Wacana 5 Dis, 2021 Ahad
Apa yang lebih mengusarkan kita bahawa Wilayah sabah ini kaya dengan sumber alamnya, hasil buminya bermula dari dasar laut hingga ke hutan belantara akan tetapi dalam pentadbiran hari ini tidak kelihatan ianya memberi manfaat kepada rakyat malaysia khususnya di Sabah.
Amat mengecewakan kita, pemimpin sedia ada di Sabah terutamanya generasi kepimpinan GRS lebih mengutamakan persekutuan berbanding rakyat sabah. Sebagai contoh pembentangan bajet 2022, jelas kita lihat Sabah seperti di anak-tirikan oleh persekutuan Malaysia, angkah 5 billion yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan amat tidak masuk akal. Anda sebagai pemimpin harus lebih mengutamakan rakyat bukannya golongan berkepentingan, “saya amat gembira dengan bajet yang diumumkan” sepatutnya intonasi respon dan refleksi dari YAB bukan begitu, anda dinaikkan sebagai pemimpin walaupun asasnya dipihak umno lebih layak duduki kerana mengkepalahi carta prn16 lalu, budibicara rakyat hanya berdiam diri kerana rakyat berfikir anda bijak ternyata apa yang rakyat nampak anda sekadar boneka.
Sabah adalah rakan kongsi persekutuan nilai tambah untuk pembangunan negeri ini tidak cukup dengan angka yang diberikan oleh Kementerian Kewangan atau kerajaan persekutuan Malaysia. Teramat memalukan pihak yang mengaut keuntungan daripada hasil minyaknya negeri ini tetapi memberikan pulangan atau royalty minyak sama seperti negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia, sungguh tidak nampak keadilan dan teramat-amatlah teruk sekali sepanjang sejarah serta pengetahuan kita selama mengikuti perkembangan dunia politik dan aturcara dalam pentadbiran negara ini.
Wacana: Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau