WILAYAH SABAH SARAWAK KAYA HASIL BUMI TETAPI MASIH TERBELAKANG BERBANDING NEGERI LAIN SEMENANJUNG MALAYSIA

(Ulang Siar)

Terengganu, Kelantan juga masih ‘ Dinafikan royalti mereka’ ???

Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah negara ini milik mak bapa mereka dan bukan milik rakyat.

Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang “BERHORMAT”. Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya.

Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat dan sepatutnya tidak diberi peluang lagi untuk kembali berkuasa pada PRN Sabah yang lalu. Jika Perikatan Nasional/UMNO menjanjikan pembangunan di mana sahaja ia memerintah, kenapa Sabah dan Sarawak antara negeri yang paling mundur di Malaysia?

Begitu juga, kenapa Terengganu masih begitu ketinggalan, walaupun menikmati royalti minyak ratusan juta ringgit untuk berpuluh- puluh tahun? Jika PN/UMNO menubuhkan Jabatan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat, kenapa penduduk negeri Sabah masih kekurangan prasarana asas seperti jalan, bangunan sekolah dan sebagainya?

Umpamanya, kenapa Gua Musang, masih mundur walaupun kawasan parlimen ini dikuasai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, orang kuat Umno, kerabat diraja dan bekas Menteri Kewangan? Di Pedalaman, Sabah, PN/UMNO memberitahu pengundi bahawa tidak ada parti selain PN /UMNO yang boleh membawa pembangunan. Jika benar, kenapa Terengganu dan Kelantan masih mundur?

Apakah PN /UMNO tidak mendapat peluang sebelum ini untuk membawa pembangunan ke Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak? Namun, ramai tidak sedar cukuplah dengan pengetahuan umum bahawa budaya rasuah masih menebal dan menjadi masalah pokok dalam pemerintah. Justeru, meskipun mengitar semula pelbagai janji pada setiap pilihanraya termasuk pada PRN Sabah yang lalu, hakikat mereka ini hanya mahu berkuasa kembali dan mengisi kocek pemimpin-pemimpinnya sendiri.

Tinggal lah rakyat negeri ini akan terus menanti untuk PN/UMNO menunaikan janji-janjinya. Meskipun Warisan-plus berdepan dengan asakan demi asakan dari pemimpin-pemimpin PN/UMNO, sekutunya (PBS, Star, SAPP) Warisan-plus berjaya mencorakkan satu bentuk perubahan pentadbiran dengan mewujudkan tiga kementerian iaitu Pelajaran dan Inovasi, Kesihatan dan Kesejahteraan rakyat dan kementerian Undang-undang dan Hal-Ehwal anak negeri, di samping membawa perubahan secara teratur dengan kemampuan yang ada.

Warisan, pengundi Sabah tidak nampak kerana hanya dalam 26 bulan mana mungkin dasar-dasar dilaksanakan dengan begitu drastik. Pengundi di Sabah termakan dengan kitaran janji- janji PN/Umno, makanya Warisan-plus hilang kerusi di beberapa kawasan.

Namun jika pengundi Sabah menolak PN/UMNO pada PRN Sabah yang lepas, ia akan menghantar mesej jelas bahawa Persekutuan harus berikhtiar melaksanakan segala apa yang dijanjikan termasuk membayar royalti minyak kepada Sabah sebelum meminta undi rakyat negeri ini. Mesej ini cukup penting kerana pada setiap pilihan raya, pemimpin-pemimpin Malaya akan menabur macam- macam janii dan mencanang dirinya sebagai pejuang rakyat jati. Jika benar pemimpin-pemimpin yang datang ke Sabah pejuang rakyat, tidak mungkin sehingga kini Sabah masih dicengkam kemiskinan.

Pergi sahaja ke pelusuk pedalaman negeri Sabah, untuk mengerti kemiskinan dan menghayati kehidupan penduduknya. Selepas itu cuba dengar pemimpin- pemimpin PN/Umno berjanji untuk membawa pembangunan di Sabah selepas 57 tahun dalam MA63. Jika ada yang tidak rasa loya atau mual, tentunya mereka ini sebaris dengan pemimpin- pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Zahid Hamidi dan sekutunya.

