MENJELANG PRU15: POLEMIK, GIMIK, POLITIK

HIGHWAY KALIMANTAN VS HIGHWAY PAN BORNEO

Ini capaian yang patut kita syukuri karena kita ingin pembangunan infrastruktur itu tidak hanya terpusat di Pulau Jawa saja atau di Pulau Sumatra tapi juga merata ke pulau- pulau yang lain

Presiden Jokowi Widodo

Jalanan Kampung Dagat aja sih ngak bisa urusin, bagaimana mahu urusin highway nya pak ?

Pan Borneo, Sabah Malaysia

THROWBACK: ROAD TO KAMPUNG DAGAT KINABATANGAN MALAYSIA VS PAN BORNEO SABAH 2021

Sabtu, 13 November 2021

Rakaman awal pada tahun 2019 oleh pengirim akaun Instagram

Semoga jalan DAGAT KINABATANGAN mendapat tempias perubahan PAN BORNEO, kalau inipun masih tidak dapat sebarang perubahan ada baiknya kepimpinan hari ini fikir kembali atas kapasiti sebagai ‘APA ?’ anda sebagai menteri sekaligus wakil rakyat.

Buang masa tidak membawa apa-apa makna, penuhi masa lebih BAIK daripada duduk santai di kerusi empuk.

Bak kata pepatah arab ” Masa bagaikan mata pedang yang tajam, jika engkau tidak memotongnya, maka dia akan memotong mu “

Buatlah keputusan sebaiknya agar senang menjawab soalan di muktamar akhirat kelak.

Fikir Fikirkanlah 😁👍

Lebuh Raya Pan Borneo Pemangkin Pelancongan Pantai Timur Sabah

DATUK MOHAMADDIN KETAPI- From Nothing to Having a position to no credibility

Oleh Penulis Bebas & Ensiklopedia bebas | Ahad 31 October 2021 Jam 6.08 Petang

Saya pasti, jauh dilubuk hati Mohamadin Ketapi, beliau amat bersyukur kerana terlibat dalam perjuangan Parti Warisan di kala nadi politik beliau seakan sudah mati dengan akaun bank yg kempis.

Beliau menyertai PBS sejak 1985 dan menjadi ADUN Lahad Datu (sekarang Silam) dan diangkat menjadi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas menang PRN 1986.

Pada PRU 1990, Mohamaddin tewas DUN dan MP kepada calon USNO. Selepas itu nama Mohamdin semakin dilupakan sehingga kemunculan Warisan pada 2016.

Beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Warisan DSSA untuk menjadi Ketua Bahagian Penaja Warisan Lahad Datu.

Sebelum memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada 2018, Mohamadin telah menjalani pembedahan jantung 6 bulan sebelum PRU14.

Dia diberi kepercayaan utk memegang portfolio Menteri MOTAC dalam barisan kabinet Tun M atas rekomendasi DSSA. Wlupun Mohamadin menjadi laughing stock (bahan ketawa) selama memegang jawatan tersebut, dia terus dipertahankan oleh pejuang-pejuang Warisan dan DSSA sendiri.

Beliau turut dianugerahkan PGDK yang membawa gelaran Datuk, satu anugerah yang tidak pernah beliau kecapi sepanjang pembabitan beliau dalam arena politik.

Pada pemilihan parti 2019, Mohamadin dipilih menjadi Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu dan seterusnya diangkat sebagai AMT Lantikan.

Mohamadin diberi kepercayaan menjadi calon Warisan di DUN Segama walaupun ramai mempertikaikan pemilihan beliau kerana adik DSSA, Dtk Yusof Apdal merupakan calon yang lebih popular dari Mohamadin.

Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Warisan yang bertanding kerusi MP dan DUN selain Presiden dan Timbalan Presiden.

Terpalit dengan kes rasuah semasa beliau di MOTAC, Mohamadin masih diberi kepercayaan walaupun sudah ada ura-ura bahawa beliau antara MP Warisan yang sedang berunding untuk keluar dan menyokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa PRN16 (Sabah), ramai pejuang Warisan mahupun rakyat Malaysia amat marahkan beliau dan tidak menyukai cara Mohamadin melontarkan pandangan berbaur negatif dengan statement kontroversi seakan menghina askar negara yang terkorban di Tanduo.

Akibatnya, calon-calon Warisan Plus hanya mampu meraih 10 – 13% undi anggota keselamatan berbanding 17 – 57% pada PRU14.

Angkara kenyataan yang tidak panjang akal tersebut, Warisan melalui Calon Amanah, tewas di DUN Tanjung Keramat (hampir 3 ribu pengundi ATM), Karambunai (lebih 2 ribu pengundi Navy) dan menang tipis di Kukusan (hampir 1.8 ribu pengundi adalah ATM) yang merupakan pejuang dan pahlawan negara kita.

Selepas PRN16, Mohamadin dilaporkan antara Wakil Rakyat Warisan yang paling jarang turun padang dan menjadi teramat sunyi.

Disebalik semua itu, Mohamadin tetap disayangi oleh DSSA walaupun dari awal 2 bulan lepas, khabar angin Mohamadin akan keluar Warisan semakin kuat kedengaran.

Sama ada beliau terpaksa atau sukarela meninggalkan perjuangan dalam Warisan serta mengadai prinsip beliau, Mohamadin tetap akan menjadi petualang kepada pejuang-pejuang yang setia kepada parti ini.

Apa yang pasti, budi DSSA cukup banyak kepada beliau tapi dibalas dengan pembelotan. Sebab itu, sebaiknya, Mohamadin lupakanlah politik kerana beliau sudah miliki terlalu banyak pada usia 61 tahun melalui Warisan.

Siap sedialah kerana beliau harus ditumbangkan dari landskap politik negara, pemimpin begini yang tidak punya berkredibiliti harus tunduk dengan kuasa rakyat.

Sesuai sangatlah beliau keluar daripada WARISAN kerana banyak sangat kenyataan beliau telah merosakkan kredibiliti Parti Warisan Sabah yang sememangnya ikhlas memperjuangkan hak Rakyat Malaysia di Sabah dan tidak menghormati keluarga mangsa korban Covid-19
Mohamaddin – Isu Dan Kontroversi

Gambar & Maklumat Ehsan: Dari Sumber Berita Astro Awani News, Wikipedia-ensiklopedia bebas, Facebook & Whatsapp

Wikipedia Mohamaddin Ketapi
Ahli politik Malaysia

I’m using my right…

I’m using my right.. Bah jom kerja…wlu tiada imbuhan… Bantu wanita kita mencapai inspirasi kepada semua warga Sabah.

kasi kurang tue becakap banyakkan bekerja…

BEONE CARES: Bantu Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni Pulang Ke Sekolah!

DERMA E- WALLET : 011 71585858

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakyat Malaysia!


Saya Ezall Rohaizad Mohd merupakan (BSE) Beone Sales Executive / Rakan Niaga Sah di sebuah syarikat telekomunikasi terbaru yang kini mendapat sambutan terlaris dipasaran iaitu BEONE PREPAID NETWORK.


