20 Februari, 2021 | Sabtu
Hajiji Serah 1,933 Hektar Tanah Sabah Kepada Kerajaan Pusat

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah menyerah 1,933.09 hektar tanah milik Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.
Menurut perkongsian laman Facebook rasmi Hajiji, 177 geran tanah ini diserah kepada pelbagai agensi-agensi milik Kerajaan Persekutuan.

Di antaranya 90 geran untuk Jabatan Pendidikan, 42 geran untuk Kementerian Kesihatan, 28 geran untuk Kementerian Pengangkutan dan 17 geran lagi kepada pelbagai agensi-agensi lain.
Hajiji berkata, penyerahan geran ini dilaksanakan bagi memudahkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan tersebut di masa hadapan.
Perkongsian Hajiji telah menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat, yang bertanyakan apa sebabnya agensi-agensi Kuala Lumpur diutamakan daripada penduduk kampung.
Keadaan ini juga menampakkan perbezaan jauh di antara beliau dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang terkenal dengan usahanya membantu orang kampung mendapatkan geran tanah.Penyerahan geran tanah kepada penduduk kampung di
Shafie telah berjaya menyerah lebih 10,000 geran tanah kepada penduduk-penduduk kampung sebelum ditewaskan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.

Sumber Artikel: IniSabahBah
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.