MONDAY, 22 FEBRUARY 2021 KOTA KINABALU SABAH
oleh Borneo Voice
Tanda awal sikap pemimpin GRS membodek tuannya (kerajaan Persekutuan) dengan penyerahan 177 geran tanah hampir 2000 ekar untuk berbagai jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah. Bertepatan dengan permasalahan yang dihadapi oleh 54 buah kampung di Pitas yang dihalau dari kampung halaman mereka kerana pertikaian tanah di kawasan Kamanchi-Gandawari dengan Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda) dan Acacia Forest Industries (AFI) Sdn Bhd. Sebelum ini dilaporkan, penduduk dari 54 kampung ini telah merayu kepada Ketua Menteri agar campur tangan dalam kes pertikaian tanah yang mereka hadapi namun kerajaan GRS pimpinan Datuk Hajiji Nor gagal menyebelahi penduduk kampung terbabit. Ia amat menyedihkan kerana penduduk terpaksa berjuang sendiri untuk menuntut tanah milik mereka, kerana sekitar 1980 telah mewartakan sejumlah besar kawasan di Pitas untuk penanaman pokok akasia. Dengan pertambahan penduduk, tanah-tanah ini seharusnya dikembalikan kepada penduduk supaya penduduk sendiri boleh berdikari untuk membangunkannya.
Terdahulu dari itu, kerajaan Barisan Nasional pernah menganugerahkan 106,170 Ha (258,038.92 ekar ) tanah diserahkan kepada Felda untuk tujuan peladangan sawit atas alasan untuk meningkatkan ekonomi Sabah tetapi walhal sebaliknya peluang pekerjaan dibanjiri oleh orang-orang Malaya, dari peneroka sehinggalah kakitangannya majoriti semua dari Malaya dan hasilnya diangkut ke Malaya.
Apa tidaknya, semua hasil sawit dari Sabah diproses di kilang-kilang di Malaya, rakyat di negeri ini hanya berputih mata, tidak dapat manfaat dari cukai tanah, minyak sawit dan peluang pekerjaan. Selain itu sejak dahulu lagi, pemimpin Barisan Nasional Sabah memang dasar pembodek Malaya telah menganugerahkan ratusan ribu haktar tanah pada syarikat, yayasan dan individu umpamanya Yayasan Melaka, Felcra dan pemimpin-pemimpin politik. Semasa pemerintahan Warisan, ada pihak memperkecilkan usaha Shafie Apdal memberi 10,000 geran tanah pada penduduk luar bandar kerana ditindas semasa pemerintahan Barisan Nasional kerana ada sebahagiannya dihalau dari kampung halaman mereka untuk memberi laluan kepada syarikat yang dimiliki oleh kroni dan perusahaan multinasional daripada Malaya.
Pemimpin GRS adalah kerajaan tidak jujur cakap tak serupa bikin kerana agenda pertama mereka semasa kempen PRN Sabah yang lalu menghantar pulang PTI ke negara asal mereka namun tidak pula dihantar, malahan didaftarkan sebagai tenaga kerja dan diberi dokumen IMM13.
Untuk mengalih pandangan rakyat atas kegagalan GRS ini, pembantu menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah, Joniston Bangkuai telah memainkan kembali isu-isu pemberian pulau pada PTI, kebakaran penempatan setinggan dalam responnya berhubung kenyataan Datuk Azis Jamman ketua Wira Warisan berhubung penyerahan geran tanah pada jabatan dan agensi kerajaan pusat oleh ketua menteri Sabah Datuk Hajiji Nor. Siapa tidak tahu muslihat dan agenda pemimpin Malaya apabila mereka menakluki negeri Sabah melalui pemimpin lemah dan senang dikontrol, untuk memudahkan agenda mereka tercapai seperti era Musa Aman adalah dijangka akan berulang kembali projek mykad untuk memperkukuh kedudukan UMNO dan PPBM kerana pencapaian semasa PRNS16 tidak memuaskan hanya mendapat 38 kerusi dari 73 DUN keseluruhan kawasan Sabah, termasuk sekutunya dari STAR dan PBS.
Semua sedia maklum bahawa kerajaan GRS menentang cadangan Warisan untuk memberikan penempatan Pulau yang berhampiran negara asal pelarian. Sebenarnya cadangan ini adalah cuma persediaan jikalau berlaku sekali lagi pelarian ekonomi atau perang dari negara jiran. Namun cadangan tidak diteruskan kerana mengambil kira pendapat rakyat kerana ini hanyalah diperingkat cadangan, belum pun dilaksanakan tetapi pemimpin GRS ketika itu memutar belitkan isu ini untuk mengelirukan rakyat terutama di kawasan pedalaman. Justeru itu, apakah GRS akan meneruskan membuka penempatan baharu berhampiran bandar-bandar besar seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan USNO dan Berjaya? Berhubung kewujudan projek mykad yang di pelopori oleh Barisan Nasional yang disahkan oleh tokoh politik yang terlibat dalam sindiket ini adalah ujud terbukti pembatalan kerusi DUN Likas kerana terdapat daftar pengundi di kawasan itu dicemari oleh pengundi haram pemilik mykad palsu. Akibat projek mykad ini, tumbuhlah koloni penempatan haram di merata daerah di Sabah sehingga menimbulkan berbagai masalah umpamanya menjadi sarang narkotik dan pusat subversif. Justeru itu, dalam keadaan yang kotor dipenuhi sampah sarap dan sering berlaku kebakaran, maka timbul cadangan dari kerajaan terdahulu Warisan agar diselaraskan menjadi sebuah penempatan selesa dan selamat didiami kerana majoriti penghuni adalah orang tempatan yang miskin berasal dari kampung terperangkap di bandar kerana mencari pekerjaan untuk penghidupan baharu. Tanpa membuat kajian secara terperinci berhubung penghuni setinggan yang dianggap PTI, dijadikan isu oleh pemimpin dan penyokong STAR dan PBS menuduh Warisan sebagai pelindung PTI akibat kejadian kebakaran di 10 buah lokasi penempatan setinggan di seluruh negeri dikaitkan dengan aktiviti Warisan untuk menukar atau memberi dokumen kepada PTI, sedangkan setiap jabatan yang terlibat mempunyai data peribadi masing-masing. Oleh itu, kerajaan GRS sudah memegang tampuk pemerintahan Sabah, jadi ini lah peluang kamu membuktikan kerja-kerja Warisan itu benar atau sebaliknya. Kesimpulannya, semua tuduhan yang telah dilemparkan oleh kerajaan GRS adalah palsu dan tidak moral. Ini adalah teknik mereka untuk menjatuhkan Warisan dengan menggunakan isu PTI yang tiada berpenghujung. Rakyat Sabah harus berfikiran matang dan memerhati setiap gerak-geri kerajaan yang ada sekarang kerana mereka mempunyai agenda tersendiri sehingga integriti rakyat Sabah dibelakangkan….
This free site is ad-supported. Learn more Borneo Voice | 22 Februari 2021 at 11:45 am | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/paPPlU-mP Comment    See all comments    Like Unsubscribe to no longer receive posts from BORNEO VOICE. Change your email settings at Manage Subscriptions. Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: https://borneovoice.wordpress.com/2021/02/22/pemberian-tanah-kepada-persekutuan-bukti-grs-belakangkan-kepentingan-rakyat-sabah/ Thanks for flying with WordPress.com
