Rakaman awal pada tahun 2019 oleh pengirim akaun Instagram
Semoga jalan DAGAT KINABATANGAN mendapat tempias perubahan PAN BORNEO, kalau inipun masih tidak dapat sebarang perubahan ada baiknya kepimpinan hari ini fikir kembali atas kapasiti sebagai ‘APA ?’ anda sebagai menteri sekaligus wakil rakyat.
Buang masa tidak membawa apa-apa makna, penuhi masa lebih BAIK daripada duduk santai di kerusi empuk.
Bak kata pepatah arab ” Masa bagaikan mata pedang yang tajam, jika engkau tidak memotongnya, maka dia akan memotong mu “
Buatlah keputusan sebaiknya agar senang menjawab soalan di muktamar akhirat kelak.
Pendekatan pentadbiran itu mengajak seluru rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk bersama-sama berganding bahu, membawa negara keluar dari krisis ekonomi dan pandemik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
YB Cik Isnaraissah Munirah – Ahli Parlimen Kota Belud merangkap Ketua Wirawati SabahYBhg Puan Jo Ann Henley Rampas – Timbalan Ketua Wirawati SabahYBhg Cik Sabrina Yahya – Naib Ketua Wirawati Sabah
PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri.
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah berpendapat, semangat dwi partisan seperti dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan kepada kerajaan negeri ini.
Dalam kenyataan bersama, gabungan itu berkata pelaksanaan kerjasama itu membolehkan semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang fokus bagi memulih serta membangunkan semula Sabah.
“Sehingga kini, kerajaan negeri belum lagi secara jelas tampil dengan strategi bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi di Sabah.
“Ianya bukan lagi soal politik, tetapi kepentingan umum rakyat Sabah. Semua tenaga dan sumber yang ada sepatutnya digunakan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula kesan krisis akibat pandemik Covid-19 ini.
“PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri supaya fokus boleh disatukan ke arah pemulihan dan pembangunan semula Sabah ketika ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah Poon Ming Fung, Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.
Sementara itu, PH Sabah percaya kestabilan politik di negeri itu akan tergugat jika perkara seperti di Semenanjung menular ke dalam kerajaan negeri.
Mereka berpendapat, aktiviti berpolitik berterusan ketika krisis sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang hanya akan membantutkan apa yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.
Strategi pembangunan semula Sabah
Katanya, satu jawatankuasa khas untuk memperinci dan mengemukakan strategi pembangunan semula Sabah kepada kerajaan negeri telah ditubuhkan PH Sabah.
Jawatankuasa itu akan turut mencadangkan kerjasama rentas politik bagi memfokus kepada pelaksanaan strategi memulih serta membangunkan semula negeri berkenaan.
“Majlis Pimpinan PH Sabah telah bermesyuarat malam tadi untuk membincangkan isu rakyat terkait kesan pandemik Covid-19 dan perkembangan isu politik semasa.
“PH Sabah mengalu-alukan usaha program vaksinasi rakyat Sabah ke arah mewujudkan imuniti kelompok. Bagaimanapun, PH Sabah berpendapat program vaksinasi hanya merupakan salah satu daripada strategi pemulihan.
“Kerajaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada program vaksinasi tanpa mencetus kesegeraan merangka dan melaksanakan strategi pembangunan semula yang seterusnya,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu, strategi pemulihan kesihatan awam disusuli pembangunan semula ekonomi dan infrastruktur di Sabah harus dirangka dan dilaksanakan segera.
“Kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan lebih pragmatik dan transparen berkenaan program pemulihan dan pembangunan semula kerana pandemik Covid-19 telah mewujudkan satu krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia kini menjadi kepentingan umum rakyat Sabah yang menagih perkhidmatan terbaik daripada kerajaan,” katanya.Microsoft and partners may be compensated if you purchase something through recommended links in this article.
Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof Yacob telah mengguna wang untuk menyogok dan mempengaruhi wakil-wakil rakyat lain untuk berpaling tadah bersamanya.
