Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan – Sumber

Najib Aroff
Februari 11, 2021 15:47 MYT

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut. Tambah sumber Astro AWANI itu, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat. “MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. “Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi. Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali. “Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu,” kata sumber tersebut. BACA: i-Sinar: “Buatlah macam i-Lestari, hapus semua syarat pengeluaran” – Najib Razak Astro AWANI dimaklumkan, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar. Sementara itu, sumber yang sama menafikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF. Astro AWANI sedang menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

Sumber Utama Berita: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/pengeluaran-isinar-tanpa-syarat-akan-diumum-minggu-depan-sumber-282485

Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam. – Gambar fail

Najib Aroff Februari 11, 2021 18:24 MYT

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.”Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.”Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.”Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.Berikut perincian pengeluaran:A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.,

Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.

Sumber Utama Berita: https://www.astroawani.com/berita-bisnes

Gempa bumi 7.7 magnitud di Pasifik Selatan cetus tsunami | Astro Awani

https://www.astroawani.com/berita-dunia/gempa-bumi-77-magnitud-di-pasifik-selatan-cetus-tsunami-282407?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=11022021_gempa_bumi_7.7_magnitud&webPushId=MTE4NTc=