BUNUH SAH DISISI UNDANG-UNDANG SWITZERLAND

Switzerland benarkan penggunaan kapsul bunuh diri

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/12/switzerland-benarkan-penggunaan-kapsul-bunuh-diri/embed/

Konvoi #RasuahBusters meriah, tarik minat orang ramai

HISYAMUDDIN AYUB

10 DEC 2021

Tajul Ariffin
Muhammad Khair

PUTRAJAYA – Konvoi #RasuahBusters yang bermula pada Khamis menerima sambutan luar biasa daripada warga Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Selain menyampaikan mesej antirasuah oleh pasukan Rasuah Busters dan ahli bersekutu di setiap lokasi terpilih, aktiviti singgah santun yang dianjurkan secara santai turut mendapat sambutan meriah. Pelbagai acara sukaneka diadakan termasuk pertandingan sepak bola dan permainan dart kepada orang ramai dengan menawarkan hadiah kemeja-T khas Sinar Harian. Selain itu, program Spot and Win juga mendapat perhatian apabila wang tunai diberikan kepada pemilik kenderaan bertuah yang menampal pelekat khas Jelajah Rasuah Busters sempena Konvoi #RasuahBusters. Muhammad Khair Idris, 61, muncul pemenang pertama program Spot and Win setelah berjaya dikesan oleh ‘skuad pengintai’ Rasuah Busters semasa di Putrajaya. Selain itu, edaran akhbar Sinar Harian dan pelitup muka istimewa Rasuah Busters turut diberikan secara percuma kepada orang ramai. Setelah berlangsung dua aktiviti meriah singgah santun di Pasar Tani MRR2, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan Stesen KTM KL Sentral, sesi konvoi berakhir dengan program Kafe Rasuah Busters bersiaran secara langsung di Menara Kuala Lumpur. Baca Artikel Penuh Gembira Biasa Jer Terhibur Teruja Marah Sedih FacebookWhatsAppTwitterEmail Konvoi #RasuahBusters Rasuah Busters Artikel Berkaitan slide 12 to 16 of 6 Konvoi Rasuah Busters kini bermula 09 Dec 2021 Spot & Win tawar hadiah RM25,000 04 Dec 2021 [SHORTS] Konvoi Rasuah Busters bakal temui anda! 05 Dec 2021 SPRM sokong konvoi #RasuahBusters 06 Dec 2021 Menara Kuala Lumpur, Malakat Mall beri sokongan 08 Dec 2021 Tanggungjawab sebar mesej antirasuah 05 Dec 2021 Konvoi Rasuah Busters kini bermula 09 Dec 2021 Spot & Win tawar hadiah RM25,000 04 Dec 2021 [SHORTS] Konvoi Rasuah Busters bakal temui anda! 05 Dec 2021 SPRM sokong konvoi #RasuahBusters 06 Dec 2021 Menara Kuala Lumpur, Malakat Mall beri sokongan 08 Dec 2021 Tanggungjawab sebar mesej antirasuah 05 Dec 2021 Konvoi Rasuah Busters kini bermula 09 Dec 2021 Spot & Win tawar hadiah RM25,000 04 Dec 2021 [SHORTS] Konvoi Rasuah Busters bakal temui anda! 05 Dec 2021 SPRM sokong konvoi #RasuahBusters 06 Dec 2021 Menara Kuala Lumpur, Malakat Mall beri sokongan 08 Dec 2021 Tanggungjawab sebar mesej antirasuah 05 Dec 2021 Konvoi Rasuah Busters kini bermula 09 Dec 2021 Spot & Win tawar hadiah RM25,000 04 Dec 2021 [SHORTS] Konvoi Rasuah Busters bakal temui anda! 05 Dec 2021 SPRM sokong konvoi #RasuahBusters 06 Dec 2021 Menara Kuala Lumpur, Malakat Mall beri sokongan 08 Dec 2021 Tanggungjawab sebar mesej antirasuah 05 Dec 2021 Konvoi Rasuah Busters kini bermula 09 Dec 2021 Spot & Win tawar hadiah RM25,000 04 Dec 2021 [SHORTS] Konvoi Rasuah Busters bakal temui anda! 05 Dec 2021 SPRM sokong konvoi #RasuahBusters 06 Dec 2021 Artikel Menarik MyArm intai peluang gusti lengan ke Kemboja 2023 10 Dec 2021 Gara-gara kahwin tanpa restu, hayat wanita diragut adik, ibu kandung sendiri 09 Dec 2021 Manifesto gambarkan keseriusan, komitmen GPS 09 Dec 2021 Kantoi sorok dadah dalam batang paip PVC 09 Dec 2021 Thailand sahkan tiga kes import varian Omicron 09 Dec 2021 Harimau kumbang serang remaja orang asli mati ditembak 09 Dec 2021 Lakukan ini sebelum tidur dan lihаt perut anda mengempis Berita Malaysia | Sponsored Bagi mereka yang mengalami sakit sendi, mesti dibaca! Hari Ini Malaysia | Sponsored 1 cawan sebelum tidur dan kehilangan 20 kg tanpa diet Jepun Shinyako Enzyme | Sponsored Kuala Lumpur: Pembubaran SUV 2020 yang tidak terjual. Harga Mungkin Mengejutkan Anda tawaran suv | Cari Iklan | Sponsored