“Kami dimaklumkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan, beliau (Dr. Yusof) turut mempengaruhi mereka untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”
“Parti Warisan tidak pernah berkompromi dan menentang sekeras-kerasnya budaya lompat parti dengan cara penyogokan wang dan pangkat sama ada di peringkat negeri atau Pusat,” kata Shafie dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Berkenaan alasan yang diguna untuk Dr. Yusof berpaling tadah, Shafie berkata Dr. Yusof tidak wajar mengguna alasan sedemikian kerana telah diberi peluang dan ruang secukupnya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Yusof tidak wajar menggunakan alasan keputusan ini dibuat demi meneruskan khidmat kepada Rakyat setempat.”
“Ini adalah kerana beliau sendiri sebelum ini telah diberi jawatan penting dalam Kabinet negeri iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi.”
“Malah, kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Parti telah membolehkan beliau menyertai perbincangan dan mesyuarat penting termasuk Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan juga Mesyuarat Pasca Majlis Raja-Raja bersama dengan Menteri Besar, sama ada mengiringi atau mewakili Presiden parti.”
Dalam pada itu, Shafie meminta semua ahli dan penyokong serta kepimpinan di semua Bahagian supaya bertenang dan kekal setia dengan perjuangan asal Warisan, iaitu menentang kleptokrasi, mengembalikan hak rakyat Sabah dan memperjuangkan kesaksamaan merentasi perbezaan kaum, bangsa atau agama, selaras dengan matlamat Warisan sebagai parti yang membawa suara dan mewakili pelbagai bangsa.
Oleh Penulis Bebas & Ensiklopedia bebas | Ahad 31 October 2021 Jam 6.08 Petang
Saya pasti, jauh dilubuk hati Mohamadin Ketapi, beliau amat bersyukur kerana terlibat dalam perjuangan Parti Warisan di kala nadi politik beliau seakan sudah mati dengan akaun bank yg kempis.
Beliau menyertai PBS sejak 1985 dan menjadi ADUN Lahad Datu (sekarang Silam) dan diangkat menjadi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas menang PRN 1986.
Pada PRU 1990, Mohamaddin tewas DUN dan MP kepada calon USNO. Selepas itu nama Mohamdin semakin dilupakan sehingga kemunculan Warisan pada 2016.
Beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Warisan DSSA untuk menjadi Ketua Bahagian Penaja Warisan Lahad Datu.
Sebelum memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada 2018, Mohamadin telah menjalani pembedahan jantung 6 bulan sebelum PRU14.
Dia diberi kepercayaan utk memegang portfolio Menteri MOTAC dalam barisan kabinet Tun M atas rekomendasi DSSA. Wlupun Mohamadin menjadi laughing stock (bahan ketawa) selama memegang jawatan tersebut, dia terus dipertahankan oleh pejuang-pejuang Warisan dan DSSA sendiri.
Beliau turut dianugerahkan PGDK yang membawa gelaran Datuk, satu anugerah yang tidak pernah beliau kecapi sepanjang pembabitan beliau dalam arena politik.
Pada pemilihan parti 2019, Mohamadin dipilih menjadi Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu dan seterusnya diangkat sebagai AMT Lantikan.
Mohamadin diberi kepercayaan menjadi calon Warisan di DUN Segama walaupun ramai mempertikaikan pemilihan beliau kerana adik DSSA, Dtk Yusof Apdal merupakan calon yang lebih popular dari Mohamadin.
Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Warisan yang bertanding kerusi MP dan DUN selain Presiden dan Timbalan Presiden.
Terpalit dengan kes rasuah semasa beliau di MOTAC, Mohamadin masih diberi kepercayaan walaupun sudah ada ura-ura bahawa beliau antara MP Warisan yang sedang berunding untuk keluar dan menyokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semasa PRN16 (Sabah), ramai pejuang Warisan mahupun rakyat Malaysia amat marahkan beliau dan tidak menyukai cara Mohamadin melontarkan pandangan berbaur negatif dengan statement kontroversi seakan menghina askar negara yang terkorban di Tanduo.
Akibatnya, calon-calon Warisan Plus hanya mampu meraih 10 – 13% undi anggota keselamatan berbanding 17 – 57% pada PRU14.