Kami telah melancarkan kempen untuk Rumah Kasih Harmoni, sebuah rumah anak yatim di Paya Jaras untuk membantu anak-anak mereka pulang ke sekolah!


Adakah jenis bantuan yang akan diberikan?


BEONE akan membantu membekalkan baju sekolah kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan mereka dengan baik!


Sertai kempen kami berbakti kepada rakyat! Satu kebaikan yang anda lakukan, seribu kebaikan akan kembali kepada anda.
Bagaimana anda boleh bantu? Mudah sahaja! Anda boleh bantu dengan derma beberapa sahaja yang anda inginkan ke nombor e-wallet yang ditetapkan. No. E-Wallet : 011-7158-5858.


BeONE Prepaid – All About Infinity


https://beone.com.my
Email : admin@beone.com.my

Tun M persoalkan situasi ‘Pesalah’ bebas ke sana ke sini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah bebas ke sana ke mari, biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram.

Dalam catatan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata, sepanjang kes rayuan Najib berlangsung bermula April tahun ini, Ahli Parlimen Pekan itu bebas seperti orang tidak bersalah, dan kes juga tidak didengari kerana pelbagai alasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Sumber: AWANInews

Wardina dedah disebalik penahanan pemilik Rumah Bonda, didakwa sejumlah wang besar dijumpai dipercayai milik ahli politik

https://beritaperak.com/wardina-dedah-disebalik-penahanan-pemilik-rumah-bonda-didakwa-sejumlah-wang-besar-dijumpai-dipercayai-milik-ahli-politik/

KENYATAAN MEDIA AHLI-AHLI PARLIMEN PARTI WARISAN

Semalam Parti Warisan telah mengadakan pertemuan secara maya bersama Yang Berhormat Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul, bagi membincangkan intipati-intipati penting untuk dibawa ke peringkat pelaksanaan.

YB Datuk Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang), YB Datuk Rozman Isli (Ahli Parlimen Labuan) dan YB Ma’mun Sulaiman (Ahli Parlimen Kalabakan) telah mewakili Warisan dalam pertemuan maya tersebut.

Dalam perbincangan tersebut, kami menekankan beberapa kewajaran bagi Pelan Pemulihan Negara 2021 agar:

Pertama, mewujudkan koordinasi, pengendalian dan pengurusan yang tersusun dan cekap bagi melancarkan urusan-urusan:

Pelaksanaan vaksinasi yang lebih cekap dengan proses pendaftaran dilakukan setelah selesai vaksinasi lengkap dua dos tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan sistem MySejahtera. Hal ini penting bagi mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi semua segmen rakyat di negeri Sabah;

Mempercepatkan program vaksinasi buat golongan pendidik dan pelajar di seluruh sekolah di Sabah yang tertumpu kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman;

Pergerakan rentas daerah dan negeri bagi mereka yang sudah melengkapi vaksinasi dua dos lengkap dengan sijil vaksinasi berdigital dijadikan sebagai piawaian pergerakan; dan

Penetapan SOP yang bersifat praktikal melalui pemantaun daripada pihak Jabatan Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah dan daerah-daerah dengan mengambil kira penilaian-penilaian risiko tertentu.
Kedua, mempertimbangkan secara terperinci dengan beberapa pendekatan yang bersandarkan realiti dan sains berkenaan dengan pembukaan sektor perniagaan kecil seperti kedai runcit.

Kami juga menyampaikan rasa prihatin kami terhadap aspek pemudahcara bagi sistem bantuan tunai mahupun kredit bagi golongan-golongan yang terkesan dari aspek kelangsungan kewangan seperti:
  • Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di daerah-daerah berisiko tinggi di negeri Sabah khususnya;
  • Petani, nelayan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber utama mata pencarian; dan
  • Pengusaha yang terlibat dalam rantaian pembekalan (supply chain) bagi sektor pelancongan dan hospitaliti, khususnya di kawasan-kawasan pulau dan tempat tumpuan pelancong di negeri Sabah.
Ketiga, kami juga mengingatkan Yang Berhormat Menteri agar menyegerakan pelan lengkap bagi melancarkan segala bentuk pembangunan di negeri Sabah yang terencat disebabkan kecelaruan dan kekeliruan SOP yang dikuatkuasakan.

  1. Agihan peruntukan yang sewajarnya perlu diperkemaskan agar setiap proses kearah mewujudkan pembangunan fizikal yang meranqkumi capaian internet dapat diurustadbir dengan baik bagi mempercepatkan proses peralihan ke fasa-fasa pemulihan yang seterusnya.
    Perihal capaian internet di kawasan luar bandar yang masih rendah wajar diberi tumpuan serius kerana ia melibatkan pembangunan pendidikan anak-anak yang banyak dilaksanakan secara pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
  2. Tidak ketinggalan, kami juga mencadangkan agar Kerajaan dapat mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menggunapakai kaedah ‘carbon sequestration’ (penyerapan Karbon) khususnya di Sabah yang merupakan pengelur utama minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia.
  3. Kami berpandangan bahawa perbincangan tersebut merupakan suatu usaha bipartisan yang sewajarnya diberi penelitian dan pertimbangan agar tidak ada satu segmen pun tercicir dalam fokus kita untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini.
  4. Ahli-Ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara Parti Warisan juga akan membawa suara-suara rakyat di peringkat nasional dalam setiap sesi pembentangan di Parlimen yang akan bermula pada 26 Julai ini.  Sekian.

PARTI WARISAN (WARISAN) DENIES WORK TOGETHER WITH PERIKATAN NASIONAL (PN

Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik

10 Jul 2021

MOHD RIDZUAN ABU HASSAN SHAH ALAM – Pakar perlembagaan berpandangan terdapat dua cara boleh dilakukan ketika ini berhubung pelantikan perdana menteri baharu susulan keputusan UMNO menarik sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, cara pertama ialah Muhyiddin meletak jawatan sekiranya merasakan perlu berbuat demikian dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. “Cara kedua, ahli Parlimen mengemukakan perakuan berkanun (SD) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan kepercayaan kepada seseorang yang lain untuk menjadi perdana menteri. “Oleh kerana pelantikan Muhyiddin dahulu berdasarkan kepercayaan majoriti dan dibuktikan melalui dokumen undang-undang iaitu SD, maka untuk menyatakan sebaliknya ketika ini, ia perlu dilakukan semula. “Sebab syarat untuk menjadi perdana menteri interim, ia tidak ada peruntukkan khusus dalam perlembagaan.

