






Malaysia Aggrement 1963







Sebanyak 21 perkara telah dikemukakan kerajaan Sarawak dan Sabah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia, dan 17 daripadanya telah mendapat persetujuan bersama, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata baki empat lagi perkara masih dibincangkan secara tiga penjuru antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ini termasuk isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum; mineral minyak dan medan minyak; Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750];
“Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet ini akan dibentangkan di mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, seterusnya akan disusuli dengan pengumuman khas oleh perdana menteri,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Theodore Douglas Lind yang mahu tahu perkembangan terkini mengenai beberapa perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bila kerajaan Persekutuan akan mengumumkannya secara terbuka.
17 perkara yang telah mendapat persetujuan adalah:
(i) Tuntutan Duti Eksport Balak Dan Hasil Hutan Di Negeri Sabah;
(ii) Pengedaran Gas Dan Kuasa Kawal Selia Elektrik Dan Gas Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(iii) Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(iv) Tenaga Buruh Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(v) Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(vi) Pentadbiran Pulau Sipadan Dan Ligitan Di Negeri Sabah;
(vii) Isu Pertanian Dan Perhutanan;
(viii) Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama;
(ix) Semakan Semula Pemberian Khas;
(x) Penangkapan Ikan, Perikanan Laut dan Muara;
(xi) Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri;
(xii) Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar dan Pelancongan;
(xiii) Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan);
(xiv) Penurunan Kuasa Kepada Mahkamah Sabah dan Sarawak;
(xv) Bidang kuasa Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Autonomi Pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak, dan Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan Bagi Mendengar Kes Difailkan di Borneo;
(xvi) Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman; dan
(xvii) Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah.– BERNAMA
Sumber Asal: Fernz The Great
Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai Malaysia di Wilayah Borneo.
Badan penasihat ICJ untuk Majlis Keselamatan PBB mengenai penentuan nasib Wilayah Borneo Utara, Sarawak.
Wilayah Borneo bukan dalam Persekutuan yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2).
Penandatangan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 hanya terhad kepada kesultanan dan negeri di Tanah Melayu.
Sebagai tindak balas kepada saman oleh kerajaan Kelantan, kerajaan Malaya memberitahu Mahkamah Agung pada 11 Sept 1963 bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan diteruskan selepas 16 Sept 1963.
Forum yang betul dan wajar untuk memutuskan sama ada Wilayah Borneo, Borneo Utara dan Sarawak, telah “dijajah secara dalaman” ialah Majlis Keselamatan PBB melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda.
Merujuk kes Sudan Selatan.
Sudan Selatan telah diperintah oleh kerajaan “proksi” sehingga perkara-perkara tertentu selesai.
Majlis Keselamatan PBB mengisytiharkan bahawa Sudan Selatan telah “dijajah secara dalaman”. Ia mempunyai hak di bawah undang-undang antarabangsa untuk menentukan ‘nasib sendiri’. Wilayah ini merdeka pada 9 Julai 2011 selepas Referendum pada Januari tahun yang sama.
Penjajahan telah diharamkan oleh undang-undang antarabangsa, selepas Perang Dunia II, sebagai satu bentuk “perusahaan jenayah”.
Kolonialisme telah ditakrifkan oleh undang-undang antarabangsa sebagai fenomena di mana sesebuah negara diperintah oleh negara lain untuk kepentingan negara tersebut.
Rujuk kenyataan Ongkili mengenai perbincangan perkongsian hasil, dan isu berkaitan, tertangguh kerana Petronas.
https://www.thevibes.com/articles/news/47299/talks-on-sabah-sarawak-revenue-rights-put-on-hold-ongkili
Proklamasi Malaysia, dalam perkataannya sendiri, merujuk kepada Sabah dan Sarawak sebagai tanah jajahan pada 16 Sept 1963.
https://en.wikipedia.org/wiki/Proclamation_of_Malaysia
Di bawah undang-undang antarabangsa, Borneo Utara dan Sarawak tidak mempunyai “kapasiti undang-undang” untuk menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA’63) pada 9 Julai 1963 kerana mereka masih tanah jajahan British.
British telah memindahkan Pentadbiran Wilayah Borneo, Borneo Utara dan Sarawak, kepada kerajaan Malaya pada 16 Sept 1963.
Tentera British berarak keluar
Askar Rejimen Askar Melayu Diraja (RMR) berarak masuk.
Renjer Sarawak dan Pengawal Sempadan Sabah telah dibubarkan.
Tunku memutuskan Akta Pemisahan S’pore 1965 selepas MCA menguasainya.
MCA dan Umno mahu menyingkirkan PAP.
MCA memanfaatkan retorik dan polemik antara LKY dan penjual ubat tepi jalan Syed Jaffar Albar tentang itu dan ini.
Jika LKY tidak mengendahkan Syed, Tunku tidak akan mempunyai alasan untuk menendang keluar S’pore.
Putrajaya mengelak retorik dan polemik dengan rakyat mengenai hak Borneo. Sebaliknya, mereka menggunakan proksi mereka — The dog ran away — untuk taroh penyokong hak Borneo kaw kaw.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/11/17/no-plans-to-declassify-special-report-on-ma63-says-ongkili
Mengapa proksi tidak meminta Putrajaya menyelesaikan isu PTI? Sebaliknya, mereka mahu membawa isu itu ke peringkat antarabangsa.
Begitu juga dengan penjajahan dalaman Borneo Utara dan Sarawak boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.
Majlis Keselamatan PBB boleh merujuk kepada ICJ berdasarkan Petisyen Rakyat.
https://www.nst.com.my/news/nation/2021/11/745658/show-proof-putrajaya-colonising-sabah-says-ongkili
“Wahai orang-orang yang beriman; penuhilah akad-akad kamu” (al-Ma’idah, 5:1).
Ini adalah perintah yang meliputi semua kontrak.
Sebuah hadis dalam Sahih al-Bukhari memberitahu kita,
الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ
“Umat Islam terikat dengan semua syarat yang telah mereka persetujui.”
Hadis lain dalam al-Tirmidzi memberitahu kita,
“Tepatilah janji yang kamu berikrar dengan nama Allah dan janganlah kamu memungkiri sumpah sesudah kamu bersumpah, kerana sesungguhnya kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kamu; Allah mengetahui segala yang kamu kerjakan.” (An-Nahl, 16:91).
Ini capaian yang patut kita syukuri karena kita ingin pembangunan infrastruktur itu tidak hanya terpusat di Pulau Jawa saja atau di Pulau Sumatra tapi juga merata ke pulau- pulau yang lain
Presiden Jokowi Widodo









“Jika parti dari Semenanjung Malaysia pun nak ke sini, bawa budaya mereka, mati kita oii.. susah kita nanti. Isu nama ‘Timah’ pun susah juga. Jangan biarkan mereka datang.
“Jadi saya memberitahu pemimpin Persekutuan biarkan pilihan raya Sarawak terhad dalam kalangan rakyat Sarawak. Saya memberitahu mereka kerana masalah Sarawak hanya boleh ditangani oleh orang Sarawak,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Miri City Hall di sini pada Isnin.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


Sentimen mahu Sabah keluar dari Gagasan Malaysia bukanlah perkara baharu, walaupun ada tertera pada perkara 7 dalam memorandum 20 Perkara yang memberi penekanan kepada Sabah bahawa tiada hak keluar dari Malaysia. Dalam Perjanjian Malaysia 1963 Perkara 8 – menyatakan mengenai tanggungjawab KerajaanPersekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan segala syor, […]
https://borneovoice.wordpress.com/2021/11/15/hanya-dengan-melaksanakan-ma63-boleh-hentikan-sentimen-rakyat-mahu-sabah-keluar-dari-malaysia


Wilayah Sabah Wilayah Berdaulat
EKSKLUSIF
20 Fail Tebal, 5,000 Dokumen Rahsia Disimpan oleh Kerajaan British Terdedah Jua Akhirnya – Arkib British Kew Gardens London
PASUKAN penyiasat dan penyelidik kerajaan Sarawak terkilan apabila mengetahui kebenaran setelah mereka menemui satu dokumen Rahsia yang tersimpan sekian lamanya dalam bentuk format Telegram bertarikh 09 Ogos 1963, isi kandungan Telegram tersebut mendedahkan dengan
nyata bahawa sepasukan pegawai Amerika (yang datang sebagai penilai PBB) telah dipilih secara ‘Khas’ bagi memanipulasi pandangan rakyat Sabah dan Sarawak berhubung penubuhan Malaysia.
Perkara itu terang-terangan telah dirancang terlebih awal tanpa sepengetahuan kepimpinan Borneo ketika itu.
Ini bermakna mereka tahu sebahagian rakyat Borneo utara (Sabah) dan Sarawak tidak bersetuju menyertai pembentukan Malaysia dan kepimpinan kita ketika itu lebih memilih MERDEKA !
STATUS KOLONIAL SABAH SARAWAK WILAYAH JAJAHAN TIDAK BERUBAH – Kolonial Malaya
Tarikh 27 Ogos 1976 adalah tarikh dua wilayah ini menjadi tanah jajahan malaya dengan perubahan Status (Wilayah Merdeka) Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi negeri ke 12 & 13 persekutuan tanah melayu (Malaysia= Kolonial Malaya)

PENDEDAHAN TERBARU
Sir William Goode – Gabenor British terakhir di Borneo Utara memberi amaran kepada Tunku Abdul Rahman ” Tunku mesti mengelakkan mengambilalih wilayah borneo sebagai tanah jajahan malaya. Apa-apa ‘kesan’ dipindahkan sebagai tanah jajahan akan menimbulkan pergerakan “Kemerdekaan” terhadap Kuala Lumpur ( Kini Putrajaya) yang berpotensi tidak dapat ditahan“
Lord Cobbold berkata secara jelas beliau tidak akan menghakimi samaada Gagasan Malaysia berjaya atau tidak, ini kerana jelas Malaya berniat ada udang dibalik batu
Sekiranya ada idea untuk mengambilalih Wilayah Wilayah Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu dan menyebabkan kegagalan, kemerosotan Kepimpinan Borneo, Malaysia tidak akan dalam penghakiman saya, diterima secara umum atau berjaya
Lord Cobbold – Pengerusi Suruhanjaya Cobbold
Jelas sekali dan kita semua telah lihat mengapa mereka ‘BERKERAS KEPALA’ dan sanggup melakukan apa saja demi menjaga harta ‘Rampasan’ agar tidak dituntut kembali oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak sekarang.
GERAKAN MERDEKA dari kolonial Malaya
Sudah mula kedengaran di Sarawak dan Sabah suara malahan demonstrasi rakyat telah meletus, ini bukan omongan kosong kerana apa yang telah dikatakan awal dahulu oleh Mantan Gabenor North Borneo menjadi kenyataan akhirnya, sebelum wacana akan tertunda sementara, ingin benar rasanya mengetahui nasib petualang bangsa;- sekiranya perkara itu terjadi ?
”BAGAIMANAKAH NASIB PENGKHIANAT PENGKHIANAT SABAH SARAWAK ?
Bolehkah mereka tinggal bermastautin di Sarawak atau Sabah ? Atau diusir keluar dari tanah ini?
Sumber: Sila Rujuk Borneotoday.com/August 11, 2017 By Walkin Joy
Continue reading →
Sabtu, 13 November 2021
Semoga jalan DAGAT KINABATANGAN mendapat tempias perubahan PAN BORNEO, kalau inipun masih tidak dapat sebarang perubahan ada baiknya kepimpinan hari ini fikir kembali atas kapasiti sebagai ‘APA ?’ anda sebagai menteri sekaligus wakil rakyat.
Buang masa tidak membawa apa-apa makna, penuhi masa lebih BAIK daripada duduk santai di kerusi empuk.
Bak kata pepatah arab ” Masa bagaikan mata pedang yang tajam, jika engkau tidak memotongnya, maka dia akan memotong mu “
Buatlah keputusan sebaiknya agar senang menjawab soalan di muktamar akhirat kelak.
Fikir Fikirkanlah 😁👍
© Provided by Free Malaysia Today
PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri.
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah berpendapat, semangat dwi partisan seperti dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan kepada kerajaan negeri ini.
Dalam kenyataan bersama, gabungan itu berkata pelaksanaan kerjasama itu membolehkan semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang fokus bagi memulih serta membangunkan semula Sabah.
“Sehingga kini, kerajaan negeri belum lagi secara jelas tampil dengan strategi bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi di Sabah.
“Ianya bukan lagi soal politik, tetapi kepentingan umum rakyat Sabah. Semua tenaga dan sumber yang ada sepatutnya digunakan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula kesan krisis akibat pandemik Covid-19 ini.
“PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri supaya fokus boleh disatukan ke arah pemulihan dan pembangunan semula Sabah ketika ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah Poon Ming Fung, Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.
Sementara itu, PH Sabah percaya kestabilan politik di negeri itu akan tergugat jika perkara seperti di Semenanjung menular ke dalam kerajaan negeri.
Mereka berpendapat, aktiviti berpolitik berterusan ketika krisis sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang hanya akan membantutkan apa yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.
Strategi pembangunan semula Sabah
Katanya, satu jawatankuasa khas untuk memperinci dan mengemukakan strategi pembangunan semula Sabah kepada kerajaan negeri telah ditubuhkan PH Sabah.
Jawatankuasa itu akan turut mencadangkan kerjasama rentas politik bagi memfokus kepada pelaksanaan strategi memulih serta membangunkan semula negeri berkenaan.
“Majlis Pimpinan PH Sabah telah bermesyuarat malam tadi untuk membincangkan isu rakyat terkait kesan pandemik Covid-19 dan perkembangan isu politik semasa.
“PH Sabah mengalu-alukan usaha program vaksinasi rakyat Sabah ke arah mewujudkan imuniti kelompok. Bagaimanapun, PH Sabah berpendapat program vaksinasi hanya merupakan salah satu daripada strategi pemulihan.
“Kerajaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada program vaksinasi tanpa mencetus kesegeraan merangka dan melaksanakan strategi pembangunan semula yang seterusnya,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu, strategi pemulihan kesihatan awam disusuli pembangunan semula ekonomi dan infrastruktur di Sabah harus dirangka dan dilaksanakan segera.
“Kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan lebih pragmatik dan transparen berkenaan program pemulihan dan pembangunan semula kerana pandemik Covid-19 telah mewujudkan satu krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia kini menjadi kepentingan umum rakyat Sabah yang menagih perkhidmatan terbaik daripada kerajaan,” katanya.Microsoft and partners may be compensated if you purchase something through recommended links in this article.
Oleh Penulis Bebas & Ensiklopedia bebas | Ahad 31 October 2021 Jam 6.08 Petang
Saya pasti, jauh dilubuk hati Mohamadin Ketapi, beliau amat bersyukur kerana terlibat dalam perjuangan Parti Warisan di kala nadi politik beliau seakan sudah mati dengan akaun bank yg kempis.
Beliau menyertai PBS sejak 1985 dan menjadi ADUN Lahad Datu (sekarang Silam) dan diangkat menjadi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas menang PRN 1986.
Pada PRU 1990, Mohamaddin tewas DUN dan MP kepada calon USNO. Selepas itu nama Mohamdin semakin dilupakan sehingga kemunculan Warisan pada 2016.
Beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Warisan DSSA untuk menjadi Ketua Bahagian Penaja Warisan Lahad Datu.
Sebelum memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada 2018, Mohamadin telah menjalani pembedahan jantung 6 bulan sebelum PRU14.
Dia diberi kepercayaan utk memegang portfolio Menteri MOTAC dalam barisan kabinet Tun M atas rekomendasi DSSA. Wlupun Mohamadin menjadi laughing stock (bahan ketawa) selama memegang jawatan tersebut, dia terus dipertahankan oleh pejuang-pejuang Warisan dan DSSA sendiri.
Beliau turut dianugerahkan PGDK yang membawa gelaran Datuk, satu anugerah yang tidak pernah beliau kecapi sepanjang pembabitan beliau dalam arena politik.
Pada pemilihan parti 2019, Mohamadin dipilih menjadi Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu dan seterusnya diangkat sebagai AMT Lantikan.
Mohamadin diberi kepercayaan menjadi calon Warisan di DUN Segama walaupun ramai mempertikaikan pemilihan beliau kerana adik DSSA, Dtk Yusof Apdal merupakan calon yang lebih popular dari Mohamadin.
Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Warisan yang bertanding kerusi MP dan DUN selain Presiden dan Timbalan Presiden.
Terpalit dengan kes rasuah semasa beliau di MOTAC, Mohamadin masih diberi kepercayaan walaupun sudah ada ura-ura bahawa beliau antara MP Warisan yang sedang berunding untuk keluar dan menyokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semasa PRN16 (Sabah), ramai pejuang Warisan mahupun rakyat Malaysia amat marahkan beliau dan tidak menyukai cara Mohamadin melontarkan pandangan berbaur negatif dengan statement kontroversi seakan menghina askar negara yang terkorban di Tanduo.
Akibatnya, calon-calon Warisan Plus hanya mampu meraih 10 – 13% undi anggota keselamatan berbanding 17 – 57% pada PRU14.
Angkara kenyataan yang tidak panjang akal tersebut, Warisan melalui Calon Amanah, tewas di DUN Tanjung Keramat (hampir 3 ribu pengundi ATM), Karambunai (lebih 2 ribu pengundi Navy) dan menang tipis di Kukusan (hampir 1.8 ribu pengundi adalah ATM) yang merupakan pejuang dan pahlawan negara kita.
Selepas PRN16, Mohamadin dilaporkan antara Wakil Rakyat Warisan yang paling jarang turun padang dan menjadi teramat sunyi.
Disebalik semua itu, Mohamadin tetap disayangi oleh DSSA walaupun dari awal 2 bulan lepas, khabar angin Mohamadin akan keluar Warisan semakin kuat kedengaran.
Sama ada beliau terpaksa atau sukarela meninggalkan perjuangan dalam Warisan serta mengadai prinsip beliau, Mohamadin tetap akan menjadi petualang kepada pejuang-pejuang yang setia kepada parti ini.
Apa yang pasti, budi DSSA cukup banyak kepada beliau tapi dibalas dengan pembelotan. Sebab itu, sebaiknya, Mohamadin lupakanlah politik kerana beliau sudah miliki terlalu banyak pada usia 61 tahun melalui Warisan.
Siap sedialah kerana beliau harus ditumbangkan dari landskap politik negara, pemimpin begini yang tidak punya berkredibiliti harus tunduk dengan kuasa rakyat.

Gambar & Maklumat Ehsan: Dari Sumber Berita Astro Awani News, Wikipedia-ensiklopedia bebas, Facebook & Whatsapp

(Ulang Siar)
Terengganu, Kelantan juga masih ‘ Dinafikan royalti mereka’ ???
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah negara ini milik mak bapa mereka dan bukan milik rakyat.
Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang “BERHORMAT”. Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya.
Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat dan sepatutnya tidak diberi peluang lagi untuk kembali berkuasa pada PRN Sabah yang lalu. Jika Perikatan Nasional/UMNO menjanjikan pembangunan di mana sahaja ia memerintah, kenapa Sabah dan Sarawak antara negeri yang paling mundur di Malaysia?
Begitu juga, kenapa Terengganu masih begitu ketinggalan, walaupun menikmati royalti minyak ratusan juta ringgit untuk berpuluh- puluh tahun? Jika PN/UMNO menubuhkan Jabatan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat, kenapa penduduk negeri Sabah masih kekurangan prasarana asas seperti jalan, bangunan sekolah dan sebagainya?
Umpamanya, kenapa Gua Musang, masih mundur walaupun kawasan parlimen ini dikuasai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, orang kuat Umno, kerabat diraja dan bekas Menteri Kewangan? Di Pedalaman, Sabah, PN/UMNO memberitahu pengundi bahawa tidak ada parti selain PN /UMNO yang boleh membawa pembangunan. Jika benar, kenapa Terengganu dan Kelantan masih mundur?
Apakah PN /UMNO tidak mendapat peluang sebelum ini untuk membawa pembangunan ke Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak? Namun, ramai tidak sedar cukuplah dengan pengetahuan umum bahawa budaya rasuah masih menebal dan menjadi masalah pokok dalam pemerintah. Justeru, meskipun mengitar semula pelbagai janji pada setiap pilihanraya termasuk pada PRN Sabah yang lalu, hakikat mereka ini hanya mahu berkuasa kembali dan mengisi kocek pemimpin-pemimpinnya sendiri.
Tinggal lah rakyat negeri ini akan terus menanti untuk PN/UMNO menunaikan janji-janjinya. Meskipun Warisan-plus berdepan dengan asakan demi asakan dari pemimpin-pemimpin PN/UMNO, sekutunya (PBS, Star, SAPP) Warisan-plus berjaya mencorakkan satu bentuk perubahan pentadbiran dengan mewujudkan tiga kementerian iaitu Pelajaran dan Inovasi, Kesihatan dan Kesejahteraan rakyat dan kementerian Undang-undang dan Hal-Ehwal anak negeri, di samping membawa perubahan secara teratur dengan kemampuan yang ada.
Warisan, pengundi Sabah tidak nampak kerana hanya dalam 26 bulan mana mungkin dasar-dasar dilaksanakan dengan begitu drastik. Pengundi di Sabah termakan dengan kitaran janji- janji PN/Umno, makanya Warisan-plus hilang kerusi di beberapa kawasan.
Namun jika pengundi Sabah menolak PN/UMNO pada PRN Sabah yang lepas, ia akan menghantar mesej jelas bahawa Persekutuan harus berikhtiar melaksanakan segala apa yang dijanjikan termasuk membayar royalti minyak kepada Sabah sebelum meminta undi rakyat negeri ini. Mesej ini cukup penting kerana pada setiap pilihan raya, pemimpin-pemimpin Malaya akan menabur macam- macam janii dan mencanang dirinya sebagai pejuang rakyat jati. Jika benar pemimpin-pemimpin yang datang ke Sabah pejuang rakyat, tidak mungkin sehingga kini Sabah masih dicengkam kemiskinan.
Pergi sahaja ke pelusuk pedalaman negeri Sabah, untuk mengerti kemiskinan dan menghayati kehidupan penduduknya. Selepas itu cuba dengar pemimpin- pemimpin PN/Umno berjanji untuk membawa pembangunan di Sabah selepas 57 tahun dalam MA63. Jika ada yang tidak rasa loya atau mual, tentunya mereka ini sebaris dengan pemimpin- pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Zahid Hamidi dan sekutunya.
