
Fikirkan tentang orang lain sebelum berbuat sesuatu yang merosakkan kredibiliti
Bagi ahli politik semacam anda dan saya mungkin mengubah sesuatu sedia ada yang tidak pernah terfikir akan kesannya terhadap mana-mana pihak, agak senang dan mudah, laungkan sahaja propagandanya.
Pernah terfikir pula bagaimana mereka yang mengawal dan menjaga kedaulatan negara ?
Ya benar, politik boleh menstabilkan keadaan, bagaimana pula sebaliknya seperti yang dilakukan Langkah Sheraton, GRS Sabah, 4 sekawan Melaka ? Adakah itu menstabilkan keadaan ? Bukankah itu gangguan kestabilan negara ?
Bukan semua orang suka dengan perubahan apatah lagi yang dinodai dengan cara kotor yakni rasuah ?
Rasuah adalah tabiat manusia paling jijik dan hina dimata tuhan dan masyarakat, belum lagi disulami dengan birokrasi.
Bayangkan anda tidur nyenyak diwaktu malam, bergurau senda di pagi hari, namun bila ada gangguan politik kotor seperti yang saya sebutkan diatas tadi, maka secara automatik anggota keselamatan negaralah yang akan terbeban lebih berat daripada bebanan kita berpolitik sesama sendiri.
Kerana mereka harus siaga sebaik mungkin, tidak ada yang mustahil di zaman moden ini jika ada negara asing ingin menjajah kembali seperti di Iraq, Afghanistan sebagai contoh.
Andai politik yang dicanangkan itu baik dan sihat tidak mengapa, bagaimana pula sebaliknya seperti saya sebutkan tadi ?
Pemimpin ‘Pergi’ dikebumikan di pusara PAHLAWAN yang bukan pahlawan, Pahlawan sejati Penjaga Daulat negara bila ‘Pergi’ dikebumikan di pusara biasa..dimana letaknya keadilan, siapa sebenarnya PAHLAWAN NEGARA ??
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.