Apabila mahu melantik perdana menteri, seseorang itu hendaklah juga pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kepercayaan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Ujar beliau, peristiwa kerajaan tumbang ketika pelaksanaan darurat masih berkuat kuasa boleh berlaku kerana tiada pengecualian dalam Ordinan Darurat mengenai boleh hilangnya kepercayaan majoriti kepada ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya, kuasa Yang di-Pertuan Agong menentukan siapa yang bakal mentadbir kerajaan. “Kita perlu lihat keadaan sama ada perdana menteri sudah sebenarnya hilang kepercayaan majoriti dahulu. “Justeru, Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini, pada saya tidaklah perlu mengambil tindakan sehinggalah isu politik itu dapat diselesaikan oleh orang politik sendiri. “Jadi dalam menentukan siapa yang akan mentadbir kerajaan dan sebagainya ini, perlulah ditunggu dokumen sah atau yang bersifat perundangan atau diiktiraf dalam perundangan yang menyatakan bahawa perdana menteri ketika ini sudah hilang kepercayaan majoriti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu Perdana Menteri interim, Anwar calon terbaik

Sumber: Sinar Harian

RETAK AKHIRNYA TERBELAH

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY


KOTA KINABALU: Hubungan umpama ‘retak menanti belah’ antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada mampu bertahan atau tidak akan ditentukan petang ini.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat petang ini bagi membincangkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Februari lalu yang menolak kerjasama dengan Bersatu jika Parlimen dibubarkan.

Sebarang keputusan dalam mesyuarat berkenaan juga dijangka bakal memberi gambaran sama ada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan atau tidak.

Semalam, Biro Politik Bersatu telah bermesyuarat bersama Muhyiddin mengenai keengganan UMNO untuk meneruskan kerjasama.

Pendirian rasmi UMNO itu dibuat dalam surat kepada Muhyiddin melalui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hasil mesyuarat di Janda Baik pada 26 Februari lalu.

Hakikatnya, Muhyiddin kini memerintah hanya disebabkan proklamasi Darurat yang sedang berjalan kerana beliau sepatutnya telah hilang majoriti.

Dua Ahli Parimen UMNO iaitu, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebeluk ini telah pun mengumumkan menarik sokonga terhadap Muhyiddin.

Justeru, mesyuarat Bersatu petang ini dijangka turut memberi gambaran mengenai kesan kepada kerajaan Muhyiddin selepas ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menumbangkan Muhyiddin.

Sokongan berkenaan dijangka diperoleh daripada beberapa pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah.


This free site is ad-supported. Learn more


SABAH TODAY | 4 Mac 2021 at 1:19 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-hSCommentSee all commentsLike

Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY.
Change your email settings at Manage Subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://thesabahtoday.news.blog/2021/03/04/nasib-kerjasama-umno-bersatu-ditentukan-petang-ini/Thanks for flying with  WordPress.com

KENYATAAN MEDIA| Orang Kuat Warisan Kudat & Tungku Menafikan Dakwaan Portal Sabahkini2

27 Februari 2021

Saya menafikan sekeras-kerasnya usaha menyeret nama saya ADUN N.60 Tunggu kononnya saya menyokong GRS..

Assaffal Panglima Alian

Menurut orang kuat warisan itu;

” kita tidak perlukan politik provokasi pecah dan perintah lapuk yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa demi kepentingan peribadi”

Terdahulu daripada kenyataan Assaffal, seorang lagi orang kuat warisan kudat Ben Chong turut menyatakan penafiannya tentang gimik pihak yang ketandusan idea bagi memecahbelahkan perpaduan kalangan masyarakat khususnya penyokong parti itu disini.

” Profil saya dalam gambar adalah berniat jahat oleh pihak tidak bertanggungjawab”

Katak  lompat parti tiada dalam kamus kehidupan perjuangan politik saya sejak dari awal berjuang untuk rakyat dan PWS.

Ben Chong

Mereka yang meletakkan gambar saya dalam post sabahkini 2 sebagai ketandusan isu dan mengelirukan rakyat Sabah.

Perkara ini saya nafikan sekeras-kerasnya. Gambar tersebut digunakan oleh pihak lawan yang sengaja ingin menimbulkan persepsi negatif. Tindakan sabahkini 2 mungkin didorong oleh faktor keuntungan dan kepentingan parti tertentu yang ingin merosakkan reputasi PWS.

Press: Megat Alang Sengketa

KWSP bekukan sementara transaksi i-Sinar untuk kreditkan dividen

bisnes@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membekukan sementara transaksi membabitkan i-Sinar bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini.null

Ia juga memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan i-Sinar berikutan berlaku perubahan dalam proses kelulusan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah berbincang dengan KWSP untuk mempermudah proses kelulusan, terutamanya bagi mereka yang telah membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.

“Pengumuman telah dibuat pada 11 Februari lalu mengenai pemansuhan syarat i-Sinar bertujuan mempermudah ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1.

“Langkah ini diharap dapat membantu rakyat mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, kerajaan telah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan proses kelulusan.

“Ini akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa.

“Masa juga diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP mengkreditkan dividen tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung bulan ini,” katanya dalam kenyataan sempena Laporan Laksana ke-41 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), hari ini.

Minggu lalu, KWSP dengan kelulusan Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Pada 11 Februari lalu, Tengku Zafrul turut mengumumkan bahawa KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

Katanya, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.

Malah, bagi ahli yang memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Manakala, ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 dengan pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 2:50 PM

Ikuti Artikel Menarik di: https://www.hmetro.com.my/

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/02/675726/kwsp-bekukan-sementara-transaksi-i-sinar-untuk-kreditkan-dividen

Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam. – Gambar fail

Najib Aroff Februari 11, 2021 18:24 MYT

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.”Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.”Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.”Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.Berikut perincian pengeluaran:A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.,

Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.

Sumber Utama Berita: https://www.astroawani.com/berita-bisnes

I-Sinar: Karektor Emotion Down Beri Harapan Palsu Penyebab Tumbangnya Kerajaan Perikatan Nasional

ByMegat Azri

Published on 08/02/2021

Rata-rata warga maya menzahirkan rasa kecewa akan masalah teknikal yang berkaitan paparan status permohonan kemudahan i-Sinar kategori dua yang sepatutnya kembali pulih pada Isnin di mana ia masih mengalami masalah yang sama.

Malahan, mereka juga mendakwa semakan status permohonan i-Sinar kategori dua yang sebelum ini telah diluluskan oleh KWSP, tetapi sebaik sahaja melakukan semakan semula pada Isnin lalu, mendapati permohonan mereka masih dalam status proses.

Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad membuat pengumuman pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar. Kenyataan tersebut di laman sosial Twitter, Instagram dan Facebook KWSP selepas beberapa jam kebanyakkan permohonan i-Sinar kategori dua dilaporkan telah lulus setelah pemohon membuat semakan pada Ahad.

KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula pada 8 pagi pada 8 Februari 2021

Sampai hati KWSP buat macam ni, sudahlah tunggu keputusan hampir sebulan campur cuti umum, cuti hujung minggu lagi, lepas itu status hijau tukar balik pada biru. Kami satu keluarga sudah gembira sangat semalam tapi pagi ini, Allah sahaja tahu perasaan kami

luahan hati seorang warganet di akaun Twitter

Selain itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Maksu menyatakan sebelum ini dia telah lulus permohonan i-Sinar kategori dua tetapi pagi ini semakan dilakukan sekali lagi dan menunjukkan permohonan masih dalam proses.

