RETAK AKHIRNYA TERBELAH

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY


KOTA KINABALU: Hubungan umpama ‘retak menanti belah’ antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada mampu bertahan atau tidak akan ditentukan petang ini.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat petang ini bagi membincangkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Februari lalu yang menolak kerjasama dengan Bersatu jika Parlimen dibubarkan.

Sebarang keputusan dalam mesyuarat berkenaan juga dijangka bakal memberi gambaran sama ada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan atau tidak.

Semalam, Biro Politik Bersatu telah bermesyuarat bersama Muhyiddin mengenai keengganan UMNO untuk meneruskan kerjasama.

Pendirian rasmi UMNO itu dibuat dalam surat kepada Muhyiddin melalui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hasil mesyuarat di Janda Baik pada 26 Februari lalu.

Hakikatnya, Muhyiddin kini memerintah hanya disebabkan proklamasi Darurat yang sedang berjalan kerana beliau sepatutnya telah hilang majoriti.

Dua Ahli Parimen UMNO iaitu, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebeluk ini telah pun mengumumkan menarik sokonga terhadap Muhyiddin.

Justeru, mesyuarat Bersatu petang ini dijangka turut memberi gambaran mengenai kesan kepada kerajaan Muhyiddin selepas ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menumbangkan Muhyiddin.

Sokongan berkenaan dijangka diperoleh daripada beberapa pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah.


This free site is ad-supported. Learn more


โ€‹

SABAH TODAY | 4 Mac 2021 at 1:19 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-hSCommentSee all commentsLike

Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY.
Change your email settings at Manage Subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://thesabahtoday.news.blog/2021/03/04/nasib-kerjasama-umno-bersatu-ditentukan-petang-ini/Thanks for flying with  WordPress.com