Oleh Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman | 18 November 2021
BEMBAN: Perikatan Nasional (PN) Melaka menyokong penuh pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon ketua menteri sekiranya gabungan itu diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
Naib Pengerusinya, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, beliau percaya semua calon serta kepimpinan PN juga senada dengan keputusan yang dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya mendukung penuh perutusan yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin, dalam memastikan kemenangan PRN Melaka kali ini dan harapan saya sudah tentu mahu memastikan jentera PN bagi PRN Melaka akan terus fokus memantapkan barisan kepimpinan komponen parti.
“Jika parti dari Semenanjung Malaysia pun nak ke sini, bawa budaya mereka, mati kita oii.. susah kita nanti. Isu nama ‘Timah’ pun susah juga. Jangan biarkan mereka datang.
“Jadi saya memberitahu pemimpin Persekutuan biarkan pilihan raya Sarawak terhad dalam kalangan rakyat Sarawak. Saya memberitahu mereka kerana masalah Sarawak hanya boleh ditangani oleh orang Sarawak,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Miri City Hall di sini pada Isnin.
Mekanisme pilihan raya semula yang bertujuan untuk menangani tindakan lompat parti boleh dilaksanakan di Melaka meskipun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pengundi di Melaka perlu menyokong parti politik yang menunjukkan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Hibrid.
Rakaman awal pada tahun 2019 oleh pengirim akaun Instagram
Semoga jalan DAGAT KINABATANGAN mendapat tempias perubahan PAN BORNEO, kalau inipun masih tidak dapat sebarang perubahan ada baiknya kepimpinan hari ini fikir kembali atas kapasiti sebagai ‘APA ?’ anda sebagai menteri sekaligus wakil rakyat.
Buang masa tidak membawa apa-apa makna, penuhi masa lebih BAIK daripada duduk santai di kerusi empuk.
Bak kata pepatah arab ” Masa bagaikan mata pedang yang tajam, jika engkau tidak memotongnya, maka dia akan memotong mu “
Buatlah keputusan sebaiknya agar senang menjawab soalan di muktamar akhirat kelak.
Pendekatan pentadbiran itu mengajak seluru rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk bersama-sama berganding bahu, membawa negara keluar dari krisis ekonomi dan pandemik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika ditemui, lelaki yang berasal dari negara jiran Filipina yang didapati memakai pakaian perempuan itu dipercayai cuba meloloskan diri keluar daripada daerah Papar.
YB Cik Isnaraissah Munirah – Ahli Parlimen Kota Belud merangkap Ketua Wirawati SabahYBhg Puan Jo Ann Henley Rampas – Timbalan Ketua Wirawati SabahYBhg Cik Sabrina Yahya – Naib Ketua Wirawati Sabah
PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri.
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah berpendapat, semangat dwi partisan seperti dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan kepada kerajaan negeri ini.
Dalam kenyataan bersama, gabungan itu berkata pelaksanaan kerjasama itu membolehkan semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang fokus bagi memulih serta membangunkan semula Sabah.
“Sehingga kini, kerajaan negeri belum lagi secara jelas tampil dengan strategi bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi di Sabah.
“Ianya bukan lagi soal politik, tetapi kepentingan umum rakyat Sabah. Semua tenaga dan sumber yang ada sepatutnya digunakan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula kesan krisis akibat pandemik Covid-19 ini.
“PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri supaya fokus boleh disatukan ke arah pemulihan dan pembangunan semula Sabah ketika ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah Poon Ming Fung, Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.
Sementara itu, PH Sabah percaya kestabilan politik di negeri itu akan tergugat jika perkara seperti di Semenanjung menular ke dalam kerajaan negeri.
Mereka berpendapat, aktiviti berpolitik berterusan ketika krisis sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang hanya akan membantutkan apa yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.
Strategi pembangunan semula Sabah
Katanya, satu jawatankuasa khas untuk memperinci dan mengemukakan strategi pembangunan semula Sabah kepada kerajaan negeri telah ditubuhkan PH Sabah.
Jawatankuasa itu akan turut mencadangkan kerjasama rentas politik bagi memfokus kepada pelaksanaan strategi memulih serta membangunkan semula negeri berkenaan.
“Majlis Pimpinan PH Sabah telah bermesyuarat malam tadi untuk membincangkan isu rakyat terkait kesan pandemik Covid-19 dan perkembangan isu politik semasa.
“PH Sabah mengalu-alukan usaha program vaksinasi rakyat Sabah ke arah mewujudkan imuniti kelompok. Bagaimanapun, PH Sabah berpendapat program vaksinasi hanya merupakan salah satu daripada strategi pemulihan.
“Kerajaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada program vaksinasi tanpa mencetus kesegeraan merangka dan melaksanakan strategi pembangunan semula yang seterusnya,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu, strategi pemulihan kesihatan awam disusuli pembangunan semula ekonomi dan infrastruktur di Sabah harus dirangka dan dilaksanakan segera.
“Kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan lebih pragmatik dan transparen berkenaan program pemulihan dan pembangunan semula kerana pandemik Covid-19 telah mewujudkan satu krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia kini menjadi kepentingan umum rakyat Sabah yang menagih perkhidmatan terbaik daripada kerajaan,” katanya.Microsoft and partners may be compensated if you purchase something through recommended links in this article.
Rata rata yang aku baca diruang komen kemarahan rakyat ada dua faktor utama, Pengeluaran KWSP 10K One Off..
Dan BKM(BRIM) Bujang.. Inilah yang telah merosakkan pemikrian rakyat selama ini.. yang mereka tahu, berapa Tunai yang mereka boleh dapat tahun ni… Yang lain tu, Lantak lah..
Semalam semasa tonton temubual di Awani selepas Solat Jumaat.. Tiba tiba ke udara ucapan pembukaan Menteri Kewangan(Bankers) dengan mumulakan ucapan dengan Bantuan BKM sebanyak RM 2 ribu bagi keluarga yang mempunyai 3 ahli keluarga..
Hammer Of Thor Lepas pengumuman tu aku dah tak layan Pembentangan Belanjawan.. Bagi aku sampah..Sudah lah point Belanjawan tak tertatur.. Tak pernah dalam sejarah Belanjawan, Pengumuman bantuan Tunai, samada BRIM,BSH hatta BPM diumumkan pada awal pembukaan ucapan Belanjawan.. Yang Penting ada unjuran hasil.. Apa maknanya ?
Mereka cuba membeli jiwa orang Melayu dengan Bantuan Tunai.. Inilah yang merosakkan pemikiran orang Melayu.. Mereka tidak mahu tahu apakah negara punya Pendapatan, Apakah ada peluang pekerjaan dan Perniagaan.. hatta Gaji Minimum.. Yang mereka tahu, Boleh tak dapatkan tunai secepat mungkin hatta itu duit simpanan mereka dihari tua.. Inilah cara Najib dulu Merosakkan Pemikiran Melayu..Melayu tidak kisah lagi harga minyak masak mahal..Harga ayam, ikan dan Sayur melonjak.. begitu juga harga makanan.. Depa tak peduli Harga rumah sewa yang tinggi… Sedangkan Rakyat kerugian beribu ringgit dari bentuk Inflasi dari dari kenaikan Kos sara Hidup.
Duo Depa tak peduli dulu harga Ayam RM 5, hari ni RM 9.. Depa tak peduli dulu minyak masak RM 16 kini Rm 30.. Depa tak kisah pun , Dulu Nasi Ayam RM 5 sekarang RM 8.. Semua kerugian itu tak bawa makna pada depa.. Hatta seumur hidup terpaksa menyewa rumah Kerana harga rumah mahal.. Dulu sewa RM 300, Kini Terpaksa menyewa Paling kurang RM 600 Sebulan.. Biar lah rugi Kedai terpaksa ditutup..Hilang Kuasa Beli..janji ada 2 ribu bantuan tahun ini.. biarlah gaji basic kekal rendah.. tak penting gaji minima.. mampus pi dasar perumahan Rakyat..Janji berapa tunai yg kerajaan nak bagi..Berapa puluh ribu duit KWSP aku boleh Keluar.. Tapi itulah Gambaran Kerosakan minda terutama Masyarakat Melayu dibuat Najib dan UMNO..
PROMOTED CONTENT Diabetes hilang selama-lamanya! Lakukan ini sebelum tidur Insulux Mahu Seks selama 3 pusingan? Ambil pil ini sebelum bermula! Bulldozer Pantas! Bosan dengan botak? Rambut tumbuh dalam 7 hari! Membaca VitaHair Duo
Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof Yacob telah mengguna wang untuk menyogok dan mempengaruhi wakil-wakil rakyat lain untuk berpaling tadah bersamanya.
“Kami dimaklumkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan, beliau (Dr. Yusof) turut mempengaruhi mereka untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”
“Parti Warisan tidak pernah berkompromi dan menentang sekeras-kerasnya budaya lompat parti dengan cara penyogokan wang dan pangkat sama ada di peringkat negeri atau Pusat,” kata Shafie dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Berkenaan alasan yang diguna untuk Dr. Yusof berpaling tadah, Shafie berkata Dr. Yusof tidak wajar mengguna alasan sedemikian kerana telah diberi peluang dan ruang secukupnya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Yusof tidak wajar menggunakan alasan keputusan ini dibuat demi meneruskan khidmat kepada Rakyat setempat.”