Harap-harap janganlah bagi harapan palsu. Sudah gembira malam tadi, tiba-tiba sekarang ‘check’ masih diproses lagi.

Terdahulu KWSP memaklumkan bagi permohonan kategori dua adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, di mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Kredit: Sinar Harian

Made In Malaya, Export To Sabah

Mengapa pemimpin politik malaya inginkan negeri Sabah dibawah telunjuk mereka ?

Mengapa ramai pemimpin politik sabahan sanggup jadi tali barut ?
Kenapa pemimpin politik malaya inginkan negeri Sabah dibawah telunjuk mereka ?

Tiada halangan, Ebit Lew perlu ikut protokol – Pejabat Daerah Semporna | Astro Awani

Pejabat Daerah Semporna; Pegawai Daerah Semporna Tuan Suhaimie Haji Ejip menjelaskan isu yang hangat diperkatakan sekarang ini

Tuan Suhaimie Haji Ejip
Pegawai Daerah Semporna

Sumber Utama: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-halangan-ebit-lew-perlu-ikut-protokol-pejabat-daerah-semporna-281015

FACEBOOK; Anda dalam bahaya jika tidak Setting betul² | You are in danger if not setup properly

Pastikan anda, keluarga anda dan rakan terdekat anda tidak diintai oleh seseorang ???

You are in danger if not Set-up properly

Presiden KDM:Peter Anthony Rayu Tamatkan Segera Darurat

Panji-panji Pembela nasib rakyat

Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun dan Murut (KDM) Malaysia, Datuk Peter Anthony merayu agar pelaksanaan proklamasi darurat yang berkuat kuasa ketika ini ditamatkan dengan kadar segera.

Beliau, yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, pelaksanaan darurat perlu diberhentikan bagi mengembalikan semula keduduka negara dan negeri Sabah kembali seperti sedia kala.

Katanya, ketika ini rata-rata rakyat di Sabah bukan hanya di luar bandar tetapi juga di bandar berdepan dengan kehidupan yang begitu sukar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian ditambah dengan darurat.

“Ramai antara rakyat yang kehilangan punca pendapatan dan terpaksa menanggung bebanan perbelanjaan harian.

“Jadi selaku wakil KDM saya merayu kepada Yang diPertuan Agong agar pelaksanaan darurat ini diberhentikan agar kedudukan negara amnya dan Sabah khususnya, kembali pulih seperti sedia kala,” katanya selepas program pengagihan bantuan makanan kepada rakyat terjejas akibat PKP di Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap ini berkata, program bantuan yang disumbangkan KDM dan jentera Warisan Tenom itu dilaksana bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang terjejas semasa PKP ini.

Tambahnya, bantuan itu akan diteruskan di kawasan lain dalam usaha membantu penduduk yang terkesan dengan PKP dan darurat.

Pelaksanaan darurat bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini diisytiharkan pada 14 Jan lalu dan dijadualkan tamat pada Ogos.

i-Sinar : Semakan Status

https://isinar.kwsp.gov.my/check-status

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

ZAMAN GRS, NGO DIBERI AMARAN DIKENAKAN KOMPAUN

OLEH PEMBERITA SABAHTODAYKOTA KINABALU: Arahan terbaru yang dikeluarkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam memberi gambaran seolah-olah usaha murni badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta tidak dihargai. Arahan mewajibkan semua bantuan diberikan menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah adalah satu langkah yang baik namun, memberi amaran untuk mengenakan kompaun jika tidak mematuhi arahan […]

ZAMAN GRS, NGO DIBERI AMARAN DIKENAKAN KOMPAUN

GRS URGED TO ROLL OUT FOOD ASSISTANCE WITHOUT BIAS, FAVOURITISM

SABAHTODAYKOTA KINABALU: The Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government has been urged take charge and roll out various Covid-19 assistance programmes immediately, instead of waiting for Kuala Lumpur’s approval. According to Warisan Vice President Datuk Junz Wong, in a statement on Friday, GRS must be proactive and decisive as Sabahans are suffering. “Sabahans are suffering day […]

GRS URGED TO ROLL OUT FOOD ASSISTANCE WITHOUT BIAS, FAVOURITISM

BAKUL MAKANAN DARI GRS, ‘TIADA JAWAPAN LISAN, TIADA JAWAPAN BERTULIS’

SABAHTODAYKOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah digesa supaya mengagih bantuan Covid-19 serta merta. Menurut Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong, GRS harus proaktif dan tidak menunggu ‘lampu hijau’ dari Kuala Lumpur. “Sabahans semakin hari semakin sengsara. Sudah masuk PKP kedua, malah darurat telah diisytihar.” “Tetapi bantuan masih tidak ada, […]

BAKUL MAKANAN DARI GRS, ‘TIADA JAWAPAN LISAN, TIADA JAWAPAN BERTULIS’

PENGELUARAN SIJIL PALSU, PEN PENGARAH ANTARA EMPAT DITAHAN SPRM SABAH

S. KARUNANITHY OLEH SABAHTODAYKOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (cawangan Sabah) telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengeluaran sijil-sijil bagi kontraktor seperti Antaranya, sijil pendaftaran untuk kontraktor kerja, bekalan dan perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA), sijil Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan sijil taraf Bumiputera secara rasuah.  Menurut sumber, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu […]

PENGELUARAN SIJIL PALSU, PEN PENGARAH ANTARA EMPAT DITAHAN SPRM SABAH

SHAFIE: ALASAN DARURAT BERSIFAT POLITIK, PKP CUKUP UNTUK KAWAL COVID-19

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyembah maklum dan menjunjung kasih perkenan Yang DiPertuan Agong dalam proklamasi Darurat di seluruh negara berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal (gambar) berkata, peruntukan memang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan untuk proklamasi Darurat itu diisytiharkan.

“Tetapi peruntukan tersebut perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ia mesti digunakan demi manfaat negara ini dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafie berkata, motif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menasihatkan Agong untuk pelaksanaan Darurat lebih bersifat politik dan sebab-sebab yang dinyatakan juga tidak boleh diterima.

“Undang-undang sedia ada cukup untuk berdepan dengan pandemik Covid-19. Jika ada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya kecil semasa pandemik, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh berunding dengan pembangkang untuk mendapatkan dua pertiga majoriti.

“Jika ada keperluan mewujudkan perundangan bagi Covid-19, kerajaan sepatutnya berunding dengan pembangkang, bukannya mengisytiharkan Darurat.

“Semua pemimpin poilitik daripada kedua-dua pihak boleh bersetuju mengadakan gencatan agar pilihan raya tidak diadakan.

