Flashback: Kepimpinan DSSA

Sebanyak 21 perkara telah dikemukakan kerajaan Sarawak dan Sabah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia, dan 17 daripadanya telah mendapat persetujuan bersama, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata baki empat lagi perkara masih dibincangkan secara tiga penjuru antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ini termasuk isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum; mineral minyak dan medan minyak; Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750];

“Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet ini akan dibentangkan di mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, seterusnya akan disusuli dengan pengumuman khas oleh perdana menteri,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Theodore Douglas Lind yang mahu tahu perkembangan terkini mengenai beberapa perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bila kerajaan Persekutuan akan mengumumkannya secara terbuka.

17 perkara yang telah mendapat persetujuan adalah:

(i) Tuntutan Duti Eksport Balak Dan Hasil Hutan Di Negeri Sabah;

(ii) Pengedaran Gas Dan Kuasa Kawal Selia Elektrik Dan Gas Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iii) Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iv) Tenaga Buruh Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(v) Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(vi) Pentadbiran Pulau Sipadan Dan Ligitan Di Negeri Sabah;

(vii) Isu Pertanian Dan Perhutanan;

(viii) Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama;

(ix) Semakan Semula Pemberian Khas;

(x) Penangkapan Ikan, Perikanan Laut dan Muara;

(xi) Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri;

(xii) Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar dan Pelancongan;

(xiii) Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan);

(xiv) Penurunan Kuasa Kepada Mahkamah Sabah dan Sarawak;

(xv) Bidang kuasa Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Autonomi Pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak, dan Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan Bagi Mendengar Kes Difailkan di Borneo;

(xvi) Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman; dan

(xvii) Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah.– BERNAMA

Saya tidak lihat YAB Haji Hajiji Mohd Nor berkomitmentasi sepanjang menjadi KETUA MENTERI SABAH – Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

Mantan CM Sabah

Wacana 5 Dis, 2021 Ahad

Apa yang lebih mengusarkan kita bahawa Wilayah sabah ini kaya dengan sumber alamnya, hasil buminya bermula dari dasar laut hingga ke hutan belantara akan tetapi dalam pentadbiran hari ini tidak kelihatan ianya memberi manfaat kepada rakyat malaysia khususnya di Sabah.

Amat mengecewakan kita, pemimpin sedia ada di Sabah terutamanya generasi kepimpinan GRS lebih mengutamakan persekutuan berbanding rakyat sabah. Sebagai contoh pembentangan bajet 2022, jelas kita lihat Sabah seperti di anak-tirikan oleh persekutuan Malaysia, angkah 5 billion yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan amat tidak masuk akal. Anda sebagai pemimpin harus lebih mengutamakan rakyat bukannya golongan berkepentingan, “saya amat gembira dengan bajet yang diumumkan” sepatutnya intonasi respon dan refleksi dari YAB bukan begitu, anda dinaikkan sebagai pemimpin walaupun asasnya dipihak umno lebih layak duduki kerana mengkepalahi carta prn16 lalu, budibicara rakyat hanya berdiam diri kerana rakyat berfikir anda bijak ternyata apa yang rakyat nampak anda sekadar boneka.

Sabah adalah rakan kongsi persekutuan nilai tambah untuk pembangunan negeri ini tidak cukup dengan angka yang diberikan oleh Kementerian Kewangan atau kerajaan persekutuan Malaysia. Teramat memalukan pihak yang mengaut keuntungan daripada hasil minyaknya negeri ini tetapi memberikan pulangan atau royalty minyak sama seperti negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia, sungguh tidak nampak keadilan dan teramat-amatlah teruk sekali sepanjang sejarah serta pengetahuan kita selama mengikuti perkembangan dunia politik dan aturcara dalam pentadbiran negara ini.

Wacana: Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

Gilad Shalit : Kisah seorang tentera Israel yang ditawan pejuang al Qassam

The Truthful

Honorarium writers 5.12.21

Ini adalah sebuah kisah tentang tentera Al-Qassam seperti mana yang diceritakan oleh Gilad Shalit, seorang tentera Zionis yang pernah menjadi tawanan kepada tentera Al-Qassam selama lebih 5 tahun. Gilad mula ditawan oleh tentera Al-Qassam pada 25 Jun 2006 dan kemudiannya dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dalam sebuah perjanjian pertukaran tawanan penjara antara Hamas dan kerajaan Zionis, di mana seramai 1027 orang Palestin yang berada di dalam tahanan Zionis dibebaskan sebagai tukar ganti kepada seorang tentera Zionis, Gilad Shalit.

Gilad Shalit berkata, “Aku dapat menghidu udara dan aku dapat melihat matahari, dan aku tahu aku sedang berada di atas muka bumi, aku tak tahu nama seorang pun dari mereka kerana mereka memanggil sesama mereka dengan ‘Hamas satu, Hamas dua..’, Aku membaca surat khabar dan mendengar radio, dan makanan yang disediakan untuk aku sungguh lazat”.

Dia menambah lagi,

“Aku akan merasa kehilangan (rindu) kepada beberapa orang warden penjara (anggota Hamas), aku belajar banyak tentang Islam semasa dalam tempoh aku ditawan dan aku telah membaca banyak buku, aku tidak mendengar sebarang perbualan rahsia antara mereka, mereka semua memakai topeng dan berinteraksi sesama mereka dengan bahasa isyarat”.

Dia menyambung lagi,

“Ada seorang doktor datang kepada aku, dan memeriksa kesihatanku secara berkala, dia memakai uniform tentera Hamas, dan aku berjanji kepada mereka bahawa aku tak akan membawa senjata lagi bagi menentang orang-orang Palestin”.

Gilad menyempurnakan kisahnya,

“Selepas dua hari aku ditawan, mereka memberitahu aku bahawa mereka tidak akan membunuh mana-mana tahanan walau apa pun yang terjadi, mereka menjaga uniform tentera aku tetapi aku menolak untuk memakainya pada masa tersebut, aku tidak pernah diseksa dan aku tidak pernah dipukul walau sekalipun. Tetapi aku menangis dengan banyak sekali ketika permulaan kata-kata mereka semasa dalam tempoh soal siasat”.