“Ini adalah kerana beliau sendiri sebelum ini telah diberi jawatan penting dalam Kabinet negeri iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi.”
“Malah, kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Parti telah membolehkan beliau menyertai perbincangan dan mesyuarat penting termasuk Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan juga Mesyuarat Pasca Majlis Raja-Raja bersama dengan Menteri Besar, sama ada mengiringi atau mewakili Presiden parti.”
Dalam pada itu, Shafie meminta semua ahli dan penyokong serta kepimpinan di semua Bahagian supaya bertenang dan kekal setia dengan perjuangan asal Warisan, iaitu menentang kleptokrasi, mengembalikan hak rakyat Sabah dan memperjuangkan kesaksamaan merentasi perbezaan kaum, bangsa atau agama, selaras dengan matlamat Warisan sebagai parti yang membawa suara dan mewakili pelbagai bangsa.
Oleh Penulis Bebas & Ensiklopedia bebas | Ahad 31 October 2021 Jam 6.08 Petang
Saya pasti, jauh dilubuk hati Mohamadin Ketapi, beliau amat bersyukur kerana terlibat dalam perjuangan Parti Warisan di kala nadi politik beliau seakan sudah mati dengan akaun bank yg kempis.
Beliau menyertai PBS sejak 1985 dan menjadi ADUN Lahad Datu (sekarang Silam) dan diangkat menjadi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas menang PRN 1986.
Pada PRU 1990, Mohamaddin tewas DUN dan MP kepada calon USNO. Selepas itu nama Mohamdin semakin dilupakan sehingga kemunculan Warisan pada 2016.
Beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Warisan DSSA untuk menjadi Ketua Bahagian Penaja Warisan Lahad Datu.
Sebelum memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada 2018, Mohamadin telah menjalani pembedahan jantung 6 bulan sebelum PRU14.
Dia diberi kepercayaan utk memegang portfolio Menteri MOTAC dalam barisan kabinet Tun M atas rekomendasi DSSA. Wlupun Mohamadin menjadi laughing stock (bahan ketawa) selama memegang jawatan tersebut, dia terus dipertahankan oleh pejuang-pejuang Warisan dan DSSA sendiri.
Beliau turut dianugerahkan PGDK yang membawa gelaran Datuk, satu anugerah yang tidak pernah beliau kecapi sepanjang pembabitan beliau dalam arena politik.
Pada pemilihan parti 2019, Mohamadin dipilih menjadi Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu dan seterusnya diangkat sebagai AMT Lantikan.
Mohamadin diberi kepercayaan menjadi calon Warisan di DUN Segama walaupun ramai mempertikaikan pemilihan beliau kerana adik DSSA, Dtk Yusof Apdal merupakan calon yang lebih popular dari Mohamadin.
Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Warisan yang bertanding kerusi MP dan DUN selain Presiden dan Timbalan Presiden.
Terpalit dengan kes rasuah semasa beliau di MOTAC, Mohamadin masih diberi kepercayaan walaupun sudah ada ura-ura bahawa beliau antara MP Warisan yang sedang berunding untuk keluar dan menyokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semasa PRN16 (Sabah), ramai pejuang Warisan mahupun rakyat Malaysia amat marahkan beliau dan tidak menyukai cara Mohamadin melontarkan pandangan berbaur negatif dengan statement kontroversi seakan menghina askar negara yang terkorban di Tanduo.
Akibatnya, calon-calon Warisan Plus hanya mampu meraih 10 – 13% undi anggota keselamatan berbanding 17 – 57% pada PRU14.
Angkara kenyataan yang tidak panjang akal tersebut, Warisan melalui Calon Amanah, tewas di DUN Tanjung Keramat (hampir 3 ribu pengundi ATM), Karambunai (lebih 2 ribu pengundi Navy) dan menang tipis di Kukusan (hampir 1.8 ribu pengundi adalah ATM) yang merupakan pejuang dan pahlawan negara kita.
Selepas PRN16, Mohamadin dilaporkan antara Wakil Rakyat Warisan yang paling jarang turun padang dan menjadi teramat sunyi.
Disebalik semua itu, Mohamadin tetap disayangi oleh DSSA walaupun dari awal 2 bulan lepas, khabar angin Mohamadin akan keluar Warisan semakin kuat kedengaran.
Sama ada beliau terpaksa atau sukarela meninggalkan perjuangan dalam Warisan serta mengadai prinsip beliau, Mohamadin tetap akan menjadi petualang kepada pejuang-pejuang yang setia kepada parti ini.
Apa yang pasti, budi DSSA cukup banyak kepada beliau tapi dibalas dengan pembelotan. Sebab itu, sebaiknya, Mohamadin lupakanlah politik kerana beliau sudah miliki terlalu banyak pada usia 61 tahun melalui Warisan.
Siap sedialah kerana beliau harus ditumbangkan dari landskap politik negara, pemimpin begini yang tidak punya berkredibiliti harus tunduk dengan kuasa rakyat.
Sesuai sangatlah beliau keluar daripada WARISAN kerana banyak sangat kenyataan beliau telah merosakkan kredibiliti Parti Warisan Sabah yang sememangnya ikhlas memperjuangkan hak Rakyat Malaysia di Sabah dan tidak menghormati keluarga mangsa korban Covid-19Mohamaddin – Isu Dan Kontroversi
Gambar & Maklumat Ehsan: Dari Sumber Berita Astro Awani News, Wikipedia-ensiklopedia bebas, Facebook & Whatsapp
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah bebas ke sana ke mari, biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram.
Dalam catatan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata, sepanjang kes rayuan Najib berlangsung bermula April tahun ini, Ahli Parlimen Pekan itu bebas seperti orang tidak bersalah, dan kes juga tidak didengari kerana pelbagai alasan.
Semalam Parti Warisan telah mengadakan pertemuan secara maya bersama Yang Berhormat Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul, bagi membincangkan intipati-intipati penting untuk dibawa ke peringkat pelaksanaan.
YB Datuk Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang), YB Datuk Rozman Isli (Ahli Parlimen Labuan) dan YB Ma’mun Sulaiman (Ahli Parlimen Kalabakan) telah mewakili Warisan dalam pertemuan maya tersebut.
Dalam perbincangan tersebut, kami menekankan beberapa kewajaran bagi Pelan Pemulihan Negara 2021 agar:
Pertama, mewujudkan koordinasi, pengendalian dan pengurusan yang tersusun dan cekap bagi melancarkan urusan-urusan:
Pelaksanaan vaksinasi yang lebih cekap dengan proses pendaftaran dilakukan setelah selesai vaksinasi lengkap dua dos tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan sistem MySejahtera. Hal ini penting bagi mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi semua segmen rakyat di negeri Sabah;
Mempercepatkan program vaksinasi buat golongan pendidik dan pelajar di seluruh sekolah di Sabah yang tertumpu kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman;
Pergerakan rentas daerah dan negeri bagi mereka yang sudah melengkapi vaksinasi dua dos lengkap dengan sijil vaksinasi berdigital dijadikan sebagai piawaian pergerakan; dan
Penetapan SOP yang bersifat praktikal melalui pemantaun daripada pihak Jabatan Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah dan daerah-daerah dengan mengambil kira penilaian-penilaian risiko tertentu. Kedua, mempertimbangkan secara terperinci dengan beberapa pendekatan yang bersandarkan realiti dan sains berkenaan dengan pembukaan sektor perniagaan kecil seperti kedai runcit.
Kami juga menyampaikan rasa prihatin kami terhadap aspek pemudahcara bagi sistem bantuan tunai mahupun kredit bagi golongan-golongan yang terkesan dari aspek kelangsungan kewangan seperti:
Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di daerah-daerah berisiko tinggi di negeri Sabah khususnya;
Petani, nelayan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber utama mata pencarian; dan
Pengusaha yang terlibat dalam rantaian pembekalan (supply chain) bagi sektor pelancongan dan hospitaliti, khususnya di kawasan-kawasan pulau dan tempat tumpuan pelancong di negeri Sabah.
Ketiga, kami juga mengingatkan Yang Berhormat Menteri agar menyegerakan pelan lengkap bagi melancarkan segala bentuk pembangunan di negeri Sabah yang terencat disebabkan kecelaruan dan kekeliruan SOP yang dikuatkuasakan.
Agihan peruntukan yang sewajarnya perlu diperkemaskan agar setiap proses kearah mewujudkan pembangunan fizikal yang meranqkumi capaian internet dapat diurustadbir dengan baik bagi mempercepatkan proses peralihan ke fasa-fasa pemulihan yang seterusnya. Perihal capaian internet di kawasan luar bandar yang masih rendah wajar diberi tumpuan serius kerana ia melibatkan pembangunan pendidikan anak-anak yang banyak dilaksanakan secara pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
Tidak ketinggalan, kami juga mencadangkan agar Kerajaan dapat mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menggunapakai kaedah ‘carbon sequestration’ (penyerapan Karbon) khususnya di Sabah yang merupakan pengelur utama minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia.
Kami berpandangan bahawa perbincangan tersebut merupakan suatu usaha bipartisan yang sewajarnya diberi penelitian dan pertimbangan agar tidak ada satu segmen pun tercicir dalam fokus kita untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini.
