Jangan Salah Faham, Vaksin Booster dan Dose ke-3 Itu Berbeda

Saya Sudah BerVaksin bosku 😁👍🏼

Ada isu yang beredar bahwa pemberian vaksin booster dan vaksin dosis ketiga mungkin diperlukan untuk masyarakat umum. Pemberian vaksin booster untuk tenaga kesehatan juga telah dilakukan, namun banyak yang mengira bahwa dosis ketiga adalah vaksin booster.

Apa itu vaksin booster?

Dua dosis vaksin pada saat ini merupakan dosis utama vaksin. Ini diberikan bertujuan membangun sistem imun agar siap menghadapi patogen yang masuk ke dalam tubuh.

Sedangkan vaksin booster adalah vaksin tambahan yang berfungsi untuk meningkatkan dan memastikan imun yang telah terbentuk pada dosis sebelumnya. Ini akan memberikan perlindungan yang lebih optimal pada risiko masuknya patogen.

Untuk vaksin Covid-19, saat ini dosis utama vaksin adalah dua kali suntikan. Dua dosis tersebut sudah cukup untuk melindungi masyarakat umum dari infeksi parah Covid-19.

Namun, antibodi yang terbentuk dari kedua dosis tersebut, mungkin saja menurun dan membutuhkan vaksin booster.

Apakah vaksin booster untuk masyarakat umum diperlukan atau tidak, penelitian masih terus dilakukan terkait hal ini.

Tetapi untuk tenaga kesehatan, vaksin booster merupakan hal yang perlu sebab mereka menjadi garda terdepan yang terpapar virus Covid-19.

Apa itu vaksin dosis ketiga?

Vaksin dosis ketiga adalah vaksin yang harus diterima dan dianggap sebagai bagian dari dosis utama vaksin. Sasaran vaksin dosis ketiga ini hanya diperuntukkan untuk segelintir orang.

Contoh orang yang harus menerima vaksin dosis ketiga adalah orang yang mengalami immunocompromised. Orang dengan immunocompromised tidak bisa membentuk antibodi sebaik orang yang sehat.

Oleh karena itu, vaksin dosis ketiga diperlukan untuk memastikan mereka memiliki antibodi yang cukup untuk melindunginya dari Covid-19.

Siapa yang memerlukan vaksin booster dan vaksin dosis ketiga?

Berdasarkan rekomendasi dari Centers of Disease Control and Prevention (CDC), berikut adalah rekomendasi individu yang perlu menerima vaksin booster:

  • Tenaga kesehatan
  • Orang tua 65 tahun ke atas
  • Orang tua dan dewasa dengan penyakit penyerta
  • Pekerja publik yang berisiko tinggi terpapar Covid-19

Sedangkan individu yang direkomendasikan untuk mendapatkan vaksin dosis ketiga adalah individu dengan kriteria sebagai berikut:

  • Sedang menerima perawatan kanker
  • Sedang perawatan dengan obat-obatan imunosupresif, seperti kortikosteroid
  • Memiliki penyakit immunodeficiency
  • Penderita HIV.

Perlu diketahui saat ini belum ada panduan resmi untuk penatalaksanaan dosis ketiga dan vaksin booster selain untuk tenaga kesehatan. Hal ini dikarenakan beberapa jenis vaksin masih melakukan penelitian dan pengajuan izin guna untuk kedua jenis vaksin tersebut.

Sumber: zonadunia.com

PEMBERIAN TANAH KEPADA PERSEKUTUAN BUKTI GRS BELAKANGKAN KEPENTINGAN U Rakyat SABAH

MONDAY, 22 FEBRUARY 2021 KOTA KINABALU SABAH

oleh Borneo Voice

Tanda awal sikap pemimpin GRS membodek tuannya (kerajaan Persekutuan) dengan penyerahan 177 geran tanah hampir 2000 ekar untuk berbagai jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah. Bertepatan dengan permasalahan yang dihadapi oleh 54 buah kampung di Pitas yang dihalau dari kampung halaman mereka kerana pertikaian tanah di kawasan Kamanchi-Gandawari dengan Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda) dan Acacia Forest Industries (AFI) Sdn Bhd. Sebelum ini dilaporkan, penduduk dari 54 kampung ini telah merayu kepada Ketua Menteri agar campur tangan dalam kes pertikaian tanah yang mereka hadapi namun kerajaan GRS pimpinan Datuk Hajiji Nor gagal menyebelahi penduduk kampung terbabit. Ia amat menyedihkan kerana penduduk terpaksa berjuang sendiri untuk menuntut tanah milik mereka, kerana sekitar 1980 telah mewartakan sejumlah besar kawasan di Pitas untuk penanaman pokok akasia. Dengan pertambahan penduduk, tanah-tanah ini seharusnya dikembalikan kepada penduduk supaya penduduk sendiri boleh berdikari untuk membangunkannya.