Angkara kenyataan yang tidak panjang akal tersebut, Warisan melalui Calon Amanah, tewas di DUN Tanjung Keramat (hampir 3 ribu pengundi ATM), Karambunai (lebih 2 ribu pengundi Navy) dan menang tipis di Kukusan (hampir 1.8 ribu pengundi adalah ATM) yang merupakan pejuang dan pahlawan negara kita.
Selepas PRN16, Mohamadin dilaporkan antara Wakil Rakyat Warisan yang paling jarang turun padang dan menjadi teramat sunyi.
Disebalik semua itu, Mohamadin tetap disayangi oleh DSSA walaupun dari awal 2 bulan lepas, khabar angin Mohamadin akan keluar Warisan semakin kuat kedengaran.
Sama ada beliau terpaksa atau sukarela meninggalkan perjuangan dalam Warisan serta mengadai prinsip beliau, Mohamadin tetap akan menjadi petualang kepada pejuang-pejuang yang setia kepada parti ini.
Apa yang pasti, budi DSSA cukup banyak kepada beliau tapi dibalas dengan pembelotan. Sebab itu, sebaiknya, Mohamadin lupakanlah politik kerana beliau sudah miliki terlalu banyak pada usia 61 tahun melalui Warisan.
Siap sedialah kerana beliau harus ditumbangkan dari landskap politik negara, pemimpin begini yang tidak punya berkredibiliti harus tunduk dengan kuasa rakyat.
Sesuai sangatlah beliau keluar daripada WARISAN kerana banyak sangat kenyataan beliau telah merosakkan kredibiliti Parti Warisan Sabah yang sememangnya ikhlas memperjuangkan hak Rakyat Malaysia di Sabah dan tidak menghormati keluarga mangsa korban Covid-19Mohamaddin – Isu Dan Kontroversi
Gambar & Maklumat Ehsan: Dari Sumber Berita Astro Awani News, Wikipedia-ensiklopedia bebas, Facebook & Whatsapp
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah bebas ke sana ke mari, biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram.
Dalam catatan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata, sepanjang kes rayuan Najib berlangsung bermula April tahun ini, Ahli Parlimen Pekan itu bebas seperti orang tidak bersalah, dan kes juga tidak didengari kerana pelbagai alasan.
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN SHAH ALAM – Pakar perlembagaan berpandangan terdapat dua cara boleh dilakukan ketika ini berhubung pelantikan perdana menteri baharu susulan keputusan UMNO menarik sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, cara pertama ialah Muhyiddin meletak jawatan sekiranya merasakan perlu berbuat demikian dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. “Cara kedua, ahli Parlimen mengemukakan perakuan berkanun (SD) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan kepercayaan kepada seseorang yang lain untuk menjadi perdana menteri. “Oleh kerana pelantikan Muhyiddin dahulu berdasarkan kepercayaan majoriti dan dibuktikan melalui dokumen undang-undang iaitu SD, maka untuk menyatakan sebaliknya ketika ini, ia perlu dilakukan semula. “Sebab syarat untuk menjadi perdana menteri interim, ia tidak ada peruntukkan khusus dalam perlembagaan.
Apabila mahu melantik perdana menteri, seseorang itu hendaklah juga pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kepercayaan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Ujar beliau, peristiwa kerajaan tumbang ketika pelaksanaan darurat masih berkuat kuasa boleh berlaku kerana tiada pengecualian dalam Ordinan Darurat mengenai boleh hilangnya kepercayaan majoriti kepada ahli Dewan Rakyat.