Ahli-Ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara Parti Warisan juga akan membawa suara-suara rakyat di peringkat nasional dalam setiap sesi pembentangan di Parlimen yang akan bermula pada 26 Julai ini. Sekian.
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN SHAH ALAM – Pakar perlembagaan berpandangan terdapat dua cara boleh dilakukan ketika ini berhubung pelantikan perdana menteri baharu susulan keputusan UMNO menarik sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, cara pertama ialah Muhyiddin meletak jawatan sekiranya merasakan perlu berbuat demikian dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. “Cara kedua, ahli Parlimen mengemukakan perakuan berkanun (SD) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan kepercayaan kepada seseorang yang lain untuk menjadi perdana menteri. “Oleh kerana pelantikan Muhyiddin dahulu berdasarkan kepercayaan majoriti dan dibuktikan melalui dokumen undang-undang iaitu SD, maka untuk menyatakan sebaliknya ketika ini, ia perlu dilakukan semula. “Sebab syarat untuk menjadi perdana menteri interim, ia tidak ada peruntukkan khusus dalam perlembagaan.
Apabila mahu melantik perdana menteri, seseorang itu hendaklah juga pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kepercayaan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Ujar beliau, peristiwa kerajaan tumbang ketika pelaksanaan darurat masih berkuat kuasa boleh berlaku kerana tiada pengecualian dalam Ordinan Darurat mengenai boleh hilangnya kepercayaan majoriti kepada ahli Dewan Rakyat.
Menurutnya, kuasa Yang di-Pertuan Agong menentukan siapa yang bakal mentadbir kerajaan. “Kita perlu lihat keadaan sama ada perdana menteri sudah sebenarnya hilang kepercayaan majoriti dahulu. “Justeru, Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini, pada saya tidaklah perlu mengambil tindakan sehinggalah isu politik itu dapat diselesaikan oleh orang politik sendiri. “Jadi dalam menentukan siapa yang akan mentadbir kerajaan dan sebagainya ini, perlulah ditunggu dokumen sah atau yang bersifat perundangan atau diiktiraf dalam perundangan yang menyatakan bahawa perdana menteri ketika ini sudah hilang kepercayaan majoriti,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu Perdana Menteri interim, Anwar calon terbaik
Gambaran kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi membentuk gabungan politik semakin jelas.
Jawapan yang diberikan melalui siaran langsung Facebook ‘Borak Jam 10’ semalam oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal dan Pengasas MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman seakan mengiyakan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut. Mohd Shafie berkata, Warisan dan MUDA adalah satu landasan yang boleh dibentuk bagi membuka ruang untuk membantu melahirkan pimpinan yang ada keupayaan untuk manfaat generasi akan datang.
“Saya mahu mainkan peranan saya dan orang seperti Saddiq juga ada peranannya jadi kita kena saling membantu. Jangan tamak dengan berfikir seseorang akan mengambil alih peranan kita. Sampai bila hendak bertahan, kadang kala bila berada di atas (berjawatan) tiada had tetapi di bawah ditetapkan had umur. “Atas sebab itu, kita kena mewujudkan satu sistem sebab itu sejak awal saya suka menggalakkan orang muda untuk berjaya dan terlibat dalam politik,” katanya.
Ahli Parlimen Semporna ini berkata, beliau sudah berbincang dengan Saddiq dan beliau amat mengagumi bakat anak-anak muda dalam politik. Bagaimanapun, kena ada bimbingan daripada pemimpin yang berpengalaman. “Kita boleh benarkan mereka (anak muda) melakukan apa mereka mahu namun dalam masa sama, kita kena menasihatkan mereka sekiranya mereka terbabas dan beri panduan. Kita perlu bersedia jika ingin mewujudkan sebuah negara yang mempunyai daya saing cukup hebat,” ujarnya.
Mohd Shafie, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang ini berkata, usaha memperkasa anak muda menjadi keutamaan dalam Warisan dan ianya terbukti dengan lantikan pemimpin-pemimpin muda seperti Datuk Darell Leiking, Datuk Mohd Azis Jamman, Isnaraissah Munirah Majilis dalam Kabinet Persekutuan. Malah, ketika beliau Pengerusi Komanwel Dunia dan semasa berada dalam UMNO pun, beliau banyak memberi galakan kepada anak muda seperti Noraini Ahmad yang kini Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Seri Dr. Adham Baba (Menteri Kesihatan) serta Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). Katanya, generasi pelapis dalam kepimpinan negara amat penting bagi melahirkan sebuah negara membangun. Sementara itu, Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar ketika menjawab persoalan gabungan Warisan-MUDA berkata, nantikan sahaja pengumumannya. Katanya, jika dilihat corak politik yang dibawa Datuk Seri Mohd Shafie, ia sangat baik untuk Malaysia kerana sukar untuk melihat pemimpin di peringkat tertinggi seperti Datuk Seri yang secara terbuka menerima konsep Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan agama.
Beliau berkata, konsep Unity atau Perpaduan yang diperjuangkan di Sabah amat berjaya dan sebagai rakyat, beliau melihat keadaan itu akan mendatangkan kebaikan untuk Malaysia. “Kita kena menubuhkan satu landasan yang berbilang bangsa, fahaman yang sederhana serta fokus kepada pembaharuan dasar negara dan bukannya berdasarkan personaliti pemimpin politik. “Saya yakin dengan melihat preastasi yang dilakukan Datuk Seri di Sabah, konsep Unity ini bagus untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya.
Kenapa? Tidak adil kalau rakyat saja kena… Tidak adil untuk penjawat awam dan swasta Tidak adil kami bayar cukai still kena mcm2.. Tidak adil untuk orang kampung Tidak adil untuk golongan pendapatan rendah
Ada undang2 jalan raya.. tp kenapa jalan raya tetap berlubang? Tahu kah kamu wahai government jalan raya berlubang itu lebih bahaya dari exzos yg bising? Tahukah kamu jalan2 kampung yg licin gravel lagi menyusah kan dari kamu saman orang pakai tinted? Kami x salah kan yg memberikan saman sbb mereka juga rakyat biasa yg menjalan kan tugas.. tp kami salah kan yg buat undang2 begini… Kalau nak kami ikut undang2 cuba pastikan jalan raya yg kami lalui itu selamat.
Menteri2 ingat lah selalu Rakyat kerja bukan untuk menteri Tapi… Menteri kerja untuk rakyat. Jangan bongak jangan sombong kalau rakyat bosan bila2 masa kamu dijatuhkan …
KOTA KINABALU: Hubungan umpama ‘retak menanti belah’ antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada mampu bertahan atau tidak akan ditentukan petang ini.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat petang ini bagi membincangkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Februari lalu yang menolak kerjasama dengan Bersatu jika Parlimen dibubarkan.
Sebarang keputusan dalam mesyuarat berkenaan juga dijangka bakal memberi gambaran sama ada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan atau tidak.
Semalam, Biro Politik Bersatu telah bermesyuarat bersama Muhyiddin mengenai keengganan UMNO untuk meneruskan kerjasama.
Pendirian rasmi UMNO itu dibuat dalam surat kepada Muhyiddin melalui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hasil mesyuarat di Janda Baik pada 26 Februari lalu.
Hakikatnya, Muhyiddin kini memerintah hanya disebabkan proklamasi Darurat yang sedang berjalan kerana beliau sepatutnya telah hilang majoriti.
Dua Ahli Parimen UMNO iaitu, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebeluk ini telah pun mengumumkan menarik sokonga terhadap Muhyiddin.
Justeru, mesyuarat Bersatu petang ini dijangka turut memberi gambaran mengenai kesan kepada kerajaan Muhyiddin selepas ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menumbangkan Muhyiddin.
Sokongan berkenaan dijangka diperoleh daripada beberapa pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah.
Tanda awal sikap pemimpin GRS membodek tuannya (kerajaan Persekutuan) dengan penyerahan 177 geran tanah hampir 2000 ekar untuk berbagai jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah. Bertepatan dengan permasalahan yang dihadapi oleh 54 buah kampung di Pitas yang dihalau dari kampung halaman mereka kerana pertikaian tanah di kawasan Kamanchi-Gandawari dengan Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda) dan Acacia Forest Industries (AFI) Sdn Bhd. Sebelum ini dilaporkan, penduduk dari 54 kampung ini telah merayu kepada Ketua Menteri agar campur tangan dalam kes pertikaian tanah yang mereka hadapi namun kerajaan GRS pimpinan Datuk Hajiji Nor gagal menyebelahi penduduk kampung terbabit. Ia amat menyedihkan kerana penduduk terpaksa berjuang sendiri untuk menuntut tanah milik mereka, kerana sekitar 1980 telah mewartakan sejumlah besar kawasan di Pitas untuk penanaman pokok akasia. Dengan pertambahan penduduk, tanah-tanah ini seharusnya dikembalikan kepada penduduk supaya penduduk sendiri boleh berdikari untuk membangunkannya.
Terdahulu dari itu, kerajaan Barisan Nasional pernah menganugerahkan 106,170 Ha (258,038.92 ekar ) tanah diserahkan kepada Felda untuk tujuan peladangan sawit atas alasan untuk meningkatkan ekonomi Sabah tetapi walhal sebaliknya peluang pekerjaan dibanjiri oleh orang-orang Malaya, dari peneroka sehinggalah kakitangannya majoriti semua dari Malaya dan hasilnya diangkut ke Malaya.
