Flashback: Kepimpinan DSSA

Sebanyak 21 perkara telah dikemukakan kerajaan Sarawak dan Sabah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia, dan 17 daripadanya telah mendapat persetujuan bersama, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata baki empat lagi perkara masih dibincangkan secara tiga penjuru antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ini termasuk isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum; mineral minyak dan medan minyak; Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750];

“Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet ini akan dibentangkan di mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, seterusnya akan disusuli dengan pengumuman khas oleh perdana menteri,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Theodore Douglas Lind yang mahu tahu perkembangan terkini mengenai beberapa perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bila kerajaan Persekutuan akan mengumumkannya secara terbuka.

17 perkara yang telah mendapat persetujuan adalah:

(i) Tuntutan Duti Eksport Balak Dan Hasil Hutan Di Negeri Sabah;

(ii) Pengedaran Gas Dan Kuasa Kawal Selia Elektrik Dan Gas Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iii) Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(iv) Tenaga Buruh Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(v) Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;

(vi) Pentadbiran Pulau Sipadan Dan Ligitan Di Negeri Sabah;

(vii) Isu Pertanian Dan Perhutanan;

(viii) Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama;

(ix) Semakan Semula Pemberian Khas;

(x) Penangkapan Ikan, Perikanan Laut dan Muara;

(xi) Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri;

(xii) Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar dan Pelancongan;

(xiii) Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan);

(xiv) Penurunan Kuasa Kepada Mahkamah Sabah dan Sarawak;

(xv) Bidang kuasa Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Autonomi Pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak, dan Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan Bagi Mendengar Kes Difailkan di Borneo;

(xvi) Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman; dan

(xvii) Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah.– BERNAMA

Saya tidak lihat YAB Haji Hajiji Mohd Nor berkomitmentasi sepanjang menjadi KETUA MENTERI SABAH – Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

Mantan CM Sabah

Wacana 5 Dis, 2021 Ahad

Apa yang lebih mengusarkan kita bahawa Wilayah sabah ini kaya dengan sumber alamnya, hasil buminya bermula dari dasar laut hingga ke hutan belantara akan tetapi dalam pentadbiran hari ini tidak kelihatan ianya memberi manfaat kepada rakyat malaysia khususnya di Sabah.

Amat mengecewakan kita, pemimpin sedia ada di Sabah terutamanya generasi kepimpinan GRS lebih mengutamakan persekutuan berbanding rakyat sabah. Sebagai contoh pembentangan bajet 2022, jelas kita lihat Sabah seperti di anak-tirikan oleh persekutuan Malaysia, angkah 5 billion yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan amat tidak masuk akal. Anda sebagai pemimpin harus lebih mengutamakan rakyat bukannya golongan berkepentingan, “saya amat gembira dengan bajet yang diumumkan” sepatutnya intonasi respon dan refleksi dari YAB bukan begitu, anda dinaikkan sebagai pemimpin walaupun asasnya dipihak umno lebih layak duduki kerana mengkepalahi carta prn16 lalu, budibicara rakyat hanya berdiam diri kerana rakyat berfikir anda bijak ternyata apa yang rakyat nampak anda sekadar boneka.

Sabah adalah rakan kongsi persekutuan nilai tambah untuk pembangunan negeri ini tidak cukup dengan angka yang diberikan oleh Kementerian Kewangan atau kerajaan persekutuan Malaysia. Teramat memalukan pihak yang mengaut keuntungan daripada hasil minyaknya negeri ini tetapi memberikan pulangan atau royalty minyak sama seperti negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia, sungguh tidak nampak keadilan dan teramat-amatlah teruk sekali sepanjang sejarah serta pengetahuan kita selama mengikuti perkembangan dunia politik dan aturcara dalam pentadbiran negara ini.

Wacana: Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

PENGORBANAN ALMARHUM TUN MUSTHAPA & TUN FUAD

BREAKING NEWS! . . . Britain responsible for plight of Sabah, S’wak, in M’sia . . .

Court challenges loom on Sabah, S’wak, ‘plight’ in Malaysia. If Malaysia Parliament pass laws on Borneo Territories, the court should ‘declare’ them. OPINION . . . We learn from media statements that there was no consensus in the Malaysian Cabinet — it seems that two Ministers expressed “reservations” — on Article 1(2) and the Definition […]

BREAKING NEWS! . . . Britain responsible for plight of Sabah, S’wak, in M’sia . . .

BREAKING NEWS! Proclamation of M’sia invalid if not in English . . .

Proclamation of M’sia invalid if not in English . . . M’sia Agreement 1963 invalid as Proclamation confirmed Sabah S’wak colonies on 16 Sept 1963. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159549814943620&id=522048619 The Federal gov’t can claim that the Proclamation of Malaysia was not valid if it was originally in Jawi. English is the language of law and the Constitution in […]

BREAKING NEWS! Proclamation of M’sia invalid if not in English . . .