Dedah butiran penuh perjanjian karbon di Sabah, gesa Wong Chen

Perjanjian kredit karbon di antara kerajaan Sabah dan firma dari Singapura disembunyikan oleh GRS secara senyap-senyap dengan tidak memaklumkan kabinet atau Dewan Undangan Negeri, malahan Jeffrey Kitingan cuba memesongkan fakta kononnya perjanjian ini telah dibuat semasa kerajaan Warisan lagi.

Bercakap kepada Malay Mail, Jeffrey Kitingan menyatakan perjanjian perdagangan karbon kontroversi membabitkan dua juta hektar hutan Sabah telah melalui Kabinet negeri dan diluluskan sedangkan ianya belum dibawa ke kabinet atau Dewan Undangan Negeri.

Projek ini telah didedahkan di laman web pemuliharaan Mongabay oleh sumber yang rapat dengan perjanjian itu telah memberitahu Malay Mail bahawa kerajaan negeri Sabah telah membuat satu “Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi” (NCA) dengan sebuah firma yang berpengkalan di Singapura, menurut sumber itu lagi orang suruhan Dr Jeffrey Kitingan, Stan Lassa Golokin terlibat dalam rundingan itu yang kononnya mewakili suara KDMR sedangkan Stan Golokin tidak berpengalaman dan telah lama berhijrah ke luar negara.

Firma swasta yang berpangkalan di Singapura itu, Hoch Standard Pte Ltd  telah diberi kontrak dengan bayaran RM960 juta setahun untuk 100 tahun dengan pembahagian untung 30% dengan modal berbayar hanya sebanyak USD1,000.

Ini menandakan ada yang tidak betul dalam tadbir urus perjanjian ini, ia juga akan menjadi contoh buruk untuk semua perjanjian kredit karbon pada masa akan datang di Malaysia.

Jeffrey Kitingan perlu mendedahkan semua dokumen dan surat-menyurat yang membawa kepada perjanjian karbon ini dan ianya mesti telus sepenuhnya.

Negara pembeli karbon adalah negara-negara industri yang banyak melepaskan gas karbon dioksida di udara melalui kilang-kilang mereka yang mengakibatkan peningkatan suhu dunia seperti Amerika, Eropah, Jepun dll.

Jawapan Dr. Jeffrey Kitingan berhubung isu perjanjian penjualan karbon dengan firma luar itu adalah tidak jujur kerana mengatakan tidak perlu dibawa ke Dewan Undangan Negeri untuk dibahas kerana ini kata beliau hanya pemuliharaan hutan semulajadi.

Namun begitu syarat-syarat perjanjian dan keuntungan dari penjualan karbon itu harus beliau dedahkan kepada pengetahuan umum.

Rakyat mahu tahu berapa pendapatan firma luar itu dari hasil penjualan karbon?…

Jawapan Dr. Jeffrey Kitingan bukan sekadar berlindung dengan isu pemuliharaan hutan semulajadi tetapi bertentangan dengan dasar negara.

Kerajaan Persekutuan  buat masa ini tidak berhasrat untuk menswastakan pengurusan dan operasi perdagangan karbon, sebaliknya sedang membangunkan platform tunggal
pembangunan perdagangan itu yang dibuat melalui kerjasama antara Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia, ketika menteri Alam Sekitar dan Air menjawab pertanyaan Wong Chew (PH-Subang) yang memintanya menyatakan adakah KASA berhasrat untuk menswastakan pengurusan dan operasi bursa itu.

