ISTANA NEGARA: Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA: PARTI WARISAN SABAH

Wardina dedah disebalik penahanan pemilik Rumah Bonda, didakwa sejumlah wang besar dijumpai dipercayai milik ahli politik

https://beritaperak.com/wardina-dedah-disebalik-penahanan-pemilik-rumah-bonda-didakwa-sejumlah-wang-besar-dijumpai-dipercayai-milik-ahli-politik/

KENYATAAN MEDIA AHLI-AHLI PARLIMEN PARTI WARISAN

Semalam Parti Warisan telah mengadakan pertemuan secara maya bersama Yang Berhormat Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul, bagi membincangkan intipati-intipati penting untuk dibawa ke peringkat pelaksanaan.

YB Datuk Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang), YB Datuk Rozman Isli (Ahli Parlimen Labuan) dan YB Ma’mun Sulaiman (Ahli Parlimen Kalabakan) telah mewakili Warisan dalam pertemuan maya tersebut.

Dalam perbincangan tersebut, kami menekankan beberapa kewajaran bagi Pelan Pemulihan Negara 2021 agar:

Pertama, mewujudkan koordinasi, pengendalian dan pengurusan yang tersusun dan cekap bagi melancarkan urusan-urusan:

Pelaksanaan vaksinasi yang lebih cekap dengan proses pendaftaran dilakukan setelah selesai vaksinasi lengkap dua dos tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan sistem MySejahtera. Hal ini penting bagi mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi semua segmen rakyat di negeri Sabah;

Mempercepatkan program vaksinasi buat golongan pendidik dan pelajar di seluruh sekolah di Sabah yang tertumpu kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman;

Pergerakan rentas daerah dan negeri bagi mereka yang sudah melengkapi vaksinasi dua dos lengkap dengan sijil vaksinasi berdigital dijadikan sebagai piawaian pergerakan; dan

Penetapan SOP yang bersifat praktikal melalui pemantaun daripada pihak Jabatan Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah dan daerah-daerah dengan mengambil kira penilaian-penilaian risiko tertentu.
Kedua, mempertimbangkan secara terperinci dengan beberapa pendekatan yang bersandarkan realiti dan sains berkenaan dengan pembukaan sektor perniagaan kecil seperti kedai runcit.

Kami juga menyampaikan rasa prihatin kami terhadap aspek pemudahcara bagi sistem bantuan tunai mahupun kredit bagi golongan-golongan yang terkesan dari aspek kelangsungan kewangan seperti:
  • Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di daerah-daerah berisiko tinggi di negeri Sabah khususnya;
  • Petani, nelayan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber utama mata pencarian; dan
  • Pengusaha yang terlibat dalam rantaian pembekalan (supply chain) bagi sektor pelancongan dan hospitaliti, khususnya di kawasan-kawasan pulau dan tempat tumpuan pelancong di negeri Sabah.
Ketiga, kami juga mengingatkan Yang Berhormat Menteri agar menyegerakan pelan lengkap bagi melancarkan segala bentuk pembangunan di negeri Sabah yang terencat disebabkan kecelaruan dan kekeliruan SOP yang dikuatkuasakan.

  1. Agihan peruntukan yang sewajarnya perlu diperkemaskan agar setiap proses kearah mewujudkan pembangunan fizikal yang meranqkumi capaian internet dapat diurustadbir dengan baik bagi mempercepatkan proses peralihan ke fasa-fasa pemulihan yang seterusnya.
    Perihal capaian internet di kawasan luar bandar yang masih rendah wajar diberi tumpuan serius kerana ia melibatkan pembangunan pendidikan anak-anak yang banyak dilaksanakan secara pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
  2. Tidak ketinggalan, kami juga mencadangkan agar Kerajaan dapat mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menggunapakai kaedah ‘carbon sequestration’ (penyerapan Karbon) khususnya di Sabah yang merupakan pengelur utama minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia.
  3. Kami berpandangan bahawa perbincangan tersebut merupakan suatu usaha bipartisan yang sewajarnya diberi penelitian dan pertimbangan agar tidak ada satu segmen pun tercicir dalam fokus kita untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini.
  4. Ahli-Ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara Parti Warisan juga akan membawa suara-suara rakyat di peringkat nasional dalam setiap sesi pembentangan di Parlimen yang akan bermula pada 26 Julai ini.  Sekian.