“Darurat perlu dihentikan agar demokrasi berparlimen dapat dikembalikan dalam masa terdekat melalui rundingan damai antara pemimpin politik bagi mengelakkan pilihan raya semasa pandemik Covid-19,” katanya.

Shafie menjelaskan, Darurat bukanlah pilihan tepat untuk mengawal penularan Covid-19 kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah ada dan dilaksanakan.

“Pelaksanaan Darurat yang boleh menyebabkan salah guna kuasa tidak sesuai dan keadaan semasa juga tidak memerlukan Darurat. Faktor utama pelaksanaan Darurat ialah wujud ancaman terhadap keselamatan negara, ekonomi, dan kehidupan awam.

“Pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP oleh Kerajaan PN sebelum ini membuktikan ancaman terhadap keselamatan negara sebenarnya tidak wujud,” tegas beliau.

Beberapa negara yang mengambil langkah kawalan seperti PKP di Malaysia telah terbukti berjaya mengawal Covid-19 seperti Hong Kong, Japan, New Zealand, Singapore, Korea Selatan, dan Germany, Norway serta Sepanyol di Eropah.

Lebih-lebih lagi, semasa Darurat, debat untuk mewujudkan polisi dan perundangan negara atau mana-mana negeri bukan lagi menjadi keutamaan Parlimen sehingga 1 Ogos 2021.
 
“Kuasa Darurat juga boleh menafikan hak dalam Perlembagaan setiap individu di negara ini,” katanya.

Beliau juga berkata, pengumuman Darurat turut memberitahu dunia bahawa Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang tidak stabil, justeru pelabur luar tidak berminat melabur menyebabkan ekonomi kita terjejas.

Sehubungan itu, Shafie mengingatkan bahawa komuniti perniagaan telah pun terjejas teruk akibat sekatan semasa pandemik, malah ramai yang telah kehilangan sumber mata pencarian manakala perniagaan seperti perhotelan terpaksa di tutup.

“Atas sebab itu saya menyeru agar kerajaan minoriti ini membetulkan keadaan dan lakukan perkara yang tepat. Kita mesti membina negara untuk semua, bukan untuk individu, parti politik, bangsa atau agama,” tegas beliau.

WARISAN SERTAI PERIKATAN NASIONAL – FITNAH, KATA AZIS JAMMAN, PADUA

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan berita tular di media sosial yang menyatakan Warisan menyertai Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan PN tidak tumbang.

Perkara ini dinafikan oleh Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman menerusi Facebooknya.

AZIS JAMMAN

Mohd Azis berkata, paparan berita itu tular sejak pagi tadi dan beliau ingin mengesahkan bahawa ia adalah fitnah dan satu berita yang tidak sahih.

Turut membuat penafian itu adalah Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua.

Beliau dipetik melalui portal FMT menyatakan Warisan tidak pernah terfikir menyertai kerajaan yang diterajui PN.

“Tidak benar, itu fitrnah kerana perkara ini tidak pernah dibincangkan, tidak pernah terfikir pun (sertai PN). Presiden (Mohd Shafie Apdal) seorang yang punya prinsip dan maruah.

“Saya tidak tahu kenapa mahu babitkan Warisan, sedangkan mereka (PN) sekarang ini kucar-kacir,” ujarnya.

MEREKA KEMBALI KE WARISAN

Sukau Kinabatangan | 09/01/2021 | Sabtu

Beberapa waktu kebelakangan ini semakin ramai ahli-ahli parti politik kerajaan serta penyokong-penyokong mereka menghubungi pihak kita di Warisan (Warisan Kinabatangan), kebanyakan mereka menyatakan hasrat untuk kembali kepada perjuangan asal sejak parti ini terwujud pada tahun 2016 yang lalu, PRN16 baru-baru ini bukanlah ukuran sebenar perjuangan yang mereka inginkan hanya sekadar tertumpu pada politik wang yang rata-rata tertipu oleh kemewahan sementara. Maka seluruh dunia menyaksikan sendiri bagaimana kleptokrasi menjadi amalan jijik para politikus politikus yang hanya mementingkan diri sendiri dan harta benda semata-mata.

Sayugia keadilan tetap dilandasan sebenar dan terbukti kemasukan kembali para JPKK, WKAN dan mantan mantan MPKK beserta penyokong-penyokong mereka menandakan Perjuangan Parti  Warisan sememangnya berada di posisi yang betul yang bukan hanya sekadar tertumpu kepada pembangunan insani malahan menuntut perubahan dalam segenap aspek kehidupan.

Percayalah, banyak kali sejarah tercipta dibumi Sabah ini, memang benar yang jatuh (Parti Politik Pemerintah) di Sabah tidak akan Bangun kembali tetapi kita semua belum pernah melihat yang jatuh akan bangkit dari rebahnya dan berdiri kembali laksana Pahlawan Gagah di medan perang. Yang patah akan tumbuh kembali, yang pergi akan ada pengganti.

Tahniah kepada semua yang kembali berjuang bersama PARTI WARISAN, anda sememangnya Original Sabahan.

Roslan Kulaling, Ahli Warisan

Oleh: Honorarium & Organogram

JO-ANNA RAMPAS: HANTARLAH PULANG PATI, BUKANKAH PBS, GRS SUDAH JANJI

Parti Warisan Sabah (WARISAN) mencabar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyelesaikan segera masalah imigran di Sabah dengan menghantar golongan tersebut pulang terutama selepas wujud ‘kerjasama politik’ antara Sabah dan Persekutuan.

Naib Ketua Wirawati WARISAN, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu menunaikan janji tersebut kerana adanya kerjasama politik berkenaan.

“Sudah hampir setahun sejak PN mengambil alih Kerajaan Persekutuan, namun masih belum ada langkah utama menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) selain penguatkuasaan sedia ada iaitu menangkap dan menahan mereka yang dilaksanakan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, Muhyiddin merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) kepada Kerajaan Sabah sebagai langkah penyelesaian terhadap PATI.

Kerajaan WARISAN kemudiannya menguar-uarkan cadangan tersebut tetapi dibatalkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

JO-ANNA RAMPAS

Beberapa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menentang cadangan itu secara lantang dengan membuat pelbagai tuduhan untuk menakutkan masyarakat KDM antaranya ‘WARISAN mesra PATI’ atau ‘WARISAN membantu PATI mendapatkan taraf warganegara’.

Dengan politik semasa menyaksikan beberapa pemimpin ini telah berkuasa dan mempunyai ‘kerjasama politik’, namun gesaan mereka supaya PATI dihantar pulang tiba-tiba sahaja senyap.

“Apabila pemimpin politik yang terdesak menjanjikan bulan dan bintang semasa kempen tetapi gagal melaksanakannya, maka kepercayaan dan rasa hormat rakyat akan hilang.

