PESAWAT USANG HAWK 108 TUDM TERHEMPAS

Innalillahi wainna Ilaihira ji’un

Kapten Mohamad Affendi Bustamy

Sebuah pesawat Hawk 108 TUDM terhempas di Pengkalan TUDM Butterworth semasa dalam sesi latihan sekitar 10 malam 16/11/2021

Seorang juruterbang  Kapten Mohamad Affendi Bustamy meninggal dunia manakala seorang rakan  lagi Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederaan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia manakala Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Satu kenyataan dari Markas TUDM mengesahkan kejadian berkenaan.

Sejak pesawat ini memulakan perkhidmatan dalam TUDM pada tahun 1996 seramai 8 juruterbang telah Malaysia telah maut akibat terhempas.

Hari ini sebuah pesawat Hawk 108  terhempas di Butterworth dan kita kehilangan seorang juruterbang lagi.

Pesawat Hawk 108 ini sudah terlalu usang. Langkah menggantikan pesawat usang hendaklah diambil secara serius. Kita tidak mampu berterusan menggunakan pesawat usang menjaga kedaulatan negara ini.

Benar kos tinggi pembelian pesawat baru merupakan halangan utama namun usaha mencari dana mencukupi mesti digerakkan. Tidak boleh sekadar berpeluk tubuh sahaja.

Takziah untuk keluarga juruterbang TUDM kita.

Gambar Ehsan Orang Awam
Ehsan Orang Awam