December 2, 2020 KUALA LUMPUR: [Ulang Siar: 26 Jumaat 2021]
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga berhak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kini menjadi tuntutan UMNO memandangkan gabungan politik itu adalag antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, beliau tidak menolak sekiranya ditawarkan jawatan itu atau kepada parti lain dalam gabungan itu tetapi beliau masih belum memutuskan parti mana yang sesuai memainkan peranan berkenaan.
“Memang kita (parti) pun berhak menerima jawatan timbalan perdana menteri. Saya merasakan tiada halangan jika jawatan ini diberikan kepada saya atau parti lain sekiranya ia mampu mengukuhkan lagi kekuatan dalam kerajaan selagi tidak menjejaskan kedudukan mana-mana pihak,β katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam

Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.