“Pemimpin PBS seperti Datuk Joniston Bangkuai sebelum ini memetik Akta Imigresen untuk mengesahkan hujahnya bahawa PATI boleh dihantar balik dan Datuk Jahid Jahim yang menjelaskan panjang lebar beza antara Kad Burung-Burung dan cadangan PSS sekarang perlu membuktikan kepada Sabahan bahawa mereka mempunyai kredibiliti untuk menghalau PATI dari Sabah,” katanya.

Katanya, dengan kedudukan GRS yang lemah, Sabahan mempunyai kuasa penentu untuk menuntut gabungan itu meneruskan menghantar pulang PATI.

“NGO, pemimpin komuniti dan individu yang mahu melihat GRS berfungsi secara efisien boleh mendesak mereka bertindak kerana majoriti GRS terlalu kecil.

“Lebih-lebih lagi GRS dibentuk oleh parti-parti yang mencurigai satu sama lain, maka satu cara untuk memastikan mereka bekerja ialah Sabah mendesak.

“GRS juga tidak boleh meletakkan kesalahan kepada WARISAN PLUS sebab mereka sekarang kerajaan. Amat tidak bertanggungjawab untuk melakukan seperti itu, atau mereka boleh membiarkan sahaja WARISAN Plus memimpin negeri,” tambah Jo-Anna.

SENARAI NAMA MP YANG LETAK JAWATAN DARI KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

BN- UMNO Ministers Resigning from PN Govt
1)Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob MP
(Security) – Sr Minister & Min of Defence
2)Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa MP – Sacked FT Minister
3) Datuk Sri Dr. Adham Baba MP- Min of Health
4) Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein MP- Min of Foreign Affairs
5) Dato’ Dr. Noraini Ahmad MP- Min of Higher Education
6) Dato’ Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah – Min of Energy & Natural Resources
7) Khairy Jamaludin- Min of Science, Tech, & Innovation
8) Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique- Min of National Unity
9) Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican- Min of Youth & Sports
10 UMNO Ministerial Position ( 31% of PN Govt MINISTERS)
Deputy Ministers
11) Datin Mastura Tan Sri Mohd. Yazid MP
(Special Functions
12) Mohd Sahar Abdullah- Finance
13) Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said – Home Affairs
14) Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad – Environment & Water
15) Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah- Agri & Food Industries
16) Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Abd. Muttalib – Housing & Local Govt
17) Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad- Rural Development
18) Datuk Zahidi Zainul Abidin- Comm & Multimedia
8 UMNO Deputy Ministerial Positions( 21% of PN Govt Deputy Ministers)

Zahid arah MP BN keluar dari kerajaan PN sebelum Februari –

Pilihanraya Umum mungkin berlaku lebih awal

Sukau Kinabatangan: Berkemungkinan akan ada pilihanraya lebih awal dari yang kita semua maklumi dan jangkakan UMNO berkeputusan telah mengambil langkah drastik untuk meninggalkan PERIKATAN NASIONAL pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini adalah lampu syarat bahawa krisis politik negara kembali dramatik. UMNO kecewa bekas PM yang juga mantan presiden parti itu Datuk Seri Najib ‘Bosku’ dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘Malu Apa Bosku’ atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Najib yang juga bekas ‘bosku’ dan sahabat Ahmad Zahid dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta.

Bung Moktar arah kontraktor baiki segera jalan rosak di Sabah

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/658289/bung-moktar-arah-kontraktor-baiki-segera-jalan-rosak-di-sabah

Malaysian muslims have been eating fake halal meat for 40 years

Sudah 40 Tahun Kartel Daging Halal Palsu beroperasi di Malaysia tercinta ini

THE 40 YEARS MEAT CARTEL ISSUES

Ia di sokong oleh pegawai pegawai PECAH AMANAH DAN RASUAH dengan nilai sehingga Rm3000 satu kargo untuk dilepaskan sebagai rasuah, juga wanita cantik untuk habuan Sex.

Goodluck lah pegawai-pegawai tu di akhirat kelak. Mewah tara mana sangat kat dunia ni dan lama mana sangat pun. Average hidup 60-70 tahun je, tu pun umur 70an 80an dah tak dapat nak nikmati dah kemewahan tu.

Tunggulah azab jutaan trillion tahun kelak kerana menganiaya jutaan umat Islam di negara ini.

Yang khianat dengan projek NFC tu pun samalah. Rm253 juta tu.

Sepatutnya dengan projek fidlot tu, Malaysia dah mampu supply daging tempatan untuk keperluan dalam negara. Tapi, projek tu apa jadi? Google lah foto terkini NFC Fidlot di Gemas tu…..

Macam mana nak jadi Hub Halal Asia dan Global kalau pemberi rasuah dan pemakan rasuah bertebaran bebas dalam negara?

Sekarang ni, faham tak rasuah ni merosakkan bangsa, agama, negara, alam sekitar, bahkan merosakkan dunia dan akhirat? Ia bukan dosa individu, ia melibatkan semua orang dalam skala yang besar.

Adalah sangat pelik jika pesalah Rasuah boleh dipuja masyarakat dan di angkat menjadi hero….

Ini salah satu yang dikesan…rantaiannya besar.. yang lain?

Kalau Pejuang tidak lulus, kami bertanding atas tiket parti WARISAN, kata Mukhriz | Honorarium Writers

December 24, 2020 1:07 PM

Ketua Pejuang Mukhriz Mahathir berkata calon parti itu tidak akan bertanding sebagai calon Bebas.

PETALING JAYA: Pejuang, yang pendaftarannya sebagai parti politik berdepan kelewatan, terbuka untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 atas tiket parti lain.

Pemimpinnya, Mukhriz Mahathir, berkata calon-calonnya tidak akan bertanding sebagai calon Bebas, maka antara pilihan yang ada adalah bertanding atas tiket parti lain, seperti parti Sabah, Warisan, sekiranya pendaftaran pejuang tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“Sebaik-baiknya kita mestilah sebahagian daripada satu parti politik, ada beberapa pilihan, kita akan pertimbangkan perkara tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika menjawab pertanyaan apakah Warisan boleh melebarkan sayap ke Semenanjung.

Ditanya tentang persediaan Pejuang berdepan PRU-15, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan.

“Kita kena muhasabah diri, kena ukur baju di badan sendiri… kita pasang cita-cita terlampau tinggi, padahal kita tidak berkemampuan, nak berjuang seorang memang sukar tetapi keputusan atau pendekatan itu akan dilaksanakan sebelum PRU-15 nanti.”

Bekas menteri besar Kedah itu juga menegaskan partinya belum menerima sebarang surat rasmi daripada JPPM, walaupun sudah memenuhi semua syarat dan bertemu pegawai jabatan itu.

Awal bulan ini, Pejuang memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, dengan setiausaha agung penaja, Amir Amiruddin Hamzah, memohon parti itu didaftarkan dalam tempoh tujuh hari selepas mahkamah membuat keputusan berdasarkan Seksyen 7 Akta Pertubuhan.

Menurut Mukhriz, mahkamah menetapkan 7 Januari tahun depan sebagai sebutan semula.