Menurutnya, kuasa Yang di-Pertuan Agong menentukan siapa yang bakal mentadbir kerajaan. “Kita perlu lihat keadaan sama ada perdana menteri sudah sebenarnya hilang kepercayaan majoriti dahulu. “Justeru, Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini, pada saya tidaklah perlu mengambil tindakan sehinggalah isu politik itu dapat diselesaikan oleh orang politik sendiri. “Jadi dalam menentukan siapa yang akan mentadbir kerajaan dan sebagainya ini, perlulah ditunggu dokumen sah atau yang bersifat perundangan atau diiktiraf dalam perundangan yang menyatakan bahawa perdana menteri ketika ini sudah hilang kepercayaan majoriti,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu Perdana Menteri interim, Anwar calon terbaik
KOMEN: Saya mendengar beberapa kali kenyataan Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang isu rasuah politik. Ianya satu kenyataan yang saya rasa wajar di ambil perhatian serius kerana
pegawai tertinggi PDRM: Beliau berkata, “saya melawan rasuah dalam PDRM dan saya lihat politik rasuah berlaku merata-rata tempat. Why cant they think about it? mabuk kuasa, Sanggup melakukan perbuatan membeli sana, mengugut orang ini, itu rasuah nama dia”. 1 Ini adalah kenyataan yang sangat serius datang daripada IGP. Sebagaimana kita tahu sebelum PRN Sabah, kita tahu terdapat gerakan pada masa itu yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Perikatan Nasional untuk membeli dan mengugut para pemimpin dalam Warisan Plus di Sabah.
Tekanan diberikan menggunakan jabatan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM dan lain-lain. Masih ingatkah lagi kes yang melibatkan seorang YB yang diintip hingga ke rumah hingga mendorong YB tersebut membuat laporan polis? Tidak lama selepas itu, rumah beliau di datangi pegawai LHDN. 2 Tidak cukup dengan tekanan, proses beli dan ugut juga telah dimulakan malah kita di kejutkan dengan pembebasan mengejut Tan Sri Musa Aman daripada 42 tuduhan rasuah tanpa melalui perbicaraan mahkamah. Tidak lama
selepas itu berlaku gerakan besar-besaran pada masa itu heboh yg dikatakan didalangi oleh Tan Sri Musa malah di khabarkan telah membuat tawaran-tawaran terhadap wakil-wakil rakyat Warisan, PKR dan DAP dan terdapat laporan polis dibuat pada masa itu oleh YB-YB yang didatangi oleh para ejen dan sehingga ke hari ini, laporan polis tersebut tiada satu pun yang diambil tindakan. Di antara pemimpin yang kerap turun ke Sabah menggunakan jet peribadi ketika itu tidak lain tidak bukan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Tiba-tiba ada seorang sudah melompat. Dari mana datangnya duit? Adakah IGP merujuk kepada Hamzah Zainuddin yang mana umum mengetahui, lawatan Hamzah Zainuddin ke Sabah membawa kepada sidang media dan pengumuman pertama yg dibuat oleh dua orang YB pada masa itu mengumumkan sokongan kepada PN. Petang tadi Wira Warisan membuat laporan di SPRM Kota Kinabalu berkaitan kenyataan IGP Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin campur tangan dalam PDRM. Dari kiri Timbalan Ketua Wira Mohd Ismail Haji Ayob, Ketua Wira Semporna Mohd Haslan Bin Rahi, Ketua Wira Putatan Mohammad Firdaus Bin Diun dan Ketua Wira Beaufort Adeli bin Abat. Diikuti oleh beberapa siri lawatan beliau ke Sabah menggunakan jet peribadi, pertemuan dengan Tan Sri Musa Aman juga telah mengakibatkan kemasukkan beramai-ramai YB kepada pasukannya menyebabkan Shafie terpaksa membubarkan DUN. Menyentuh tentang ugutan yang disebut oleh IGP, umum mengetahui beberapa kes rasuah melibatkan beberapa pemimpin daripada kalangan PH telah dimulakan. Tekanan diberikan dan akhirnya beberapa siri lompatan berlaku. Persoalannya, hasil daripada lompatan tersebut, tiba-tiba siasatan terhadap para pemimpin tersebut menjadi senyap. Apa status kes-kes ini? Oleh itu, kita ingin lihat agar siasatan terhadap kes-kes berprofil seperti kes rogol melibatkan bekas pemimpin DAP yang telah melompat ke PN, kes melibatkan kementerian yang dipimpin oleh YB Dr. Xavier perlu di teruskan walaupun beliau telah melompat ke PN. Adakah ini yang di maksudkan oleh kenyataan IGP tentang tekanan diberikan kepada individu tertentu? Kenyataan IGP tentang “bagaimana