DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN CALON KETUA MENTERI MELAKA

Oleh Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman | 18 November 2021

BEMBAN: Perikatan Nasional (PN) Melaka menyokong penuh pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon ketua menteri sekiranya gabungan itu diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Naib Pengerusinya, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, beliau percaya semua calon serta kepimpinan PN juga senada dengan keputusan yang dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya mendukung penuh perutusan yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin, dalam memastikan kemenangan PRN Melaka kali ini dan harapan saya sudah tentu mahu memastikan jentera PN bagi PRN Melaka akan terus fokus memantapkan barisan kepimpinan komponen parti.