PARTI WARISAN (WARISAN) DENIES WORK TOGETHER WITH PERIKATAN NASIONAL (PN

Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik

10 Jul 2021

MOHD RIDZUAN ABU HASSAN SHAH ALAM – Pakar perlembagaan berpandangan terdapat dua cara boleh dilakukan ketika ini berhubung pelantikan perdana menteri baharu susulan keputusan UMNO menarik sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, cara pertama ialah Muhyiddin meletak jawatan sekiranya merasakan perlu berbuat demikian dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. “Cara kedua, ahli Parlimen mengemukakan perakuan berkanun (SD) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan kepercayaan kepada seseorang yang lain untuk menjadi perdana menteri. “Oleh kerana pelantikan Muhyiddin dahulu berdasarkan kepercayaan majoriti dan dibuktikan melalui dokumen undang-undang iaitu SD, maka untuk menyatakan sebaliknya ketika ini, ia perlu dilakukan semula. “Sebab syarat untuk menjadi perdana menteri interim, ia tidak ada peruntukkan khusus dalam perlembagaan.

Apabila mahu melantik perdana menteri, seseorang itu hendaklah juga pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kepercayaan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Ujar beliau, peristiwa kerajaan tumbang ketika pelaksanaan darurat masih berkuat kuasa boleh berlaku kerana tiada pengecualian dalam Ordinan Darurat mengenai boleh hilangnya kepercayaan majoriti kepada ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya, kuasa Yang di-Pertuan Agong menentukan siapa yang bakal mentadbir kerajaan. “Kita perlu lihat keadaan sama ada perdana menteri sudah sebenarnya hilang kepercayaan majoriti dahulu. “Justeru, Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini, pada saya tidaklah perlu mengambil tindakan sehinggalah isu politik itu dapat diselesaikan oleh orang politik sendiri. “Jadi dalam menentukan siapa yang akan mentadbir kerajaan dan sebagainya ini, perlulah ditunggu dokumen sah atau yang bersifat perundangan atau diiktiraf dalam perundangan yang menyatakan bahawa perdana menteri ketika ini sudah hilang kepercayaan majoriti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu Perdana Menteri interim, Anwar calon terbaik

Sumber: Sinar Harian

Blok Kerajaan Bergolak

PH, Warisan, GPS : Jajaran baharu untuk diteroka Kerajaan Stabil : Gabungan PH, Warisan, GPS – Jajaran baharu untuk diteroka.  

Keputusan MKT Umno menarik sokongan dari kerajaan PN berkuat kuasa serta-merta menyebabkan Mahiaddin kini hilang majoriti dan kabinet kini tergantung.

Pada masa sama, penegasan Umno bahawa tidak akan menyokong pencalonan Anwar sebagai PM dan tidak akan bersama DAP-PH lead government memberi gambaran tiada mana-mana parti atau gabungan parti yang mempunyai majoriti (lebih 111 kerusi) untuk membentuk kerajaan baharu.

Kedudukan semasa di blok kerajaan kini hanya tinggal 77 kerusi iaitu PPBM (32), Pas (18), GPS (18), STAR (1), MIC (1), PBRS (1), MCA (2) dan Bebas (3). Sementara di blok pembangkang kini menjadi 143 kerusi iaitu Pakatan Harapan (89), Umno (38), Warisan (8), Bebas Tun M dan Muda (5), PBS (2) dan Upko (1).

Sementara dua lagi kerusi parlimen masih kosong iaitu Grik dan Batu Sapi ekoran kedua-dua ahli parlimennya meninggal dunia dan belum diisi. Dalam keadaan ini, kerajaan PN khususnya Mahiaddin sebenarnya sudah hilang majoriti dan di atas kertas Pakatan Harapan mempunyai jumlah kerusi paling tinggi dan kukuh, namun masih tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Jika Umno bersama PH, sudah tentu satu kerajaan yang stabil dan kukuh dapat dibentuk. Namun ia mungkin tidak berlaku ekoran Umno masih kekal dengan keputusan seperti diumumkan Zahid malam tadi.

Walaubagaimanapun, masih ada jalan lain untuk diteroka bagi membentuk sebuah kerajaan stabil. Gabungan PH (89) + Warisan (8) + GPS (18) yang akan membentuk 115 kerusi merupakan formula terbaik setakat ini. Dan jika ada beberapa lagi MP Umno turut menyokong gabungan ini, sudah tentu ia lebih kukuh.

Selain stabil, jajaran baharu ini juga bakal membentuk sebuah kerajaan yang mewakili seluruh segmen rakyat Malaysia

Sumber: Group WhatsApp

Jimat Hosting

DAFTAR DOMAIN; COM, NET, ORG, MY…ETC

KOPI SIFUU – DAFTAR EJEN PERCUMA

Jom kita jana pendapatan online. Tanpa modal! Daftar, dapatkan link ‘kedai online’ dan promote saja.
Ada 5 produk boleh jual. Kopi ada, produk kecantikan ada, snek pun ada.
Bukan itu saja. Siap ada gaji bulanan lagi 😱
DAFTAR PERCUMA di sini 👇
https://kopi.sifuu.com.my/?id=000790

KOPI SIFUU

http://kopi.sifuu.com.my/?id=000790