Apa tidaknya, semua hasil sawit dari Sabah diproses di kilang-kilang di Malaya, rakyat di negeri ini hanya berputih mata, tidak dapat manfaat dari cukai tanah, minyak sawit dan peluang pekerjaan. Selain itu sejak dahulu lagi, pemimpin Barisan Nasional Sabah memang dasar pembodek Malaya telah menganugerahkan ratusan ribu haktar tanah pada syarikat, yayasan dan individu umpamanya Yayasan Melaka, Felcra dan pemimpin-pemimpin politik. Semasa pemerintahan Warisan, ada pihak memperkecilkan usaha Shafie Apdal memberi 10,000 geran tanah pada penduduk luar bandar kerana ditindas semasa pemerintahan Barisan Nasional kerana ada sebahagiannya dihalau dari kampung halaman mereka untuk memberi laluan kepada syarikat yang dimiliki oleh kroni dan perusahaan multinasional daripada Malaya.
Pemimpin GRS adalah kerajaan tidak jujur cakap tak serupa bikin kerana agenda pertama mereka semasa kempen PRN Sabah yang lalu menghantar pulang PTI ke negara asal mereka namun tidak pula dihantar, malahan didaftarkan sebagai tenaga kerja dan diberi dokumen IMM13.
Untuk mengalih pandangan rakyat atas kegagalan GRS ini, pembantu menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah, Joniston Bangkuai telah memainkan kembali isu-isu pemberian pulau pada PTI, kebakaran penempatan setinggan dalam responnya berhubung kenyataan Datuk Azis Jamman ketua Wira Warisan berhubung penyerahan geran tanah pada jabatan dan agensi kerajaan pusat oleh ketua menteri Sabah Datuk Hajiji Nor. Siapa tidak tahu muslihat dan agenda pemimpin Malaya apabila mereka menakluki negeri Sabah melalui pemimpin lemah dan senang dikontrol, untuk memudahkan agenda mereka tercapai seperti era Musa Aman adalah dijangka akan berulang kembali projek mykad untuk memperkukuh kedudukan UMNO dan PPBM kerana pencapaian semasa PRNS16 tidak memuaskan hanya mendapat 38 kerusi dari 73 DUN keseluruhan kawasan Sabah, termasuk sekutunya dari STAR dan PBS.
Semua sedia maklum bahawa kerajaan GRS menentang cadangan Warisan untuk memberikan penempatan Pulau yang berhampiran negara asal pelarian. Sebenarnya cadangan ini adalah cuma persediaan jikalau berlaku sekali lagi pelarian ekonomi atau perang dari negara jiran. Namun cadangan tidak diteruskan kerana mengambil kira pendapat rakyat kerana ini hanyalah diperingkat cadangan, belum pun dilaksanakan tetapi pemimpin GRS ketika itu memutar belitkan isu ini untuk mengelirukan rakyat terutama di kawasan pedalaman. Justeru itu, apakah GRS akan meneruskan membuka penempatan baharu berhampiran bandar-bandar besar seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan USNO dan Berjaya? Berhubung kewujudan projek mykad yang di pelopori oleh Barisan Nasional yang disahkan oleh tokoh politik yang terlibat dalam sindiket ini adalah ujud terbukti pembatalan kerusi DUN Likas kerana terdapat daftar pengundi di kawasan itu dicemari oleh pengundi haram pemilik mykad palsu. Akibat projek mykad ini, tumbuhlah koloni penempatan haram di merata daerah di Sabah sehingga menimbulkan berbagai masalah umpamanya menjadi sarang narkotik dan pusat subversif. Justeru itu, dalam keadaan yang kotor dipenuhi sampah sarap dan sering berlaku kebakaran, maka timbul cadangan dari kerajaan terdahulu Warisan agar diselaraskan menjadi sebuah penempatan selesa dan selamat didiami kerana majoriti penghuni adalah orang tempatan yang miskin berasal dari kampung terperangkap di bandar kerana mencari pekerjaan untuk penghidupan baharu. Tanpa membuat kajian secara terperinci berhubung penghuni setinggan yang dianggap PTI, dijadikan isu oleh pemimpin dan penyokong STAR dan PBS menuduh Warisan sebagai pelindung PTI akibat kejadian kebakaran di 10 buah lokasi penempatan setinggan di seluruh negeri dikaitkan dengan aktiviti Warisan untuk menukar atau memberi dokumen kepada PTI, sedangkan setiap jabatan yang terlibat mempunyai data peribadi masing-masing. Oleh itu, kerajaan GRS sudah memegang tampuk pemerintahan Sabah, jadi ini lah peluang kamu membuktikan kerja-kerja Warisan itu benar atau sebaliknya. Kesimpulannya, semua tuduhan yang telah dilemparkan oleh kerajaan GRS adalah palsu dan tidak moral. Ini adalah teknik mereka untuk menjatuhkan Warisan dengan menggunakan isu PTI yang tiada berpenghujung. Rakyat Sabah harus berfikiran matang dan memerhati setiap gerak-geri kerajaan yang ada sekarang kerana mereka mempunyai agenda tersendiri sehingga integriti rakyat Sabah dibelakangkan….
Baru baru ini satu perkongsian di fb Ketua Menteri Pemberian 177 Geran Tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Katanya, Penyerahan itu dilaksanakan bagi memudahkan agensi agensi tersebut di masa hadapan. 90 untuk Jabatan Pendidikan ,42 untuk Kementerian Kesihatan, 28 kepada kementerian pengangkutan, dan 17 kepada agensi yang lain. Perkara tersebut mengundang kemarahan di kalangan rakyat. Netizen […]
Hajiji Serah 1,933 Hektar Tanah Sabah Kepada Kerajaan Pusat
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah menyerah 1,933.09 hektar tanah milik Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.
Menurut perkongsian laman Facebook rasmi Hajiji, 177 geran tanah ini diserah kepada pelbagai agensi-agensi milik Kerajaan Persekutuan.
Di antaranya 90 geran untuk Jabatan Pendidikan, 42 geran untuk Kementerian Kesihatan, 28 geran untuk Kementerian Pengangkutan dan 17 geran lagi kepada pelbagai agensi-agensi lain.
Hajiji berkata, penyerahan geran ini dilaksanakan bagi memudahkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan tersebut di masa hadapan.
Perkongsian Hajiji telah menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat, yang bertanyakan apa sebabnya agensi-agensi Kuala Lumpur diutamakan daripada penduduk kampung.
Keadaan ini juga menampakkan perbezaan jauh di antara beliau dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang terkenal dengan usahanya membantu orang kampung mendapatkan geran tanah.Penyerahan geran tanah kepada penduduk kampung di
Shafie telah berjaya menyerah lebih 10,000 geran tanah kepada penduduk-penduduk kampung sebelum ditewaskan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.
Pandemik Covid-19 ternyata memberi kesan yang mendalam kepada golongan rakyat marhaein. Fungsi kerajaan adalah didamba pada saat ini. Yang menarik minat Brotherhood WIRA adalah bagaimana rakyat yang kini memerlukan bantuan segera akan bakul makanan ini terpaksa menunggu akibat beberapa birokrasi dan kelemahan yang ditunjukkan oleh kerajaan GRS. Mengulas perkara ini Sdr. Ar. George Tann Jr., […]
Part Of The Ultimate Guide to Financial Literacy Corporate Finance & Accounting
Financial Understanding money management and how needed funds are acquired
Please;For details Click here
FACEBOOK TWITTER LINKEDIN By Daniel Kurt Updated Oct 23, 2020
Table of Contents Types of Finance Financial Services What Are Financial Activities?
Finance is a broad term that describes activities associated with banking, leverage or debt, credit, capital markets, money, and investments.
Basically, finance represents money management and the process of acquiring needed funds.
Finance also encompasses the oversight, creation, and study of money, banking, credit, investments, assets, and liabilities that make up financial systems.
Many of the basic concepts in finance originate from micro and macroeconomic theories. One of the most fundamental theories is the time value of money, which essentially states that a dollar today is worth more than a dollar in the future.
Key Takeaways Finance encompasses banking, leverage or debt, credit, capital markets, money, investments, and the creation and oversight of financial systems.
Basic financial concepts are based on micro and macroeconomic theories.
BERDASARKAN kepada Perlembagaan Persekutuan, titah Yang di-Pertuan Agong terhadap penguatkuasaan Perintah Darurat tetap berjalan walaupun Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Justeru, tidak ada kebimbangan terhadap pentadbiran negara apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya.
Malah nasihatnya juga dikatakan tidak penting terhadap dalam waktu keabsahannya dipertikaikan kerana Proklamasi Darurat adalah bidang kuasa Agong.
Agong boleh memberi perkenan atau menolak nasihat untuk melaksanakan Proklamasi Darurat pada ketika baginda mengetahui keperluan negara terhadap perintah tersebut.
Oleh demikian, tidak menjadi satu isu untuk terus mendesak supaya Muhyiddin meletakkan jawatannya dan meninggalkan pejabat Perdana Menteri.
“Kalau ikut sekarang ini, di bawah Ordinan Kuasa-Kuasa Khas No. 1 untuk darurat 2021, terdapat satu seksyen sudahpun menggantung pilihan raya.