Forget Putrajaya if we cannot unite, Ramasamy tells opposition parties | Free Malaysia Today

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/23/forget-putrajaya-if-we-cannot-unite-ramasamy-tells-opposition-parties/

‘Beri saya lima tahun untuk selesaikan masalah kecurian air, elektrik’ – Bung Moktar | Astro Awani

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/beri-saya-lima-tahun-untuk-selesaikan-masalah-kecurian-air-elektrik-bung-moktar-274396

BELANJAWAN 2021

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menguasai naratif Belanjawan 2021 dengan fokus kepada sidang media khas oleh kedua-dua tokoh politik itu pada 14 Dis lalu. Ketika Dr Mahathir aktif membantah belanjawan itu, Tengku Razaleigh yang pada mulanya berdiam diri, secara mengejut mengumumkan sependapat dengan seterunya, menentang pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Belanjawan 2021. BACA: Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021 Kajian Data Raya (Big Data) dilakukan Malaysia Indicator menunjukkan, tiada kemunculan kedua-dua tokoh itu pada senarai data bagi tempoh 10 hingga 12 Disember 2020. Bagaimanapun, mereka dilihat mula aktif pada 13 hingga 15 Disember 2020 dengan kedua-duanya berada dalam senarai lima teratas individu paling berpengaruh bagi Belanjawan 2021. Dr. Mahathir berada di tempat pertama individu paling berpengaruh dengan 334 kenyataan, dan Tengku Razaleigh atau Ku Li, dengan 102 kenyataan. Manakala, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di belakang Ku Li dengan 97 kenyataan, disusuli Datuk Seri Najib Razak (86 kenyataan) dan Perdana Menteri Muhyiddin (55 kenyataan). Tumpuan kepada Dr Mahathir turut meningkat mendadak pada hari sidang media khas tersebut, mencapai lebih 200 berita. Begitu juga dengan Tengku Razaleigh yang menyaksikan pendedahan berita mengenai dirinya pada hari sidang media bersama diadakan, iaitu lebih 150 berita. Dalam pada itu, perkataan ‘Ketua Pembangkang’ dan ‘Sidang Media’ juga paling banyak dibincangkan dan ada kaitan dengan desakan kedua-dua tokoh berkenaan agar Ahli Parlimen menolak Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Parlimen, 15 Dis lalu.

COVID-19 RELIEF PROGRAM

BLOK PEMBANGKANG PERLU BERANI LANTIK KETUA BAHARU– PHOONG JIN JZE

oleh SABAH TODAY PHOONG JIN JZE

SABAHTODAY KOTA KINABALU: Ke arah membina Malaysia Baharu 2.0, blok pembangkang harus mengembalikan semula keyakinan rakyat dengan memilih ketua pembangkang baharu. Kepimpinan, idea, polisi dan pasukan baharu diperlukan dalam melahirkan Malaysia Baharu 2.0. Pemimpin pembangkang mengatakan mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan namun, ia tidak berlaku dan idea untuk bergabung dengan UMNO telah menimbulkan keraguan ramai orang. Begitu juga dengan sokongan terhadap belanjawan yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, jika PH dan blok pembangkang tidak mencari kaedah penyelesaian, pembangkang bukan hanya akan kehilangan sokongan tetapi juga, kehilangan kepercayaan daripada golongan belia yang ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih baik. “Kita telah melihat rakyat dari pelbagai generasi dan kaum bangkit bersama pada 9 Mei 2018 bagi menentang rejim Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Malaysia Baharu. “Pertemuan semula Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, lantikan menteri termuda Syed Saddiq dan lantikan Lim Guang Eng sebagai Menteri Kewangan memperlihatkan pendamaian yang hebat dilakukan demi Malaysia Baharu 1.0. “Kini, rakyat kecewa terhadap PH berikutan politik cara lama. Pemimpin pembangkang yang menyatakan mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan telah dipersendakan. Pemimpin politik kanan tamakkan kuasa, kenyataan berbaur perkauman dan keagamaan semakin teruk. “Oleh itu, jika kita ikhlas untuk membina semula Malaysia Baharu 2.0, kita kena beralih kepada politik baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Jin Zhe berkata, beliau sentiasa percaya kepada politik baharu sejak bergiat dalam arena politik. PH perlu memecahkan tradisi dengan berani untuk membuat keputusan bagi memilih ketua baharu. Ini demi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap PH. Katanya, sebagai pemimpin muda di Sabah, beliau melihat politik baharu harus melibatkan pembaharuan di peringkat persekutuan. Apa yang lebih penting, berpegang kepada keadilan, integriti dan nilai yang diinginkan oleh generasi muda di negara ini.

This free site is ad-supported. Learn more  SABAH TODAY | 17 Disember 2020 at 9:59 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-8X Comment    See all comments    Like Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY. Change your email settings at Manage Subscriptions. Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://thesabahtoday.news.blog/2020/12/17/blok-pembangkang-perlu-berani-lantik-ketua-baharu-phoong-jin-jze/ Thanks for flying with  WordPress.com

WATCH YOUR MOUTH, PAKATAN HARAPAN LEADERS IN MALAYA TOLD WATCH YOUR MOUTH, PAKATAN HARAPAN LEADERS IN MALAYA TOLD

JO-ANNA RAMPAS

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah has reiterated that there is no co-operation between the party and Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) or Perikatan Nasional (PN) to ensure Muhyiddin Yasin remains as the Prime Minister.

Wirawati deputy Chief, Jo-Anna Sue Henley Rampas said there is no reason for Warisan to work together with PN or PPBM since the latter had caused a lot of difficulty for Warisan.

“Firstly, PPBM backtracked on its pledge not to set up its branch in Sabah and secondly, right after the collapse of the PH Government in February, it pressured Datuk Seri Panglima Haji Shafie Apdal and other party leaders incessantly to submit to PN.

“The grand finale was their devious and cowardly failed attempt to topple the Warisan-Plus Sabah Government last July,” Jo-Anna said in a statement on Sunday in response to questions on the current political developments.

“So if there is anyone who would be happy to see Muhyiddin have a taste of his own medicine, it will be Warisan-Plus. Hence, my advice to national PH leaders who never went through what Warisan did but is now suddenly accusing us of aligning with PN is – to better watch their mouth,” she added.

SHAFIE APDAL
Jo-anna said the exemplary commitment and dignity displayed by Warisan MPs under the leadership of Shafie in Parliament allowed them to settle several crucial issues relating to Sabah.

“Last Thursday, during the Committee Stage debate on the Supply Bill 2021 Warisan MPs voted for the motion tabled by Upko, because firstly, Warisan MPs are under moral obligation to vote on motions relating to Sabah and secondly, Upko is steadfast in preserving its existing co-operation with Warisan.

And during the policy level debate on the Supply Bill 2021, Warisan MPs delivered two crucial improvements to the Bill namely an increase of Covid-19 allocation by another RM50 million and a review of the Elaun Perumahan Wilayah (EPW) for Sabahan officials working for the Federal Government in Putrajaya, both of which were then included in the Bill.