Dalam hal di Sabah, kenapa kerajaan GRS sembunyikan perjanjian dari pengetahuan umum? Adakah kerana mengharapkan rasuah dari firma Singapura itu yang belum diketahui berapa jumlahnya……?

Friday, 10 December 2021
Kota Kinabalu Sabah

Pautan :
https://news.mongabay.com/2021/11/bornean-communities-locked-into-2-million-hectare-carbon-deal-they-dont-know-about/

MUDA STATEMENT: MA63

LULUSKAN MUDA DALAM KADAR SEGERA

August 17, 2021 6:51 pm

Kenyataan Media

LULUSKAN MUDA DALAM KADAR SEGERA Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyambut baik keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) bagi meluluskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), seperti yang diumumkan hari ini. Namun begitu, jangan dilupa bahawa kelulusan ini diberi selepas tempoh masa panjang, yang akhirnya terpaksa dibawa ke mahkamah selepas lebih setahun pendaftaran dihantar. Mahkamah pada 25 Jun 2021 memutuskan agar Menteri Dalam Negeri memberikan maklumbalas terhadap pendaftaran Pejuang dalam tempoh 14 hari. Kebebasan berpersatuan adalah hak fundamental yang dijamin oleh Perlembagaan dibawah Perkara 10, selain dinyatakan di dalam Perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). MUDA ingin sekali lagi menegaskan, seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), supaya reformasi undang-undang dilaksanakan segera bagi meminda Akta Pertubuhan 1966, yang antara lain: Tidak memperuntukkan satu tempoh masa bagi meluluskan pendaftaran sesuatu persatuan; Memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri; dan Tidak memberikan sebab kepada penolakan kepada pendaftaran sesuatu persatuan. Kami juga menggesa agar MUDA diluluskan dengan kadar segera. -Tamat- Amir Abd Hadi Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik (MUDA) 8 Julai 2021 KENYATAAN MEDIA PRESS STATEMENT: CLAIM RIGHTS ON MALAYSIA AGREEMENT 1963 AS A SOLUTION TO THE ROOT PROBLEMS IN SABAH AND SARAWAK 16/09/2021 Bacaan Lanjut » LULUSKAN MUDA DALAM KADAR SEGERA 17/08/2021 Bacaan Lanjut » HANYA ADA SATU JALAN: TAN SRI MUHYIDDIN LETAK JAWATAN 17/08/2021 Bacaan Lanjut » SERTAI MUDA HUBUNGI MUDA HANTAR Facebook Instagram Twitter Envelope 2021 | Designed by KZAB for MUDA Powered by Exabytes ” https://muda.my/2021/08/17/luluskan-muda-dalam-kadar-segera/#:~:text=Search,Powered%20by%20Exabytes

Flashback: Kepimpinan DSSA

Sebanyak 21 perkara telah dikemukakan kerajaan Sarawak dan Sabah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia, dan 17 daripadanya telah mendapat persetujuan bersama, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata baki empat lagi perkara masih dibincangkan secara tiga penjuru antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ini termasuk isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum; mineral minyak dan medan minyak; Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750];

“Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet ini akan dibentangkan di mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, seterusnya akan disusuli dengan pengumuman khas oleh perdana menteri,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Theodore Douglas Lind yang mahu tahu perkembangan terkini mengenai beberapa perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bila kerajaan Persekutuan akan mengumumkannya secara terbuka.

17 perkara yang telah mendapat persetujuan adalah:

(i) Tuntutan Duti Eksport Balak Dan Hasil Hutan Di Negeri Sabah;

(ii) Pengedaran Gas Dan Kuasa Kawal Selia Elektrik Dan Gas Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iii) Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iv) Tenaga Buruh Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(v) Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(vi) Pentadbiran Pulau Sipadan Dan Ligitan Di Negeri Sabah;

(vii) Isu Pertanian Dan Perhutanan;

(viii) Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama;

(ix) Semakan Semula Pemberian Khas;

(x) Penangkapan Ikan, Perikanan Laut dan Muara;

(xi) Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri;

(xii) Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar dan Pelancongan;

(xiii) Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan);

(xiv) Penurunan Kuasa Kepada Mahkamah Sabah dan Sarawak;

(xv) Bidang kuasa Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Autonomi Pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak, dan Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan Bagi Mendengar Kes Difailkan di Borneo;

(xvi) Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman; dan

(xvii) Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah.– BERNAMA

Saya tidak lihat YAB Haji Hajiji Mohd Nor berkomitmentasi sepanjang menjadi KETUA MENTERI SABAH – Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

Mantan CM Sabah

Wacana 5 Dis, 2021 Ahad

Apa yang lebih mengusarkan kita bahawa Wilayah sabah ini kaya dengan sumber alamnya, hasil buminya bermula dari dasar laut hingga ke hutan belantara akan tetapi dalam pentadbiran hari ini tidak kelihatan ianya memberi manfaat kepada rakyat malaysia khususnya di Sabah.