boleh wujud katak di sini dan katak di sana?” memberi gambaran bahawa budaya membeli YB adalah sesuatu yg dibolehkan dalam politik malaysia walhal realitinya, ini adalah budaya rasuah yang tidak sewajarnya berlaku dalam politik negara kita. Ini juga adalah satu kenyataan yang sewajarnya disiasat oleh SPRM kerana selaku ketua PDRM, Tan Sri Abdul Hamid Bador pastinya mengetahui sesuatu yang mana SPRM wajar siasat. Apa tindakan SPRM terhadap kenyataan yang cukup serius daripada IGP ini? Selaku bekas timbalan menteri dalam negeri, saya bersetuju dengan saranan Tan Sri Abdul Hamid Bador, Pengerusi SPP perlu diketuai oleh seseorang yg mempunyai kredibiliti dan integriti dan tidak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa politik malah bukan PDRM sahaja malah agensi-agensi penguat kuasa yang lain juga sewajarnya dipimpin oleh seseorang yang tidak di mpengaruhi oleh kuasa politik bagi memastikan ianya bebas daripada tekanan politik atau digunakan sebagai alat untuk kepentingan politik parti pemerintah. Kedua, kenyataan Tan Sri Abdul Hamid Bador juga wajar dijadikan sebagai asas di mana kes-kes yang dilepaskan sebelum ini wajar dibuka semula terutama yang melibatkan Tan Sri Musa Aman yang ternyata mengejutkan ramai pihak kerana beliau dibebaskan sebelum perbicaraan dimulakan. Adakah pembebasan tersebut ada kaitan dengan gerakan politik untuk menjatuhkan kerajaan Warisan yang mana ketika itu memilih untuk tidak menyokong kerajaan PN walaupun setelah dipaksa dan dipujuk untuk berbuat demikian? Ketiga, kes-kes melibatkan bekas-bekas pemimpin PH yang telah melompat ke PN yang tiba-tiba menjadi senyap setelah mereka beralih arah amat WAJAR DIBERI PERHATIAN DAN PALING PENTING DITERUSKAN kerana kita tidak ingin memberi gambaran bahawa mana-mana pemimpin yang telibat dengan kesalahan jenayah dan sedang dalam siasatan hanya perlu menyokong kerajaan yang memerintah bagi memastikan kes mereka didiamkan. Datuk Mohd Azis Bin Hj Jamman ialah Ahli Parlimen Sepanggar dan Ketua Wira Warisan.
December 2, 2020 KUALA LUMPUR: [Ulang Siar: 26 Jumaat 2021]
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga berhak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kini menjadi tuntutan UMNO memandangkan gabungan politik itu adalag antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, beliau tidak menolak sekiranya ditawarkan jawatan itu atau kepada parti lain dalam gabungan itu tetapi beliau masih belum memutuskan parti mana yang sesuai memainkan peranan berkenaan.
“Memang kita (parti) pun berhak menerima jawatan timbalan perdana menteri. Saya merasakan tiada halangan jika jawatan ini diberikan kepada saya atau parti lain sekiranya ia mampu mengukuhkan lagi kekuatan dalam kerajaan selagi tidak menjejaskan kedudukan mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam
KOTA KINABALU: Hubungan umpama ‘retak menanti belah’ antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada mampu bertahan atau tidak akan ditentukan petang ini.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat petang ini bagi membincangkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Februari lalu yang menolak kerjasama dengan Bersatu jika Parlimen dibubarkan.
Sebarang keputusan dalam mesyuarat berkenaan juga dijangka bakal memberi gambaran sama ada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan atau tidak.
Semalam, Biro Politik Bersatu telah bermesyuarat bersama Muhyiddin mengenai keengganan UMNO untuk meneruskan kerjasama.
Pendirian rasmi UMNO itu dibuat dalam surat kepada Muhyiddin melalui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hasil mesyuarat di Janda Baik pada 26 Februari lalu.
Hakikatnya, Muhyiddin kini memerintah hanya disebabkan proklamasi Darurat yang sedang berjalan kerana beliau sepatutnya telah hilang majoriti.
Dua Ahli Parimen UMNO iaitu, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebeluk ini telah pun mengumumkan menarik sokonga terhadap Muhyiddin.
Justeru, mesyuarat Bersatu petang ini dijangka turut memberi gambaran mengenai kesan kepada kerajaan Muhyiddin selepas ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menumbangkan Muhyiddin.