FRIDAY, 12 February 2021 KOTA KINABALU SABAH

Sumber Artikel: Borneo Voice

PERLU ADA MEKANISME BARU PEMILIKAN HAK TANAH KEPADA BANGUNAN PERSEKUTUAN

Baru baru ini satu perkongsian di fb Ketua Menteri Pemberian 177 Geran Tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Katanya, Penyerahan itu dilaksanakan bagi memudahkan agensi agensi tersebut di masa hadapan. 90 untuk Jabatan Pendidikan ,42 untuk Kementerian Kesihatan, 28 kepada kementerian pengangkutan, dan 17 kepada agensi yang lain. Perkara tersebut mengundang kemarahan di kalangan rakyat. Netizen […]

PERLU ADA MEKANISME BARU PEMILIKAN HAK TANAH KEPADA BANGUNAN PERSEKUTUAN

PENJAJAHAN BERMULA: “Kera di hutan disusukan Anak di rumah sendiri mati kelaparan” Tahniah GRS !

20 Februari, 2021 | Sabtu

Hajiji Serah 1,933 Hektar Tanah Sabah Kepada Kerajaan Pusat

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah menyerah 1,933.09 hektar tanah milik Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurut perkongsian laman Facebook rasmi Hajiji, 177 geran tanah ini diserah kepada pelbagai agensi-agensi milik Kerajaan Persekutuan.

Di antaranya 90 geran untuk Jabatan Pendidikan, 42 geran untuk Kementerian Kesihatan, 28 geran untuk Kementerian Pengangkutan dan 17 geran lagi kepada pelbagai agensi-agensi lain.

Hajiji berkata, penyerahan geran ini dilaksanakan bagi memudahkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan tersebut di masa hadapan.

Perkongsian Hajiji telah menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat, yang bertanyakan apa sebabnya agensi-agensi Kuala Lumpur diutamakan daripada penduduk kampung.

Keadaan ini juga menampakkan perbezaan jauh di antara beliau dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang terkenal dengan usahanya membantu orang kampung mendapatkan geran tanah.Penyerahan geran tanah kepada penduduk kampung di

Shafie telah berjaya menyerah lebih 10,000 geran tanah kepada penduduk-penduduk kampung sebelum ditewaskan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.

Sumber Artikel: IniSabahBah

If you reading this right now

If you are reading this right now, you are one meaningful connection away from potentially changing your entire life.

I have seen people get jobs, create businesses, and grow businesses during the past 3 months. Now is a good time to make meaningful connections.

The first time I posted this, people found work. I will post this again with the intention of helping more people.

🙏 One introduction can make a difference. Like this post, and introduce yourself in the comments.👇 – Rachel Mitchell

We all have fears… fear of falling in love, fear of failure, fear of change, fear of rejection, fear of judgment, fear of criticism, fear of losing our jobs and the list goes on and on… I have been afraid so many times in my life. When I was five years old, my dad used to send me downstairs to bring him a glass of water while he banged and tried scaring me from the second floor.

When I traveled alone to South America for a job offer, I was 24 years old. I was terrified. When I decided to marry my ex-husband, knowing that we both came from different cultures. When we moved to the Middle East… by the way, the best experience EVER! When I got divorced and become a single mom.

When the VP of the company I worked for physically spanked me while I was preparing a contract. I was so frightened to go to #HR and tell them what he did to me. I was afraid to lose my #job, So I kept quiet.

I’m still angry until this day None of those fears has stopped me from continuing to push forward; fear has helped me look inside myself and find my reasons to live and to find my #purpose.

Life always goes on….. Fear can keep us living small, insignificant lives that are conflict with the lives we lead in our dreams… where our souls are free to feel, think, and explore the world with.

💪𝐃𝐨𝐧’𝐭 𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐩𝐥𝐚𝐧𝐬 𝐒𝐇𝐎𝐖 𝐭𝐡𝐞𝐦 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐑𝐄𝐒𝐔𝐋𝐓𝐒