“Jika pun lima tahun selesai dan dibawah ordinan yang wujud jika darurat masih diteruskan pilihan raya tetap ditangguh.
“Jadi pilihan raya, sekarang ini dari sudut apa yang wujud, tidak kewajiban untuk dijalankan dalam tempoh tiga tahun.
“Jadi kenapakah Agong, perlu melantik sesiapapun tanpa pilihan raya menjadi Perdana Menteri.”
Demikian kata peguam kanan, Haniff Khatri, menjelaskan situasi dimana pihak yang mempersoal tindakan pengisytiharan darurat sebagai menderhaka kepada Agong.
Terdahulu, Muhyiddin dalam Perutusan Khas Darurat pada 12 Januari memaklumkan beliau menghadap Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk mendapatkan perkenan baginda bagi melaksanakan darurat.
Namun, sebelum itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, dalam satu sidang akhbar pada 9 Januari mengisytiharkan tidak lagi menyokong Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional.
Oleh demikian, keabsahan Muhyiddin pada ketika beliau menghadap Agong dipertikaikan kerana beliau sepatutnya memaklumkan kepada baginda bahawa sudah tidak lagi mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.
Dalam pada itu, ketika temubual disiarkan secara langsung dalam Facebook Jom Channel bersama moderator Zawazi Yusof, malam ini, Haniff menambah soal perlanjutan tempoh darurat juga adalah prerogatif Agong.
Meskipun Perdana Menteri atau sesiapapun yang menasihatkan baginda untuk melanjutkan tempoh darurat, itu adalah di bawah keputusan baginda.
“Dalam Perkara 150 (Darurat) Fasal 8, ada perkara yang mengatakan bidang kuasa mahkamah adalah dihalang berkaitan kepuasan hati Agong dalam mengisytiharkan darurat, pengurusannya, kewujudan ordinan dibawahnya dan tidak boleh dicacabar perlanjutan mana-mana darurat itu mahu dilanjut.
“Ini dinyatakan tidak boleh dibawa ke mahkamah, bukan macam pengampunan.
“Kita kena tahu, kalau kita bawa ke mahkamah pun, mahkamah sendiri tak boleh tengok, sebab sudah dinyatakan dalam Perlembagaan (Persekutuan).
“Bukan di bawah undang-undang, tetapi perlembagaan. Mahkamah tak ada bidang kuasa apatah lagi mencipta bidang kuasa melanggar Perlembagaan.
“Melainkan ada permohonan membatalkan untuk mengatakan peruntukan itu tidak sah, tetapi itupun sukar untuk dilakukan bagi saya,” jelasnya.
PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG DAPATKAN NASKAH KARYA HEBAT ABAD INI DITALIAN YANG TERTERA (APLIKASI WHATSAPP) 0104526272
PEMIMPINKU: PERJUANGAN BUKAN KEDUDUKAN
Sebuah karya menceritakan perjuangan politik Datuk Seri Shafie Apdal yang diolah dalam bentuk motivasi. Berkongsi sedikit kebaikan yang telah ditaburkan kepada masyarakat Sabah hasil perjuangan Datuk Seri Shafie Apdal selaku pemimpin. Mesej dalam buku ini mengajar kita supaya bersyukur atas usaha dan budi yang telah ditaburkan oleh seorang pemimpin. Sesuai untuk semua lapisan masyarat terutama yang meminati perjungan beliau dalam politik tanah air.
💫Kata pengantar oleh YB Norazlinah Arif
🔥 Jom dapatkan buku ini tanda sokongan. Jangan lepaskan peluang. 🔥
👉🏻 Harga Promosi RM32🔥 ** Tidak termasuk cas penghantaran 👉🏻 Harga asal buku Semenanjung / Sabah Sarawak: RM35, 👉🏻 Diskaun harga buku sebanyak RM3. 🤩
🔥 Terdapat Diskaun RM2 bagi setiap postage 😉
Harga asal postage Semenanjung RM12 👉🏻 RM10 😍 Harga asal postage Sabah/Sarawak RM10 👉🏻 RM8 😍
KOTA KINABALU: Proklamasi darurat yang membawa kepada penggantungan sidang parlimen dilihat akan membuatkan Perikatan Nasional (PN) lebih berkuasa tanpa adanya semak dan imbang melalui parlimen.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah cukup untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 tanpa perlu proklamasi darurat.
“Pengisytiharan proklamasi darurat dan penggantungan parlimen akan menyebabkan PN terus berkuasa membuat sesuatu yang mereka mahukan dan ini akan membawa kepada pelbagai krisis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Akan bermaharajalela
Ketua Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah ini berkata, ramai yang percaya tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengisytiharan darurat bermotifkan politik setelah beliau kehilangan sokongan majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen.
Jika dilihat selepas proklamasi darurat, CNBC melaporkan saham dan mata wang Malaysia jatuh.
“Kerajaan perlu bersikap lebih jelas dan realistik dalam merangka strategi jangka panjang bagi menangani pandemik ini.
“Selepas pengalaman melaksana PKP tahun lalu, kerajaan seharusnya mempunyai masa yang cukup untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) yang ada untuk membolehkan rakyat dan ahli perniagaan mempunyai masa yang cukup sebelum PKP diumumkan,” jelasnya.
Beliau berkata, pelaksanaan PKP boleh diterima dan ianya satu langkah yang perlu kerana Malaysia tidak boleh membiarkan kes Covid-19 terus meningkat.
Namun, pelaksanaan PKP akan menyebabkan orang ramai berada dalam keadaan yang sukar jadi, kerajaan perlu memainkan peranan meluluskan peruntukan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membolehkan rakyat terjejas di kawasan masing-masing dapat dibantu.
Peruntukan yang di diluluskan itu seharusnya boleh menampung kos bantuan barang makanan dan kewangan untuk rakyat terjejas.
“Sebagai wakil rakyat pembangkang, saya akan memantau langkah yang diambil kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang mencukupi,” ujarnya.
APAKAH PERKARA RAKYAT PERLU TAHU TENTANG DARURAT ?
Darurat tidak boleh dibuat sesuka hati, mana-mana negara didunia sekalipun perlaksanaan darurat itu dianggap sebagai satu langkah terakhir (MENGGUNAKAN KUASA TENTERA) untuk menjaga keselamatan negara dan juga rakyat, !
Hari ini darurat dilaksanakan tanpa ada sebarang ancaman yang luarbiasa, apa kena-mengena dengan COVID-19 ?
Negara negara lain pun hadapi cabaran yang sama iaitu COVID-19 tetapi belum sampai ke tahap melaksanakan PERINTAH DARURAT hanya sekelumit media massa yang agak gelojoh suka mensensasikan isu untuk melariskan cerita !
OLEH PEMBERITA SABAHTODAYKUDAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor, Ben Chong turun padang bagi melawat mangsa banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini. Beliau berkata, prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir ini, beliau turun padang bagi mendengar sendiri masalah dan keperluan mangsa banjir. Katanya, difahamkan hujan lebat sejak semalam mengakibatkan banyak kawasan […]
OLEH PEMBERITA SABAHTODAYKOTA KINABALU: Majlis Presiden Pakatan Harapan menyifatkan pengisytiharan proklamasi darurat sebagai keputusan melampau demi menyelamatkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Majlis Presiden berpendapat, tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen tidak boleh diterima sama sekali. “Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan […]
JUNZ WONG OLEH SABAHTODAYKOTA KINABALU: Sabah mungkin berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi, kata seorang pemimpin kanan Warisan pada hari Khamis. Menurut Naib Presidennya Datuk Junz Wong, oleh kerana kerajaan Gabungan Rakyat Sabah tidak berpandangan jauh, wabak Covid-19 gagal dibendung. “Saya tidak mahu politikkan pandemik Covid-19. Tetapi realitinya GRS telah mengabai dan mengecewakan rakyat Sabah.” […]
SHAFIE APDAL BY SABAHTODAY REPORTERSKOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah will take heed of, and acknowledges, the Yang DiPertuan Agong’s proclamation on a State of Emergency for the whole of Malaysia that will be in effect until 1 August 2021. Warisan president Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal said there are constitutional provisions […]
OLEH PEMBERITA SABAHTODAYKOTA KINABALU: Arahan terbaru yang dikeluarkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam memberi gambaran seolah-olah usaha murni badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta tidak dihargai. Arahan mewajibkan semua bantuan diberikan menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah adalah satu langkah yang baik namun, memberi amaran untuk mengenakan kompaun jika tidak mematuhi arahan […]
OLEH PEMBERITA SABAHTODAYPITAS: Memahami kesukaran dihadapi masyarakat yang terkesan akibat banjir yang berlaku di Kudat dan Pitas sejak awal minggu ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan Sabah (Warisan) turun padang bagi menyampaikan bantuan. ADUN Tanjong Kapor, Ben Chong bersama rakan seperjuangannya ADUN Banggi Muhammad Mohamarin bersama jentera Warisan Kudat turun padang sejak […]
SABAHTODAYKOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah digesa supaya mengagih bantuan Covid-19 serta merta. Menurut Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong, GRS harus proaktif dan tidak menunggu ‘lampu hijau’ dari Kuala Lumpur. “Sabahans semakin hari semakin sengsara. Sudah masuk PKP kedua, malah darurat telah diisytihar.” “Tetapi bantuan masih tidak ada, […]
S. KARUNANITHY OLEH SABAHTODAYKOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (cawangan Sabah) telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengeluaran sijil-sijil bagi kontraktor seperti Antaranya, sijil pendaftaran untuk kontraktor kerja, bekalan dan perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA), sijil Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan sijil taraf Bumiputera secara rasuah. Menurut sumber, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu […]
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyembah maklum dan menjunjung kasih perkenan Yang DiPertuan Agong dalam proklamasi Darurat di seluruh negara berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal (gambar) berkata, peruntukan memang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan untuk proklamasi Darurat itu diisytiharkan.