Terdahulu dari itu, kerajaan Barisan Nasional pernah menganugerahkan 106,170 Ha (258,038.92 ekar ) tanah diserahkan kepada Felda untuk tujuan peladangan sawit atas alasan untuk meningkatkan ekonomi Sabah tetapi walhal sebaliknya peluang pekerjaan dibanjiri oleh orang-orang Malaya, dari peneroka sehinggalah kakitangannya majoriti semua dari Malaya dan hasilnya diangkut ke Malaya.

Apa tidaknya, semua hasil sawit dari Sabah diproses di kilang-kilang di Malaya, rakyat di negeri ini hanya berputih mata, tidak dapat manfaat dari cukai tanah, minyak sawit dan peluang pekerjaan. Selain itu sejak dahulu lagi, pemimpin Barisan Nasional Sabah memang dasar pembodek Malaya telah menganugerahkan ratusan ribu haktar tanah pada syarikat, yayasan dan individu umpamanya Yayasan Melaka, Felcra dan pemimpin-pemimpin politik. Semasa pemerintahan Warisan, ada pihak memperkecilkan usaha Shafie Apdal memberi 10,000 geran tanah pada penduduk luar bandar kerana ditindas semasa pemerintahan Barisan Nasional kerana ada sebahagiannya dihalau dari kampung halaman mereka untuk memberi laluan kepada syarikat yang dimiliki oleh kroni dan perusahaan multinasional daripada Malaya.

Pemimpin GRS adalah kerajaan tidak jujur cakap tak serupa bikin kerana agenda pertama mereka semasa kempen PRN Sabah yang lalu menghantar pulang PTI ke negara asal mereka namun tidak pula dihantar, malahan didaftarkan sebagai tenaga kerja dan diberi dokumen IMM13.

Untuk mengalih pandangan rakyat atas kegagalan GRS ini, pembantu menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah, Joniston Bangkuai telah memainkan kembali isu-isu pemberian pulau pada PTI, kebakaran penempatan setinggan dalam responnya berhubung kenyataan Datuk Azis Jamman ketua Wira Warisan berhubung penyerahan geran tanah pada jabatan dan agensi kerajaan pusat oleh ketua menteri Sabah Datuk Hajiji Nor. Siapa tidak tahu muslihat dan agenda pemimpin Malaya apabila mereka menakluki negeri Sabah melalui pemimpin lemah dan senang dikontrol, untuk memudahkan agenda mereka tercapai seperti era Musa Aman adalah dijangka akan berulang kembali projek mykad untuk memperkukuh kedudukan UMNO dan PPBM kerana pencapaian semasa PRNS16 tidak memuaskan hanya mendapat 38 kerusi dari 73 DUN keseluruhan kawasan Sabah, termasuk sekutunya dari STAR dan PBS.

Semua sedia maklum bahawa kerajaan GRS menentang cadangan Warisan untuk memberikan penempatan Pulau yang berhampiran negara asal pelarian. Sebenarnya cadangan ini adalah cuma persediaan jikalau berlaku sekali lagi pelarian ekonomi atau perang dari negara jiran. Namun cadangan tidak diteruskan kerana mengambil kira pendapat rakyat kerana ini hanyalah diperingkat cadangan, belum pun dilaksanakan tetapi pemimpin GRS ketika itu memutar belitkan isu ini untuk mengelirukan rakyat terutama di kawasan pedalaman. Justeru itu, apakah GRS akan meneruskan membuka penempatan baharu berhampiran bandar-bandar besar seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan USNO dan Berjaya? Berhubung kewujudan projek mykad yang di pelopori oleh Barisan Nasional yang disahkan oleh tokoh politik yang terlibat dalam sindiket ini adalah ujud terbukti pembatalan kerusi DUN Likas kerana terdapat daftar pengundi di kawasan itu dicemari oleh pengundi haram pemilik mykad palsu. Akibat projek mykad ini, tumbuhlah koloni penempatan haram di merata daerah di Sabah sehingga menimbulkan berbagai masalah umpamanya menjadi sarang narkotik dan pusat subversif. Justeru itu, dalam keadaan yang kotor dipenuhi sampah sarap dan sering berlaku kebakaran, maka timbul cadangan dari kerajaan terdahulu Warisan agar diselaraskan menjadi sebuah penempatan selesa dan selamat didiami kerana majoriti penghuni adalah orang tempatan yang miskin berasal dari kampung terperangkap di bandar kerana mencari pekerjaan untuk penghidupan baharu. Tanpa membuat kajian secara terperinci berhubung penghuni setinggan yang dianggap PTI, dijadikan isu oleh pemimpin dan penyokong STAR dan PBS menuduh Warisan sebagai pelindung PTI akibat kejadian kebakaran di 10 buah lokasi penempatan setinggan di seluruh negeri dikaitkan dengan aktiviti Warisan untuk menukar atau memberi dokumen kepada PTI, sedangkan setiap jabatan yang terlibat mempunyai data peribadi masing-masing. Oleh itu, kerajaan GRS sudah memegang tampuk pemerintahan Sabah, jadi ini lah peluang kamu membuktikan kerja-kerja Warisan itu benar atau sebaliknya. Kesimpulannya, semua tuduhan yang telah dilemparkan oleh kerajaan GRS adalah palsu dan tidak moral. Ini adalah teknik mereka untuk menjatuhkan Warisan dengan menggunakan isu PTI yang tiada berpenghujung. Rakyat Sabah harus berfikiran matang dan memerhati setiap gerak-geri kerajaan yang ada sekarang kerana mereka mempunyai agenda tersendiri sehingga integriti rakyat Sabah dibelakangkan….

