PTI Pilipin: Sudah lolos Kena tangkap balik..🤔😬

Kupi-kupi Fm

kupikupifm96.3

SEORANG LAGI TAHANAN IMIGRESEN BOLOS DITAHAN

Ketika ditemui, lelaki yang berasal dari negara jiran Filipina yang didapati memakai pakaian perempuan itu dipercayai cuba meloloskan diri keluar daripada daerah Papar.

Untuk berita lanjut sila ikuti INFO X menerusi saluran Telegram di https://t.me/infoxkupikupifm

Xclusive, Xciting dan Terkini!

Lebuh Raya Pan Borneo Pemangkin Pelancongan Pantai Timur Sabah

PH Sabah sedia jalin kerjasama dwi partisan dengan kerajaan negeri

a close up of a flag: PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri.

© Provided by Free Malaysia Today

PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri.

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah berpendapat, semangat dwi partisan seperti dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan kepada kerajaan negeri ini.

Dalam kenyataan bersama, gabungan itu berkata pelaksanaan kerjasama itu membolehkan semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang fokus bagi memulih serta membangunkan semula Sabah.

“Sehingga kini, kerajaan negeri belum lagi secara jelas tampil dengan strategi bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi di Sabah.

“Ianya bukan lagi soal politik, tetapi kepentingan umum rakyat Sabah. Semua tenaga dan sumber yang ada sepatutnya digunakan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula kesan krisis akibat pandemik Covid-19 ini.

“PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri supaya fokus boleh disatukan ke arah pemulihan dan pembangunan semula Sabah ketika ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah Poon Ming Fung, Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, PH Sabah percaya kestabilan politik di negeri itu akan tergugat jika perkara seperti di Semenanjung menular ke dalam kerajaan negeri.

Mereka berpendapat, aktiviti berpolitik berterusan ketika krisis sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang hanya akan membantutkan apa yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

Strategi pembangunan semula Sabah

Katanya, satu jawatankuasa khas untuk memperinci dan mengemukakan strategi pembangunan semula Sabah kepada kerajaan negeri telah ditubuhkan PH Sabah.

Jawatankuasa itu akan turut mencadangkan kerjasama rentas politik bagi memfokus kepada pelaksanaan strategi memulih serta membangunkan semula negeri berkenaan.

“Majlis Pimpinan PH Sabah telah bermesyuarat malam tadi untuk membincangkan isu rakyat terkait kesan pandemik Covid-19 dan perkembangan isu politik semasa.

“PH Sabah mengalu-alukan usaha program vaksinasi rakyat Sabah ke arah mewujudkan imuniti kelompok. Bagaimanapun, PH Sabah berpendapat program vaksinasi hanya merupakan salah satu daripada strategi pemulihan.

“Kerajaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada program vaksinasi tanpa mencetus kesegeraan merangka dan melaksanakan strategi pembangunan semula yang seterusnya,” kata mereka.

Menurut kenyataan itu, strategi pemulihan kesihatan awam disusuli pembangunan semula ekonomi dan infrastruktur di Sabah harus dirangka dan dilaksanakan segera.

“Kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan lebih pragmatik dan transparen berkenaan program pemulihan dan pembangunan semula kerana pandemik Covid-19 telah mewujudkan satu krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia kini menjadi kepentingan umum rakyat Sabah yang menagih perkhidmatan terbaik daripada kerajaan,” katanya.Microsoft and partners may be compensated if you purchase something through recommended links in this article.

BEONE CARES: Bantu Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni Pulang Ke Sekolah!

DERMA E- WALLET : 011 71585858

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakyat Malaysia!


Saya Ezall Rohaizad Mohd merupakan (BSE) Beone Sales Executive / Rakan Niaga Sah di sebuah syarikat telekomunikasi terbaru yang kini mendapat sambutan terlaris dipasaran iaitu BEONE PREPAID NETWORK.


Kami telah melancarkan kempen untuk Rumah Kasih Harmoni, sebuah rumah anak yatim di Paya Jaras untuk membantu anak-anak mereka pulang ke sekolah!


Adakah jenis bantuan yang akan diberikan?


BEONE akan membantu membekalkan baju sekolah kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan mereka dengan baik!