So the question of Warisan MPs not doing their job for Sabah is grossly misleading and the question that Sabahans should ask instead is “what did GRS MPs contribute to Sabah in that Supply Bill?” she added.

Jo-Anna said that Warisan will continue its political co-operation with PH and other opposition parties but reiterated the need for a credible and principled Opposition Leader.

“Warisan believes that the key to winning the upcoming general election is firstly to unite all Malaysians irrespective of their race and religion and to come out with a clear definition of “Bangsa Malaysia”. Thereafter, to come out with a new deal on social and economic ownerships for these are the issues that cause us to be polarised in the first place.

“We still honour the political pact between Warisan and PH/Upko but our concern is the lack of credibility on the part of Opposition Leader, Anwar Ibrahim and his capability to deliver which may cause PH voters to finally feel disillusioned.

“Warisan cannot continue to allow itself to be used for someone else’s personal agendas that have no benefit at all to Sabah. As a matter of principle, it is only apt that the party makes its stand known now and not when the election is around the corner,” she added.

Advertisements

REPORT THIS AD
Share this:
WhatsAppTelegram

Related
PEMIMPIN PH PUSAT JANGAN CELUPAR TERHADAP PARTI WARISAN – JO-ANNA RAMPAS
In “Uncategorized”
TIBA MASA PEMIMPIN MUDA TAMPIL KUKUHKAN PEMBANGKANG
In “Uncategorized”
Parliament Observes A Minute’s Silence On Demise Of VK Liew
In “Uncategorized”
Published by SABAH TODAY
View all posts by SABAH TODAY
Uncategorized
0 thoughts on “WATCH YOUR MOUTH, PAKATAN HARAPAN LEADERS IN MALAYA TOLD”

Honorarium Writers 7th Dec 2020 — 4:55 am
Your comment is awaiting moderation.

Just link to my blog you’re next news

Like
REPLY
Leave a Reply

Enter your comment here…
Post navigation
PREVIOUS
TELEFILEM LOTUD PERTAMA, ‘SA’PON’ AKAN DIADAPTASI MENJADI SEBUAH FILEM
NEXT
RAKYAT SABAH DIKHIANATI DENGAN PERUNTUKAN BINA JALAN HANYA RM100
BLOG AT WORDPRESS.COM.
Create your website at WordPress.com
Get started

TIBA MASA PEMIMPIN MUDA TAMPIL KUKUHKAN PEMBANGKANG

Respond to this post by replying above this line
New post on SABAH TODAY

TIBA MASA PEMIMPIN MUDA TAMPIL KUKUHKAN PEMBANGKANG
by SABAH TODAY
JO-ANNA SUE HENLEY RAMPAS
SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Semua pemimpin muda daripada parti pembangkang perlu tampil mencari jalan penyelesaian kepada masalah percakaran sesama sendiri yang berlaku dalam kalangan pembangkang sehingga meretakkan hubungan.

Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, senario politik kini sudah berubah, orang muda bukan lagi hanya sekadar menunggu arahan tetapi perlu tampil memberi cadangan, pendapat dan melaksanakannya.

Tegasnya, jika pemimpin senior gagal mencari jalan penyelesaian, golongan muda pasti mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah.

“Sejak sekian lama pandangan sayap muda telah dipinggirkan dan hanya melakukan seperti apa yang diarah bukannya terlibat secara aktif dalam ideologi parti dengan memberikan cadangan, idea serta melaksanakannya.

“Biarlah semua sayap-sayap muda parti duduk bersama membincangkan situasi ketidaktentuan politik semasa dan mengukuhkan kembali jambatan yang menjadi pemisah kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, dua pemimpin pemuda iaitu Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd. Ithnin dan Naib Ketua Pemuda DAPSY, Muhammad Shakir Ameer menggesa semua parti pembangkang kembali semua ke meja rundingan untuk membina momentum baharu bagi berdepan pilihan raya umum ke-15.

Kesatuan antara Pakatan Harapan (PH) dengan parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang dan Muda kini kelihatan rapuh menyebabkan mereka gagal mencapai kata putus di Dewan Rakyat.

Jo-Anna berkata, golongan muda lebih mudah menerima perubahan demi kebaikan semua pihak berbanding ahli politik senior yang lebih minat mempertahankan kedudukan masing-masing.

“Akhirnya suara-suara yang logik telah kedengaran dan datang dari mana kalau bukan sayap muda dalam parti.

“Ini adalah masa terbaik untuk gerakan muda setiap parti buat apa yang mereka sepatutnya lakukan iaitu mewakili generasi muda dan memastikan ahli parti masing-masing selari dengan tren politik semasa.

“Seperti yang selalu kita dengar, golongan muda adalah masa depan kita. Biarlah generasi muda melaksanakan tugas membawa perpaduan dan ketenangan dalam situasi politik yang kelam-kabut,” tambahnya.

This free site is ad-supported. Learn more

SABAH TODAY | 10th Dec 2020 at 12:05 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-7o
Comment See all comments
Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY.
Change your email settings at Manage Subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://thesabahtoday.news.blog/2020/12/10/tiba-masa-pemimpin-muda-tampil-kukuhkan-pembangkang/

Thanks for flying with WordPress.com

USAHA SHAFIE APDAL BANTU INDUSTRI TERJEJAS KINI TERBUKTI – SABAH TODAY

TEAM SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Walau tidak lagi memerintah negeri Sabah ketika ini, pentadbiran kerajaan Warisan di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal masih memberi manfaat kepada industri di Sabah.

Usaha memperkenal Sabah New Deal untuk memulihkan kembali ekonomi Sabah dilihat satu langkah bijak diambil kerajaan pimpinan Mohd Shafie.

Hari ini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar memaklumkan peruntukan sejumlah lebih RM2 juta di bawah Sabah New Deal akan memberi manfaat kepada 503 agensi pelancongan dan pengembaraan di Sabah.

Bantuan secara one-off berjumlah RM4,000 itu sudah pasti membantu agensi pelancongan untuk kembali bangkit dan beroperasi setelah hampir sepanjang tahun terkesan dengan pandemik Covid-19.

Pakej Sabah New Deal dilancarkan oleh Mohd Shafie pada 18 Jun lalu dengan peruntukan RM240 juta bertujuan untuk mengaktifkan semula, memulih dan menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Melalui pakej itu, sektor pelancongan menerima peruntukan RM22 juta sebagai usaha pemulihan sektor pelancongan.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, Sabah mengalami kerugian sebanyak RM320 juta hasil pelancongan berbanding bagi tempoh Jan-Feb tahun lalu.

Malah, Sabah kehilangan 340,000 kehadiran pelancong bagi tempoh sama, iaitu antara 40 hingga 60 peratus.

https://thesabahtoday.news.blog/2020/12/09/usaha-shafie-apdal-bantu-industri-terjejas-kini-terbukti/