This free site is ad-supported. Learn more Borneo Voice | 22 Februari 2021 at 11:45 am | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/paPPlU-mP Comment    See all comments    Like Unsubscribe to no longer receive posts from BORNEO VOICE. Change your email settings at Manage Subscriptions. Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: https://borneovoice.wordpress.com/2021/02/22/pemberian-tanah-kepada-persekutuan-bukti-grs-belakangkan-kepentingan-rakyat-sabah/ Thanks for flying with WordPress.com

World vs Virus

Musim PKP: musim peniaga naikkan harga sesuka hati, besok dah nak raya aidilfitri ke ???

Sekilo Udang Kertas Saiz A
RM25-40 sekilo ??🙄🤨

Kita faham keadaan yang tidak seperti masa-masa yang terdahulu, pandemik CoronaVirus telah mengambil ‘Langkah’ drastik merubah kehidupan manusia sejagat hanya dalam masa 18 bulan sahaja

Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang cerita kelmarin bila (emak) penulis agak tergamam dan terperanjat seketika apabila ingin membeli udang daripada seorang penjual pejalan kaki yang menjaja jualan sekitar sandakan.

Agak menjengkelkan tetapi dah terlanjur nak makan, terpaksalah ibu penulis beli.

Ikan Belais RM18 sekilo. Udang Kertas (Laut) RM25 dan ke atas

Hari ini penulis akan ke pasar awam untuk server harga syiling (MARKETING) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

KWSP bekukan sementara transaksi i-Sinar untuk kreditkan dividen

bisnes@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membekukan sementara transaksi membabitkan i-Sinar bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini.null

Ia juga memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan i-Sinar berikutan berlaku perubahan dalam proses kelulusan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah berbincang dengan KWSP untuk mempermudah proses kelulusan, terutamanya bagi mereka yang telah membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.

“Pengumuman telah dibuat pada 11 Februari lalu mengenai pemansuhan syarat i-Sinar bertujuan mempermudah ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1.

“Langkah ini diharap dapat membantu rakyat mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, kerajaan telah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan proses kelulusan.

“Ini akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa.

“Masa juga diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini,” katanya dalam kenyataan sempena Laporan Laksana ke-41 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), hari ini.

Minggu lalu, KWSP dengan kelulusan Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Pada 11 Februari lalu, Tengku Zafrul turut mengumumkan bahawa KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

Katanya, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.

Malah, bagi ahli yang memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Manakala, ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 dengan pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 2:50 PM

Ikuti Artikel Menarik di: https://www.hmetro.com.my/

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/02/675726/kwsp-bekukan-sementara-transaksi-i-sinar-untuk-kreditkan-dividen

I-Sinar: Karektor Emotion Down Beri Harapan Palsu Penyebab Tumbangnya Kerajaan Perikatan Nasional

ByMegat Azri

Published on 08/02/2021

Rata-rata warga maya menzahirkan rasa kecewa akan masalah teknikal yang berkaitan paparan status permohonan kemudahan i-Sinar kategori dua yang sepatutnya kembali pulih pada Isnin di mana ia masih mengalami masalah yang sama.

Malahan, mereka juga mendakwa semakan status permohonan i-Sinar kategori dua yang sebelum ini telah diluluskan oleh KWSP, tetapi sebaik sahaja melakukan semakan semula pada Isnin lalu, mendapati permohonan mereka masih dalam status proses.

Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad membuat pengumuman pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar. Kenyataan tersebut di laman sosial Twitter, Instagram dan Facebook KWSP selepas beberapa jam kebanyakkan permohonan i-Sinar kategori dua dilaporkan telah lulus setelah pemohon membuat semakan pada Ahad.

KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula pada 8 pagi pada 8 Februari 2021

Sampai hati KWSP buat macam ni, sudahlah tunggu keputusan hampir sebulan campur cuti umum, cuti hujung minggu lagi, lepas itu status hijau tukar balik pada biru. Kami satu keluarga sudah gembira sangat semalam tapi pagi ini, Allah sahaja tahu perasaan kami

luahan hati seorang warganet di akaun Twitter

Selain itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Maksu menyatakan sebelum ini dia telah lulus permohonan i-Sinar kategori dua tetapi pagi ini semakan dilakukan sekali lagi dan menunjukkan permohonan masih dalam proses.

Harap-harap janganlah bagi harapan palsu. Sudah gembira malam tadi, tiba-tiba sekarang ‘check’ masih diproses lagi.

Terdahulu KWSP memaklumkan bagi permohonan kategori dua adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, di mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Kredit: Sinar Harian

Made In Malaya, Export To Sabah

Mengapa pemimpin politik malaya inginkan negeri Sabah dibawah telunjuk mereka ?

Mengapa ramai pemimpin politik sabahan sanggup jadi tali barut ?
Kenapa pemimpin politik malaya inginkan negeri Sabah dibawah telunjuk mereka ?

KWSP; I- Sinar Salahkan ‘Teknikal’ ?

Untuk makluman, semakan iSinar Kategori 2 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP) boleh dibuat bermula 8 Februari 2021, mulai jam 8 pagi ini.

Terbaru, tengah malam tadi KWSP memaklumkan terdapat kesalahan teknikal berhubung paparan status iSinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.myIsi KandungantutupCara Semakan Status iSinar Kategori 2 Melalui Portal isinar.kwsp.gov.myCara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSPTarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2Rayuan i-Sinar Kategori 2Maklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2

Cara Semakan Status iSinar Kategori 2 Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my

Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Sila cari butang SEMAK STATUS
  3. Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.
cara semakan isinar kategori 1

Cara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP

Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:

ADVERTISEMENTnull

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
  3. Klik pada peti mesej atau inbox
  4. Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan
semakan isinar

Tarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2

Jangkaan tarikh bayaran iSinar Kategori 2 adalah mulai 25 Februari ini secara berperingkat.

Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti channel Telegram kami di https://t.me/ecentral

  1. Bagi kategori 2, pembayaran pendahuluan i-Sinar telah dibuat awal melalui bayaran interim yang telah bermula pada 25 Januari lalu.
  2. Mengikut makluman yang diperolehi oleh Pegawai KWSP melalui LIVE chat, ia akan mula dilaksanakan mulai 25 Februari ini secara berperingkat.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
  5. Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

Baca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR

Rayuan i-Sinar Kategori 2

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jika anda TIDAK LULUS Kategori 2, permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pegawai KWSP sekiranya ada.

Syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

*Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Maklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Tiada halangan, Ebit Lew perlu ikut protokol – Pejabat Daerah Semporna | Astro Awani

Pejabat Daerah Semporna; Pegawai Daerah Semporna Tuan Suhaimie Haji Ejip menjelaskan isu yang hangat diperkatakan sekarang ini

Tuan Suhaimie Haji Ejip
Pegawai Daerah Semporna

Sumber Utama: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-halangan-ebit-lew-perlu-ikut-protokol-pejabat-daerah-semporna-281015

Presiden KDM:Peter Anthony Rayu Tamatkan Segera Darurat

Panji-panji Pembela nasib rakyat

Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun dan Murut (KDM) Malaysia, Datuk Peter Anthony merayu agar pelaksanaan proklamasi darurat yang berkuat kuasa ketika ini ditamatkan dengan kadar segera.

Beliau, yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, pelaksanaan darurat perlu diberhentikan bagi mengembalikan semula keduduka negara dan negeri Sabah kembali seperti sedia kala.

Katanya, ketika ini rata-rata rakyat di Sabah bukan hanya di luar bandar tetapi juga di bandar berdepan dengan kehidupan yang begitu sukar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian ditambah dengan darurat.

“Ramai antara rakyat yang kehilangan punca pendapatan dan terpaksa menanggung bebanan perbelanjaan harian.

“Jadi selaku wakil KDM saya merayu kepada Yang diPertuan Agong agar pelaksanaan darurat ini diberhentikan agar kedudukan negara amnya dan Sabah khususnya, kembali pulih seperti sedia kala,” katanya selepas program pengagihan bantuan makanan kepada rakyat terjejas akibat PKP di Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap ini berkata, program bantuan yang disumbangkan KDM dan jentera Warisan Tenom itu dilaksana bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang terjejas semasa PKP ini.

Tambahnya, bantuan itu akan diteruskan di kawasan lain dalam usaha membantu penduduk yang terkesan dengan PKP dan darurat.

Pelaksanaan darurat bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini diisytiharkan pada 14 Jan lalu dan dijadualkan tamat pada Ogos.

COVID-19: PERKEMBANGAN DAN LAPORAN KP KESIHATAN MALAYSIA SETAKAT 27HB FEBRUARI 2021