August 17, 2021 6:51 pm
Kenyataan Media
LULUSKAN MUDA DALAM KADAR SEGERA Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyambut baik keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) bagi meluluskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), seperti yang diumumkan hari ini. Namun begitu, jangan dilupa bahawa kelulusan ini diberi selepas tempoh masa panjang, yang akhirnya terpaksa dibawa ke mahkamah selepas lebih setahun pendaftaran dihantar. Mahkamah pada 25 Jun 2021 memutuskan agar Menteri Dalam Negeri memberikan maklumbalas terhadap pendaftaran Pejuang dalam tempoh 14 hari. Kebebasan berpersatuan adalah hak fundamental yang dijamin oleh Perlembagaan dibawah Perkara 10, selain dinyatakan di dalam Perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). MUDA ingin sekali lagi menegaskan, seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), supaya reformasi undang-undang dilaksanakan segera bagi meminda Akta Pertubuhan 1966, yang antara lain: Tidak memperuntukkan satu tempoh masa bagi meluluskan pendaftaran sesuatu persatuan; Memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri; dan Tidak memberikan sebab kepada penolakan kepada pendaftaran sesuatu persatuan. Kami juga menggesa agar MUDA diluluskan dengan kadar segera. -Tamat- Amir Abd Hadi Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik (MUDA) 8 Julai 2021 KENYATAAN MEDIA PRESS STATEMENT: CLAIM RIGHTS ON MALAYSIA AGREEMENT 1963 AS A SOLUTION TO THE ROOT PROBLEMS IN SABAH AND SARAWAK 16/09/2021 Bacaan Lanjut » LULUSKAN MUDA DALAM KADAR SEGERA 17/08/2021 Bacaan Lanjut » HANYA ADA SATU JALAN: TAN SRI MUHYIDDIN LETAK JAWATAN 17/08/2021 Bacaan Lanjut » SERTAI MUDA HUBUNGI MUDA HANTAR Facebook Instagram Twitter Envelope 2021 | Designed by KZAB for MUDA Powered by Exabytes ” https://muda.my/2021/08/17/luluskan-muda-dalam-kadar-segera/#:~:text=Search,Powered%20by%20Exabytes


























Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.