“Tetapi peruntukan tersebut perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ia mesti digunakan demi manfaat negara ini dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shafie berkata, motif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menasihatkan Agong untuk pelaksanaan Darurat lebih bersifat politik dan sebab-sebab yang dinyatakan juga tidak boleh diterima.
“Undang-undang sedia ada cukup untuk berdepan dengan pandemik Covid-19. Jika ada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya kecil semasa pandemik, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh berunding dengan pembangkang untuk mendapatkan dua pertiga majoriti.
“Jika ada keperluan mewujudkan perundangan bagi Covid-19, kerajaan sepatutnya berunding dengan pembangkang, bukannya mengisytiharkan Darurat.
“Semua pemimpin poilitik daripada kedua-dua pihak boleh bersetuju mengadakan gencatan agar pilihan raya tidak diadakan.
“Darurat perlu dihentikan agar demokrasi berparlimen dapat dikembalikan dalam masa terdekat melalui rundingan damai antara pemimpin politik bagi mengelakkan pilihan raya semasa pandemik Covid-19,” katanya.
Shafie menjelaskan, Darurat bukanlah pilihan tepat untuk mengawal penularan Covid-19 kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah ada dan dilaksanakan.
“Pelaksanaan Darurat yang boleh menyebabkan salah guna kuasa tidak sesuai dan keadaan semasa juga tidak memerlukan Darurat. Faktor utama pelaksanaan Darurat ialah wujud ancaman terhadap keselamatan negara, ekonomi, dan kehidupan awam.
“Pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP oleh Kerajaan PN sebelum ini membuktikan ancaman terhadap keselamatan negara sebenarnya tidak wujud,” tegas beliau.
Beberapa negara yang mengambil langkah kawalan seperti PKP di Malaysia telah terbukti berjaya mengawal Covid-19 seperti Hong Kong, Japan, New Zealand, Singapore, Korea Selatan, dan Germany, Norway serta Sepanyol di Eropah.
Lebih-lebih lagi, semasa Darurat, debat untuk mewujudkan polisi dan perundangan negara atau mana-mana negeri bukan lagi menjadi keutamaan Parlimen sehingga 1 Ogos 2021.
“Kuasa Darurat juga boleh menafikan hak dalam Perlembagaan setiap individu di negara ini,” katanya.
Beliau juga berkata, pengumuman Darurat turut memberitahu dunia bahawa Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang tidak stabil, justeru pelabur luar tidak berminat melabur menyebabkan ekonomi kita terjejas.
Sehubungan itu, Shafie mengingatkan bahawa komuniti perniagaan telah pun terjejas teruk akibat sekatan semasa pandemik, malah ramai yang telah kehilangan sumber mata pencarian manakala perniagaan seperti perhotelan terpaksa di tutup.
“Atas sebab itu saya menyeru agar kerajaan minoriti ini membetulkan keadaan dan lakukan perkara yang tepat. Kita mesti membina negara untuk semua, bukan untuk individu, parti politik, bangsa atau agama,” tegas beliau.
A salesman sends to an island by a shoe company to find a new market. He went back and wrote a note,
“Don’t waste time sir, no one wears shoes there. They prefer not to wear shoes. Now is not the right time”.
Other companies also went with the same goal then their Salesman came back and reported,
“Sir, it is very appropriate for us to sell there now. They all do not know what shoes are. This is a great opportunity for us to market our products”.
As a salesperson you all know which one is your position? 😎😁
Kasut baru buka plastik atau kasut bundle sebenarnya sama sahaja yang membezakan antara keduanya adalah KUALITI & PILIHAN YANG TEPAT ! 😁
(In Bahasa Melayu)
Seorang jurujual telah dihantar ( Ditugaskan) ke sebuah pulau oleh syarikat pembuat kasut untuk mencari pasaran baru. Dia balik dan tulis nota,
“Jangan buang masa sir, tak ada orang yang pakai kasut di sana. Mereka lebih senang tak berkasut. Sekarang bukan masa yang sesuai”.
Syarikat lain juga pergi dengan tujuan yang sama lalu Jurujualnya kembali dan melaporkan,
“Tuan, sangat sesuai kita jual di sana sekarang. Mereka semua tidak tahu apa itu kasut. Ini peluang besar untuk kita pasarkan produk kita”.
Sebagai jurujual anda semua tahulah yang mana satu kedudukan andakan ? 😎😁
OLEH PEMBERITA SABAHTODAY KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan berita tular di media sosial yang menyatakan Warisan menyertai Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan PN tidak tumbang.
Perkara ini dinafikan oleh Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman menerusi Facebooknya.
AZIS JAMMAN
Mohd Azis berkata, paparan berita itu tular sejak pagi tadi dan beliau ingin mengesahkan bahawa ia adalah fitnah dan satu berita yang tidak sahih.
Turut membuat penafian itu adalah Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua.
Beliau dipetik melalui portal FMT menyatakan Warisan tidak pernah terfikir menyertai kerajaan yang diterajui PN.
“Tidak benar, itu fitrnah kerana perkara ini tidak pernah dibincangkan, tidak pernah terfikir pun (sertai PN). Presiden (Mohd Shafie Apdal) seorang yang punya prinsip dan maruah.
“Saya tidak tahu kenapa mahu babitkan Warisan, sedangkan mereka (PN) sekarang ini kucar-kacir,” ujarnya.
Beberapa waktu kebelakangan ini semakin ramai ahli-ahli parti politik kerajaan serta penyokong-penyokong mereka menghubungi pihak kita di Warisan (Warisan Kinabatangan), kebanyakan mereka menyatakan hasrat untuk kembali kepada perjuangan asal sejak parti ini terwujud pada tahun 2016 yang lalu, PRN16 baru-baru ini bukanlah ukuran sebenar perjuangan yang mereka inginkan hanya sekadar tertumpu pada politik wang yang rata-rata tertipu oleh kemewahan sementara. Maka seluruh dunia menyaksikan sendiri bagaimana kleptokrasi menjadi amalan jijik para politikus politikus yang hanya mementingkan diri sendiri dan harta benda semata-mata.
Sayugia keadilan tetap dilandasan sebenar dan terbukti kemasukan kembali para JPKK, WKAN dan mantan mantan MPKK beserta penyokong-penyokong mereka menandakan Perjuangan Parti Warisan sememangnya berada di posisi yang betul yang bukan hanya sekadar tertumpu kepada pembangunan insani malahan menuntut perubahan dalam segenap aspek kehidupan.
Percayalah, banyak kali sejarah tercipta dibumi Sabah ini, memang benar yang jatuh (Parti Politik Pemerintah) di Sabah tidak akan Bangun kembali tetapi kita semua belum pernah melihat yang jatuh akan bangkit dari rebahnya dan berdiri kembali laksana Pahlawan Gagah di medan perang. Yang patah akan tumbuh kembali, yang pergi akan ada pengganti.
Tahniah kepada semua yang kembali berjuang bersama PARTI WARISAN, anda sememangnya Original Sabahan.
Parti Warisan Sabah tidak akan menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk meninggalkan parti itu jika mereka berpendapat perjuangan di pihak sebelah lebih baik.
Ketua Bahagian WARISAN Putatan, Datuk Awang Ahmad Shah berkata, politik adalah perjuangan yang memerlukan kesabaran, justeru bagi individu yang tidak mempunyai pendirian, WARISAN tidak akan menghalang hajat mereka.
Beliau bagaimanapun mengingatkan individu-individu tersebut agar jangan sesekali mencerca WARISAN kerana parti itu terbukti yang terkuat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, manakala kekalahan yang dialami hanyalah sebuah kemenangan yang tertangguh.
“Jika mereka tiada pendirian dalam perjuangan politik tidak mengapa kita jangan halang mereka untuk keluar parti, mungkin mereka merasakan bahawa parti sebelah yang lebih kecil mampu menjadi tempat untuk berpaut.
AWANG AHMAD SAH
“Cuma saya mahu ingatkan kepada mereka, WARISAN adalah parti yang kuat dan berjaya mendapat 43 peratus undi popular pada PRN baru baru ini, kekuatan ini dan kelemahan kerajaan hari ini, akan memungkinkan WARISAN kembali berkuasa dalam masa yg terdekat, bersabarlah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak semalam, tular melalui aplikasi WhatsApp mengenai beberapa AJK Bahagian WARISAN Putatan mengumumkan keluar parti untuk menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Awang berkata, beliau menyedari ada juga segelintir pemimpin di peringkat bahagian cuba melakukan sabotaj dalam PRN Sabah, namun beliau tidak akan mengambil tindakan.
Katanya, maka adalah lebih baik individu-individu berkenaan meninggalkan sahaja parti kerana mereka bukanlah pejuang politik sebenar yang mendokong pendirian untuk bertahan ketika parti mengalami kesukaran.