Sertai kempen kami berbakti kepada rakyat! Satu kebaikan yang anda lakukan, seribu kebaikan akan kembali kepada anda.
Bagaimana anda boleh bantu? Mudah sahaja! Anda boleh bantu dengan derma beberapa sahaja yang anda inginkan ke nombor e-wallet yang ditetapkan. No. E-Wallet : 011-7158-5858.


BeONE Prepaid – All About Infinity


https://beone.com.my
Email : admin@beone.com.my

Tun M persoalkan situasi ‘Pesalah’ bebas ke sana ke sini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah bebas ke sana ke mari, biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram.

Dalam catatan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata, sepanjang kes rayuan Najib berlangsung bermula April tahun ini, Ahli Parlimen Pekan itu bebas seperti orang tidak bersalah, dan kes juga tidak didengari kerana pelbagai alasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Sumber: AWANInews

Boleh Kerjasama Antara Parti Tapi Beli Orang, Beri Ganjaran Adalah Tidak Sihat – Shafie

Oktober 27, 2021

oleh Firdaus Amran


Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal bercakap pada sidang media untuk pengundi muda yang berumur 18 tahun supaya boleh mengundi di PRU-15 nanti di Anjung Melayu Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu beliau telah menghadiri satu mesyuarat atas jemputan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Sumber: MGNews

KENYATAAN MEDIA: PARTI WARISAN SABAH

Kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ‘Tunggu’

Oleh: Syifa Amin

Gambaran kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi membentuk gabungan politik semakin jelas.

Jawapan yang diberikan melalui siaran langsung Facebook ‘Borak Jam 10’ semalam oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal dan Pengasas MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman seakan mengiyakan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut. Mohd Shafie berkata, Warisan dan MUDA adalah satu landasan yang boleh dibentuk bagi membuka ruang untuk membantu melahirkan pimpinan yang ada keupayaan untuk manfaat generasi akan datang.

“Saya mahu mainkan peranan saya dan orang seperti Saddiq juga ada peranannya jadi kita kena saling membantu. Jangan tamak dengan berfikir seseorang akan mengambil alih peranan kita. Sampai bila hendak bertahan, kadang kala bila berada di atas (berjawatan) tiada had tetapi di bawah ditetapkan had umur. “Atas sebab itu, kita kena mewujudkan satu sistem sebab itu sejak awal saya suka menggalakkan orang muda untuk berjaya dan terlibat dalam politik,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna ini berkata, beliau sudah berbincang dengan Saddiq dan beliau amat mengagumi bakat anak-anak muda dalam politik. Bagaimanapun, kena ada bimbingan daripada pemimpin yang berpengalaman. “Kita boleh benarkan mereka (anak muda) melakukan apa mereka mahu namun dalam masa sama, kita kena menasihatkan mereka sekiranya mereka terbabas dan beri panduan. Kita perlu bersedia jika ingin mewujudkan sebuah negara yang mempunyai daya saing cukup hebat,” ujarnya.

Mohd Shafie, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang ini berkata, usaha memperkasa anak muda menjadi keutamaan dalam Warisan dan ianya terbukti dengan lantikan pemimpin-pemimpin muda seperti Datuk Darell Leiking, Datuk Mohd Azis Jamman, Isnaraissah Munirah Majilis dalam Kabinet Persekutuan. Malah, ketika beliau Pengerusi Komanwel Dunia dan semasa berada dalam UMNO pun, beliau banyak memberi galakan kepada anak muda seperti Noraini Ahmad yang kini Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Seri Dr. Adham Baba (Menteri Kesihatan) serta Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). Katanya, generasi pelapis dalam kepimpinan negara amat penting bagi melahirkan sebuah negara membangun. Sementara itu, Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar ketika menjawab persoalan gabungan Warisan-MUDA berkata, nantikan sahaja pengumumannya. Katanya, jika dilihat corak politik yang dibawa Datuk Seri Mohd Shafie, ia sangat baik untuk Malaysia kerana sukar untuk melihat pemimpin di peringkat tertinggi seperti Datuk Seri yang secara terbuka menerima konsep Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan agama.

