknya ingin menatap wajah ibu sebelum dikebumikan.Dalam kejadian pada Isnin, Rabitah Hamed, 49, maut setelah terlibat dalam kemalangan dipercayai cuba mengelak haiwan yang melintas di Griffith, Australia.Mangsa maut di tempat kejadian selepas terpelanting keluar dari kereta dipandunya lalu terjatuh di dalam tali air berdekatan.#COVID-19#perintah kawalan pergerakan#PKP#kemalangan#Australia#Rabitah Hamed#Rushaniena Izani Rusman#Ridwana Ardini#Rafiq Afif#Griffithnull

Berita Berkaitan

LagiBISNESCOVID-19: Supermax gantung operasi kilang Meru selama tiga hariMALAYSIAPelantikan ahli Jawatankuasa Bebas Darurat daripada pelbagai latar belakang, bertepatan – PakarBISNESKPPK cadang buka pejabat MPOS di Arab Saudi bagi perluas pasaranMALAYSIATun Arifin janji laksana tanggungjawab sebaik mungkinMALAYSIASyarikat produksi perlu mohon SPP khas bagi penggambaran dalam studio – Saifuddin

Berita Terkini

LagiDUNIAWhite House tingkatkan bekalan vaksin minggu hadapanDUNIARampasan kuasa: EU pertimbang tindakan ke atas MyanmarDUNIAPendakwaan kedua Trump di Senat bermulaDUNIALima cedera insiden tembakan di klinik kesihatanBISNESCOVID-19: Supermax gantung operasi kilang Meru selama tiga hari

Newsletter Image

DAFTAR

Invest now $ 250 in Companies like Netflix and get a monthly income. Here's how to do it...
The knee brace that has taken the world by a storm.
Unsold SUV's From 2020 Might Be Even Cheaper Than You Think
Dental Implants May Be Cheaper Than You Think: See Prices
‘A tsunami in the sky’: Climate change is melting Bhutan’s glaciers and the danger is real
Aung San Suu Kyi: A Fading Legacy

Juga Menarik Dari Laman Web

POLISI PRIVASITERMA PENGGUNAANPELABUR

Credit: Astro Awani