Sokongan berkenaan dijangka diperoleh daripada beberapa pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah.
Saya menafikan sekeras-kerasnya usaha menyeret nama saya ADUN N.60 Tunggu kononnya saya menyokong GRS..
Assaffal Panglima Alian
Menurut orang kuat warisan itu;
” kita tidak perlukan politik provokasi pecah dan perintah lapuk yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa demi kepentingan peribadi”
Terdahulu daripada kenyataan Assaffal, seorang lagi orang kuat warisan kudat Ben Chong turut menyatakan penafiannya tentang gimik pihak yang ketandusan idea bagi memecahbelahkan perpaduan kalangan masyarakat khususnya penyokong parti itu disini.
” Profil saya dalam gambar adalah berniat jahat oleh pihak tidak bertanggungjawab”
Katak lompat parti tiada dalam kamus kehidupan perjuangan politik saya sejak dari awal berjuang untuk rakyat dan PWS.
Ben Chong
Mereka yang meletakkan gambar saya dalam post sabahkini 2 sebagai ketandusan isu dan mengelirukan rakyat Sabah.
Perkara ini saya nafikan sekeras-kerasnya. Gambar tersebut digunakan oleh pihak lawan yang sengaja ingin menimbulkan persepsi negatif. Tindakan sabahkini 2 mungkin didorong oleh faktor keuntungan dan kepentingan parti tertentu yang ingin merosakkan reputasi PWS.
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membekukan sementara transaksi membabitkan i-Sinar bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini.null
Ia juga memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan i-Sinar berikutan berlaku perubahan dalam proses kelulusan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah berbincang dengan KWSP untuk mempermudah proses kelulusan, terutamanya bagi mereka yang telah membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.
“Pengumuman telah dibuat pada 11 Februari lalu mengenai pemansuhan syarat i-Sinar bertujuan mempermudah ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1.
“Langkah ini diharap dapat membantu rakyat mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.
“Sehubungan itu, kerajaan telah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan proses kelulusan.
“Ini akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa.
“Masa juga diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini,” katanya dalam kenyataan sempena Laporan Laksana ke-41 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), hari ini.
Minggu lalu, KWSP dengan kelulusan Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021.
Pada 11 Februari lalu, Tengku Zafrul turut mengumumkan bahawa KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.
Katanya, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.
Malah, bagi ahli yang memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.
Bagaimanapun, jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.
Manakala, ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 dengan pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 2:50 PM
SEMPORNA: Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menyangkal laporan 30 ketua cawangan di kawasan Parlimen Semporna meninggalkan parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu majlis di sini semalam.
Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna Hasbullah Rauddah berkata perkara itu berdasarkan maklum balas beberapa ketua cawangan yang mendakwa kehadiran mereka dalam perjumpaan Bersatu itu sebagai satu manipulasi.
“Mereka (ketua cawangan) berasa agenda perjumpaan itu juga tidak jelas, selain kehadiran mereka ketika itu sebagai penduduk kampung dan bukan atas kapasiti ketua cawangan parti.
“Adapun individu yang mengaku sebagai ketua cawangan dan kalau betul pun (keluar parti) hanya diri mereka sahaja tidak termasuk semua ahli cawangan terbabit, selain ada individu ini (mengaku ketua cawangan) tetapi hanya sebagai ahli biasa,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan punca 30 ketua cawangan Warisan di kawasan itu keluar parti akibat nasib mereka tidak terbela.
Menjawab dakwaan kepimpinan Warisan gagal mengotakan janji berhubung isu penempatan sementara penduduk Kampung Bangau-Bangau, Hasbullah berkata pada Julai 2020 kerajaan Warisan meluluskan peruntukan RM8.2 juta bagi pembinaan lebih 300 rumah di kampung berkenaan.
Di samping itu katanya, langkah pemindahan penduduk Kampung Simunul ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria pada pemerintahan Warisan pula kerana mahu memastikan penduduk tidak terdedah dengan risiko bencana, serta turut diberikan pengecualian bayaran sewa selama setahun.
Terbitan Semula Dari Sumber Utama: Borneotoday.net
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.