Beliau berkata, konsep Unity atau Perpaduan yang diperjuangkan di Sabah amat berjaya dan sebagai rakyat, beliau melihat keadaan itu akan mendatangkan kebaikan untuk Malaysia. “Kita kena menubuhkan satu landasan yang berbilang bangsa, fahaman yang sederhana serta fokus kepada pembaharuan dasar negara dan bukannya berdasarkan personaliti pemimpin politik. “Saya yakin dengan melihat preastasi yang dilakukan Datuk Seri di Sabah, konsep Unity ini bagus untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

RETAK AKHIRNYA TERBELAH

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY


KOTA KINABALU: Hubungan umpama ‘retak menanti belah’ antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada mampu bertahan atau tidak akan ditentukan petang ini.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat petang ini bagi membincangkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Februari lalu yang menolak kerjasama dengan Bersatu jika Parlimen dibubarkan.

Sebarang keputusan dalam mesyuarat berkenaan juga dijangka bakal memberi gambaran sama ada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan atau tidak.

Semalam, Biro Politik Bersatu telah bermesyuarat bersama Muhyiddin mengenai keengganan UMNO untuk meneruskan kerjasama.

Pendirian rasmi UMNO itu dibuat dalam surat kepada Muhyiddin melalui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hasil mesyuarat di Janda Baik pada 26 Februari lalu.

Hakikatnya, Muhyiddin kini memerintah hanya disebabkan proklamasi Darurat yang sedang berjalan kerana beliau sepatutnya telah hilang majoriti.

Dua Ahli Parimen UMNO iaitu, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebeluk ini telah pun mengumumkan menarik sokonga terhadap Muhyiddin.

Justeru, mesyuarat Bersatu petang ini dijangka turut memberi gambaran mengenai kesan kepada kerajaan Muhyiddin selepas ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menumbangkan Muhyiddin.

Sokongan berkenaan dijangka diperoleh daripada beberapa pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah.


This free site is ad-supported. Learn more


SABAH TODAY | 4 Mac 2021 at 1:19 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-hSCommentSee all commentsLike

Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY.
Change your email settings at Manage Subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://thesabahtoday.news.blog/2021/03/04/nasib-kerjasama-umno-bersatu-ditentukan-petang-ini/Thanks for flying with  WordPress.com

JOE BIDEN CUBA MENGALANG PEMBUNUHAN UMAT ISLAM DI YAMAN DAN LIBYA DENGAN MENANGGUH PENJUALAN SENJATA KEPADA IMARAT DAN ARAB SAUDI.

BIDEN TIBA-TIBA HENTIKAN SEMUA PENJUALAN SENJATA AMERIKA TERMASUK JET TEMPUR F-35, SIAP PERANGKAH.??

JOE BIDEN CUBA MENGALANG PEMBUNUHAN UMAT ISLAM DI YAMAN DAN LIBYA DENGAN MENANGGUH PENJUALAN SENJATA KEPADA IMARAT DAN ARAB SAUDI.

KWSP bekukan sementara transaksi i-Sinar untuk kreditkan dividen

bisnes@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membekukan sementara transaksi membabitkan i-Sinar bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini.null

Ia juga memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan i-Sinar berikutan berlaku perubahan dalam proses kelulusan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah berbincang dengan KWSP untuk mempermudah proses kelulusan, terutamanya bagi mereka yang telah membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.

“Pengumuman telah dibuat pada 11 Februari lalu mengenai pemansuhan syarat i-Sinar bertujuan mempermudah ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1.

“Langkah ini diharap dapat membantu rakyat mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, kerajaan telah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan proses kelulusan.

“Ini akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa.

“Masa juga diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini,” katanya dalam kenyataan sempena Laporan Laksana ke-41 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), hari ini.

Minggu lalu, KWSP dengan kelulusan Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Pada 11 Februari lalu, Tengku Zafrul turut mengumumkan bahawa KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

Katanya, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.

Malah, bagi ahli yang memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Manakala, ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 dengan pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 2:50 PM

Ikuti Artikel Menarik di: https://www.hmetro.com.my/

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/02/675726/kwsp-bekukan-sementara-transaksi-i-sinar-untuk-kreditkan-dividen