“Disabotaj sewaktu pilihan raya pun saya tidak ambil tindakan walaupun bukti cukup. Saya masih lagi minta pandangan Presiden parti, walhal meninggalkan parti lebih baik daripada perbuatan mensabotaj sewaktu pilihanraya.
Jemputan kepada media.
“Tahap kesabaran dan pengorbanan perlu tinggi agar kita lebih dihormati, kita semua bersaudara dan pilihan untuk menyertai mana-mana parti adalah pilihan masing masing,” tegasnya.
Sementara itu, Awang berkata, WARISAN Putatan masih kukuh memandangkan hanya tiga individu yang telah menyatakan meninggalkan parti.
Mereka ialah Ketua Wanita, Noraini Omar dan suaminya Ketua Penerangan, Mohd. Dini Khan serta Kartini Mahady selaku AJK Bahagian Wanita.
Bagaimanapun katanya, amat tidak relevan untuk mereka menyertai parti STAR sedangkan di Putatan, parti itu tidak mempunyai penyokong dan mereka gagal untuk membawa mana -mana penyokong WARISAN yang lain untuk menyertai mereka.
“Alasan yang tidak munasabah untuk mengikuti parti STAR di Putatan yang tidak ramai penyokong.
“Parti WARISAN yang masih revelen di mata pengundi WARISAN Putatan yang kekal menjadi parti tunggal terbesar di sabah,” katanya.
Parti Warisan Sabah (WARISAN) mencabar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyelesaikan segera masalah imigran di Sabah dengan menghantar golongan tersebut pulang terutama selepas wujud ‘kerjasama politik’ antara Sabah dan Persekutuan.
Naib Ketua Wirawati WARISAN, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu menunaikan janji tersebut kerana adanya kerjasama politik berkenaan.
“Sudah hampir setahun sejak PN mengambil alih Kerajaan Persekutuan, namun masih belum ada langkah utama menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) selain penguatkuasaan sedia ada iaitu menangkap dan menahan mereka yang dilaksanakan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, Muhyiddin merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) kepada Kerajaan Sabah sebagai langkah penyelesaian terhadap PATI.
Kerajaan WARISAN kemudiannya menguar-uarkan cadangan tersebut tetapi dibatalkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
JO-ANNA RAMPAS
Beberapa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menentang cadangan itu secara lantang dengan membuat pelbagai tuduhan untuk menakutkan masyarakat KDM antaranya ‘WARISAN mesra PATI’ atau ‘WARISAN membantu PATI mendapatkan taraf warganegara’.
Dengan politik semasa menyaksikan beberapa pemimpin ini telah berkuasa dan mempunyai ‘kerjasama politik’, namun gesaan mereka supaya PATI dihantar pulang tiba-tiba sahaja senyap.
“Apabila pemimpin politik yang terdesak menjanjikan bulan dan bintang semasa kempen tetapi gagal melaksanakannya, maka kepercayaan dan rasa hormat rakyat akan hilang.
“Pemimpin PBS seperti Datuk Joniston Bangkuai sebelum ini memetik Akta Imigresen untuk mengesahkan hujahnya bahawa PATI boleh dihantar balik dan Datuk Jahid Jahim yang menjelaskan panjang lebar beza antara Kad Burung-Burung dan cadangan PSS sekarang perlu membuktikan kepada Sabahan bahawa mereka mempunyai kredibiliti untuk menghalau PATI dari Sabah,” katanya.
Katanya, dengan kedudukan GRS yang lemah, Sabahan mempunyai kuasa penentu untuk menuntut gabungan itu meneruskan menghantar pulang PATI.
“NGO, pemimpin komuniti dan individu yang mahu melihat GRS berfungsi secara efisien boleh mendesak mereka bertindak kerana majoriti GRS terlalu kecil.
“Lebih-lebih lagi GRS dibentuk oleh parti-parti yang mencurigai satu sama lain, maka satu cara untuk memastikan mereka bekerja ialah Sabah mendesak.
“GRS juga tidak boleh meletakkan kesalahan kepada WARISAN PLUS sebab mereka sekarang kerajaan. Amat tidak bertanggungjawab untuk melakukan seperti itu, atau mereka boleh membiarkan sahaja WARISAN Plus memimpin negeri,” tambah Jo-Anna.
A Warisan leader has challenged Perikatan Nasional (PN) to settle the perennial illegal immigrants issue in Sabah by deporting them without any further delay now that there is ‘political alignment’ between Sabah and Putrajaya.
ADVERTISEMENTREPORT THIS AD
Warisan Wirawati Deputy Chief, Jo-Anna Sue Henley Rampas said that the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin and Home Minister, Datuk Hamzah Zainuddin must now fulfill their promises to Sabahans in view of the said alignment.
“It has been almost a year since PN took over the Federal Government and so far, there has been no substantive action to flush out the hundreds of thousands of illegal immigrants in Sabah apart from the normal ‘catch and detain’ by police.
Under the then Pakatan Harapan federal government, it was none other than Muhyiddin who proposed the issuance of Pas Sementara Sabah (PSS) to the Sabah government as a solution to the illegal immigrant problem.
The Warisan-led government then promoted the PSS proposal but later withdrew it after the Kimanis parliamentary by-election last year.
File photo showing Sabah leaders opposing legalisation of illegal immigrants in Sabah.
Several GRS leaders had loudly objected to it and threw all sorts of allegations against the party that were meant to scare the KDM voters such as ‘Warisan is pro illegal immigrants’ or ‘Warisan is helping the illegal immigrants to acquire citizenship’.
Now that these leaders are in power with the said political alignment having been achieved, their previous call to deport all the illegal immigrants has suddenly fizzled out,” she said in a statement today.
Jo-Anna said that this inaction from PN to deport the illegal immigrants instead of issuing PSS is actually a serious challenge to their own credibility.
“When desperate politicians promise the moon and the stars during campaigning but later fail to deliver, then it will cost them the people’s trust and respect.
PBS leaders such as Datuk Joniston Bangkuai who previously cited some sections in the Immigration Act to substantiate his argument that the illegal immigrants can be deported and Datuk Jahid Jahim who gave a lengthy explanation on the differences between Kad Burung-burung (issued by PBS) and the proposed PSS must now impress upon the Sabahans that they are men of credibility and flush out the PTIs in Sabah,” she said.
She pointed out that in view of the very weak position held by GRS, Sabahans play a powerful role as Kingmaker in the State by demanding the coalition to proceed with the deportation immediately.
“Sabah NGOs, community leaders and individuals who wish to see GRS perform efficiently can pressure the coalition to get their act together because GRS has a very slim majority.
This is more so since GRS is made up of parties that are suspicious of each other and hence, the only way to make them work efficiently for Sabahans is to openly pressure them.
And GRS cannot push the blame on WarisanPlus because they are the government of the day. To do that would be irresponsible on their part and they might as well allow WarisanPlus to lead the State.”
Ketua Pejuang Mukhriz Mahathir berkata calon parti itu tidak akan bertanding sebagai calon Bebas.
PETALING JAYA: Pejuang, yang pendaftarannya sebagai parti politik berdepan kelewatan, terbuka untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 atas tiket parti lain.
Pemimpinnya, Mukhriz Mahathir, berkata calon-calonnya tidak akan bertanding sebagai calon Bebas, maka antara pilihan yang ada adalah bertanding atas tiket parti lain, seperti parti Sabah, Warisan, sekiranya pendaftaran pejuang tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
“Sebaik-baiknya kita mestilah sebahagian daripada satu parti politik, ada beberapa pilihan, kita akan pertimbangkan perkara tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika menjawab pertanyaan apakah Warisan boleh melebarkan sayap ke Semenanjung.
Ditanya tentang persediaan Pejuang berdepan PRU-15, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan.
“Kita kena muhasabah diri, kena ukur baju di badan sendiri… kita pasang cita-cita terlampau tinggi, padahal kita tidak berkemampuan, nak berjuang seorang memang sukar tetapi keputusan atau pendekatan itu akan dilaksanakan sebelum PRU-15 nanti.”
Bekas menteri besar Kedah itu juga menegaskan partinya belum menerima sebarang surat rasmi daripada JPPM, walaupun sudah memenuhi semua syarat dan bertemu pegawai jabatan itu.
Awal bulan ini, Pejuang memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, dengan setiausaha agung penaja, Amir Amiruddin Hamzah, memohon parti itu didaftarkan dalam tempoh tujuh hari selepas mahkamah membuat keputusan berdasarkan Seksyen 7 Akta Pertubuhan.