Amat mengecewakan kita, pemimpin sedia ada di Sabah terutamanya generasi kepimpinan GRS lebih mengutamakan persekutuan berbanding rakyat sabah. Sebagai contoh pembentangan bajet 2022, jelas kita lihat Sabah seperti di anak-tirikan oleh persekutuan Malaysia, angkah 5 billion yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan amat tidak masuk akal. Anda sebagai pemimpin harus lebih mengutamakan rakyat bukannya golongan berkepentingan, “saya amat gembira dengan bajet yang diumumkan” sepatutnya intonasi respon dan refleksi dari YAB bukan begitu, anda dinaikkan sebagai pemimpin walaupun asasnya dipihak umno lebih layak duduki kerana mengkepalahi carta prn16 lalu, budibicara rakyat hanya berdiam diri kerana rakyat berfikir anda bijak ternyata apa yang rakyat nampak anda sekadar boneka.

Sabah adalah rakan kongsi persekutuan nilai tambah untuk pembangunan negeri ini tidak cukup dengan angka yang diberikan oleh Kementerian Kewangan atau kerajaan persekutuan Malaysia. Teramat memalukan pihak yang mengaut keuntungan daripada hasil minyaknya negeri ini tetapi memberikan pulangan atau royalty minyak sama seperti negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia, sungguh tidak nampak keadilan dan teramat-amatlah teruk sekali sepanjang sejarah serta pengetahuan kita selama mengikuti perkembangan dunia politik dan aturcara dalam pentadbiran negara ini.

Wacana: Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

Gilad Shalit : Kisah seorang tentera Israel yang ditawan pejuang al Qassam

The Truthful

Honorarium writers 5.12.21

Ini adalah sebuah kisah tentang tentera Al-Qassam seperti mana yang diceritakan oleh Gilad Shalit, seorang tentera Zionis yang pernah menjadi tawanan kepada tentera Al-Qassam selama lebih 5 tahun. Gilad mula ditawan oleh tentera Al-Qassam pada 25 Jun 2006 dan kemudiannya dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dalam sebuah perjanjian pertukaran tawanan penjara antara Hamas dan kerajaan Zionis, di mana seramai 1027 orang Palestin yang berada di dalam tahanan Zionis dibebaskan sebagai tukar ganti kepada seorang tentera Zionis, Gilad Shalit.

Gilad Shalit berkata, “Aku dapat menghidu udara dan aku dapat melihat matahari, dan aku tahu aku sedang berada di atas muka bumi, aku tak tahu nama seorang pun dari mereka kerana mereka memanggil sesama mereka dengan ‘Hamas satu, Hamas dua..’, Aku membaca surat khabar dan mendengar radio, dan makanan yang disediakan untuk aku sungguh lazat”.

Dia menambah lagi,

“Aku akan merasa kehilangan (rindu) kepada beberapa orang warden penjara (anggota Hamas), aku belajar banyak tentang Islam semasa dalam tempoh aku ditawan dan aku telah membaca banyak buku, aku tidak mendengar sebarang perbualan rahsia antara mereka, mereka semua memakai topeng dan berinteraksi sesama mereka dengan bahasa isyarat”.

Dia menyambung lagi,

“Ada seorang doktor datang kepada aku, dan memeriksa kesihatanku secara berkala, dia memakai uniform tentera Hamas, dan aku berjanji kepada mereka bahawa aku tak akan membawa senjata lagi bagi menentang orang-orang Palestin”.

Gilad menyempurnakan kisahnya,

“Selepas dua hari aku ditawan, mereka memberitahu aku bahawa mereka tidak akan membunuh mana-mana tahanan walau apa pun yang terjadi, mereka menjaga uniform tentera aku tetapi aku menolak untuk memakainya pada masa tersebut, aku tidak pernah diseksa dan aku tidak pernah dipukul walau sekalipun. Tetapi aku menangis dengan banyak sekali ketika permulaan kata-kata mereka semasa dalam tempoh soal siasat”.

You’re the Prime Minister but in the [Parliament], I [the Speaker] am incharge