Menurut Mukhriz, mahkamah menetapkan 7 Januari tahun depan sebagai sebutan semula.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menguasai naratif Belanjawan 2021 dengan fokus kepada sidang media khas oleh kedua-dua tokoh politik itu pada 14 Dis lalu. Ketika Dr Mahathir aktif membantah belanjawan itu, Tengku Razaleigh yang pada mulanya berdiam diri, secara mengejut mengumumkan sependapat dengan seterunya, menentang pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Belanjawan 2021. BACA: Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021 Kajian Data Raya (Big Data) dilakukan Malaysia Indicator menunjukkan, tiada kemunculan kedua-dua tokoh itu pada senarai data bagi tempoh 10 hingga 12 Disember 2020. Bagaimanapun, mereka dilihat mula aktif pada 13 hingga 15 Disember 2020 dengan kedua-duanya berada dalam senarai lima teratas individu paling berpengaruh bagi Belanjawan 2021. Dr. Mahathir berada di tempat pertama individu paling berpengaruh dengan 334 kenyataan, dan Tengku Razaleigh atau Ku Li, dengan 102 kenyataan. Manakala, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di belakang Ku Li dengan 97 kenyataan, disusuli Datuk Seri Najib Razak (86 kenyataan) dan Perdana Menteri Muhyiddin (55 kenyataan). Tumpuan kepada Dr Mahathir turut meningkat mendadak pada hari sidang media khas tersebut, mencapai lebih 200 berita. Begitu juga dengan Tengku Razaleigh yang menyaksikan pendedahan berita mengenai dirinya pada hari sidang media bersama diadakan, iaitu lebih 150 berita. Dalam pada itu, perkataan ‘Ketua Pembangkang’ dan ‘Sidang Media’ juga paling banyak dibincangkan dan ada kaitan dengan desakan kedua-dua tokoh berkenaan agar Ahli Parlimen menolak Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Parlimen, 15 Dis lalu.
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah has reiterated that there is no co-operation between the party and Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) or Perikatan Nasional (PN) to ensure Muhyiddin Yasin remains as the Prime Minister.
Wirawati deputy Chief, Jo-Anna Sue Henley Rampas said there is no reason for Warisan to work together with PN or PPBM since the latter had caused a lot of difficulty for Warisan.
“Firstly, PPBM backtracked on its pledge not to set up its branch in Sabah and secondly, right after the collapse of the PH Government in February, it pressured Datuk Seri Panglima Haji Shafie Apdal and other party leaders incessantly to submit to PN.
“The grand finale was their devious and cowardly failed attempt to topple the Warisan-Plus Sabah Government last July,” Jo-Anna said in a statement on Sunday in response to questions on the current political developments.
“So if there is anyone who would be happy to see Muhyiddin have a taste of his own medicine, it will be Warisan-Plus. Hence, my advice to national PH leaders who never went through what Warisan did but is now suddenly accusing us of aligning with PN is – to better watch their mouth,” she added.
SHAFIE APDAL
Jo-anna said the exemplary commitment and dignity displayed by Warisan MPs under the leadership of Shafie in Parliament allowed them to settle several crucial issues relating to Sabah.
“Last Thursday, during the Committee Stage debate on the Supply Bill 2021 Warisan MPs voted for the motion tabled by Upko, because firstly, Warisan MPs are under moral obligation to vote on motions relating to Sabah and secondly, Upko is steadfast in preserving its existing co-operation with Warisan.
And during the policy level debate on the Supply Bill 2021, Warisan MPs delivered two crucial improvements to the Bill namely an increase of Covid-19 allocation by another RM50 million and a review of the Elaun Perumahan Wilayah (EPW) for Sabahan officials working for the Federal Government in Putrajaya, both of which were then included in the Bill.
So the question of Warisan MPs not doing their job for Sabah is grossly misleading and the question that Sabahans should ask instead is “what did GRS MPs contribute to Sabah in that Supply Bill?” she added.
Jo-Anna said that Warisan will continue its political co-operation with PH and other opposition parties but reiterated the need for a credible and principled Opposition Leader.
“Warisan believes that the key to winning the upcoming general election is firstly to unite all Malaysians irrespective of their race and religion and to come out with a clear definition of “Bangsa Malaysia”. Thereafter, to come out with a new deal on social and economic ownerships for these are the issues that cause us to be polarised in the first place.
“We still honour the political pact between Warisan and PH/Upko but our concern is the lack of credibility on the part of Opposition Leader, Anwar Ibrahim and his capability to deliver which may cause PH voters to finally feel disillusioned.
“Warisan cannot continue to allow itself to be used for someone else’s personal agendas that have no benefit at all to Sabah. As a matter of principle, it is only apt that the party makes its stand known now and not when the election is around the corner,” she added.
Advertisements
REPORT THIS AD
Share this:
WhatsAppTelegram
Related
PEMIMPIN PH PUSAT JANGAN CELUPAR TERHADAP PARTI WARISAN – JO-ANNA RAMPAS
In “Uncategorized”
TIBA MASA PEMIMPIN MUDA TAMPIL KUKUHKAN PEMBANGKANG
In “Uncategorized”
Parliament Observes A Minute’s Silence On Demise Of VK Liew
In “Uncategorized”
Published by SABAH TODAY
View all posts by SABAH TODAY
Uncategorized
0 thoughts on “WATCH YOUR MOUTH, PAKATAN HARAPAN LEADERS IN MALAYA TOLD”
Honorarium Writers 7th Dec 2020 — 4:55 am
Your comment is awaiting moderation.
Just link to my blog you’re next news
Like
REPLY
Leave a Reply
Enter your comment here…
Post navigation
PREVIOUS
TELEFILEM LOTUD PERTAMA, ‘SA’PON’ AKAN DIADAPTASI MENJADI SEBUAH FILEM
NEXT
RAKYAT SABAH DIKHIANATI DENGAN PERUNTUKAN BINA JALAN HANYA RM100
BLOG AT WORDPRESS.COM.
Create your website at WordPress.com
Get started
Respond to this post by replying above this line
New post on SABAH TODAY
TIBA MASA PEMIMPIN MUDA TAMPIL KUKUHKAN PEMBANGKANG
by SABAH TODAY
JO-ANNA SUE HENLEY RAMPAS
SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Semua pemimpin muda daripada parti pembangkang perlu tampil mencari jalan penyelesaian kepada masalah percakaran sesama sendiri yang berlaku dalam kalangan pembangkang sehingga meretakkan hubungan.
Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, senario politik kini sudah berubah, orang muda bukan lagi hanya sekadar menunggu arahan tetapi perlu tampil memberi cadangan, pendapat dan melaksanakannya.
Tegasnya, jika pemimpin senior gagal mencari jalan penyelesaian, golongan muda pasti mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah.
“Sejak sekian lama pandangan sayap muda telah dipinggirkan dan hanya melakukan seperti apa yang diarah bukannya terlibat secara aktif dalam ideologi parti dengan memberikan cadangan, idea serta melaksanakannya.
“Biarlah semua sayap-sayap muda parti duduk bersama membincangkan situasi ketidaktentuan politik semasa dan mengukuhkan kembali jambatan yang menjadi pemisah kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan.
Kelmarin, dua pemimpin pemuda iaitu Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd. Ithnin dan Naib Ketua Pemuda DAPSY, Muhammad Shakir Ameer menggesa semua parti pembangkang kembali semua ke meja rundingan untuk membina momentum baharu bagi berdepan pilihan raya umum ke-15.
Kesatuan antara Pakatan Harapan (PH) dengan parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang dan Muda kini kelihatan rapuh menyebabkan mereka gagal mencapai kata putus di Dewan Rakyat.
Jo-Anna berkata, golongan muda lebih mudah menerima perubahan demi kebaikan semua pihak berbanding ahli politik senior yang lebih minat mempertahankan kedudukan masing-masing.
“Akhirnya suara-suara yang logik telah kedengaran dan datang dari mana kalau bukan sayap muda dalam parti.
“Ini adalah masa terbaik untuk gerakan muda setiap parti buat apa yang mereka sepatutnya lakukan iaitu mewakili generasi muda dan memastikan ahli parti masing-masing selari dengan tren politik semasa.
“Seperti yang selalu kita dengar, golongan muda adalah masa depan kita. Biarlah generasi muda melaksanakan tugas membawa perpaduan dan ketenangan dalam situasi politik yang kelam-kabut,” tambahnya.
This free site is ad-supported. Learn more
SABAH TODAY | 10th Dec 2020 at 12:05 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-7o
Comment See all comments
Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY.
Change your email settings at Manage Subscriptions.
TEAM SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Walau tidak lagi memerintah negeri Sabah ketika ini, pentadbiran kerajaan Warisan di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal masih memberi manfaat kepada industri di Sabah.
Usaha memperkenal Sabah New Deal untuk memulihkan kembali ekonomi Sabah dilihat satu langkah bijak diambil kerajaan pimpinan Mohd Shafie.
Hari ini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar memaklumkan peruntukan sejumlah lebih RM2 juta di bawah Sabah New Deal akan memberi manfaat kepada 503 agensi pelancongan dan pengembaraan di Sabah.
Bantuan secara one-off berjumlah RM4,000 itu sudah pasti membantu agensi pelancongan untuk kembali bangkit dan beroperasi setelah hampir sepanjang tahun terkesan dengan pandemik Covid-19.
Pakej Sabah New Deal dilancarkan oleh Mohd Shafie pada 18 Jun lalu dengan peruntukan RM240 juta bertujuan untuk mengaktifkan semula, memulih dan menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi yang terjejas susulan pandemik Covid-19.
Melalui pakej itu, sektor pelancongan menerima peruntukan RM22 juta sebagai usaha pemulihan sektor pelancongan.
Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, Sabah mengalami kerugian sebanyak RM320 juta hasil pelancongan berbanding bagi tempoh Jan-Feb tahun lalu.
Malah, Sabah kehilangan 340,000 kehadiran pelancong bagi tempoh sama, iaitu antara 40 hingga 60 peratus.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.