FRIDAY, 12 February 2021 KOTA KINABALU SABAH
Sumber Artikel: Borneo Voice

Baru baru ini satu perkongsian di fb Ketua Menteri Pemberian 177 Geran Tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Katanya, Penyerahan itu dilaksanakan bagi memudahkan agensi agensi tersebut di masa hadapan. 90 untuk Jabatan Pendidikan ,42 untuk Kementerian Kesihatan, 28 kepada kementerian pengangkutan, dan 17 kepada agensi yang lain. Perkara tersebut mengundang kemarahan di kalangan rakyat. Netizen […]
PERLU ADA MEKANISME BARU PEMILIKAN HAK TANAH KEPADA BANGUNAN PERSEKUTUAN

Antara 17 daripada 21 perkara yang telah dipersetujui secara DASAR dalam Jawatankuasa Khas MA63 (JKMA63) yang telah dibawa semasa era kerajaan WARISAN adalah mengenai isu “Tanah yang diberi hak milik kepada Persekutuan di Negeri… (Sabah & Sarawak).” Harus difahami dan diketahui bahawa intipati PERUNDINGAN berkenaan isu ini adalah lebih menjurus kepada PELEPASAN tanah-tanah di Sabah […]
BERI TANAH KEPADA PERSEKUTUAN, GRS ABAIKAN PERJUANGAN MA63?
SEMPORNA: Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menyangkal laporan 30 ketua cawangan di kawasan Parlimen Semporna meninggalkan parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu majlis di sini semalam.
Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna Hasbullah Rauddah berkata perkara itu berdasarkan maklum balas beberapa ketua cawangan yang mendakwa kehadiran mereka dalam perjumpaan Bersatu itu sebagai satu manipulasi.
“Mereka (ketua cawangan) berasa agenda perjumpaan itu juga tidak jelas, selain kehadiran mereka ketika itu sebagai penduduk kampung dan bukan atas kapasiti ketua cawangan parti.
“Adapun individu yang mengaku sebagai ketua cawangan dan kalau betul pun (keluar parti) hanya diri mereka sahaja tidak termasuk semua ahli cawangan terbabit, selain ada individu ini (mengaku ketua cawangan) tetapi hanya sebagai ahli biasa,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan punca 30 ketua cawangan Warisan di kawasan itu keluar parti akibat nasib mereka tidak terbela.
Menjawab dakwaan kepimpinan Warisan gagal mengotakan janji berhubung isu penempatan sementara penduduk Kampung Bangau-Bangau, Hasbullah berkata pada Julai 2020 kerajaan Warisan meluluskan peruntukan RM8.2 juta bagi pembinaan lebih 300 rumah di kampung berkenaan.
Di samping itu katanya, langkah pemindahan penduduk Kampung Simunul ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria pada pemerintahan Warisan pula kerana mahu memastikan penduduk tidak terdedah dengan risiko bencana, serta turut diberikan pengecualian bayaran sewa selama setahun.
Terbitan Semula Dari Sumber Utama: Borneotoday.net
Mengapa pemimpin politik malaya inginkan negeri Sabah dibawah telunjuk mereka ?
Mengapa ramai pemimpin politik sabahan sanggup jadi tali barut ?


SABAHTODAYKOTA KINABALU: The Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government has been urged take charge and roll out various Covid-19 assistance programmes immediately, instead of waiting for Kuala Lumpur’s approval. According to Warisan Vice President Datuk Junz Wong, in a statement on Friday, GRS must be proactive and decisive as Sabahans are suffering. “Sabahans are suffering day […]
GRS URGED TO ROLL OUT FOOD ASSISTANCE WITHOUT BIAS, FAVOURITISM
OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyembah maklum dan menjunjung kasih perkenan Yang DiPertuan Agong dalam proklamasi Darurat di seluruh negara berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal (gambar) berkata, peruntukan memang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan untuk proklamasi Darurat itu diisytiharkan.
“Tetapi peruntukan tersebut perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ia mesti digunakan demi manfaat negara ini dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shafie berkata, motif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menasihatkan Agong untuk pelaksanaan Darurat lebih bersifat politik dan sebab-sebab yang dinyatakan juga tidak boleh diterima.
“Undang-undang sedia ada cukup untuk berdepan dengan pandemik Covid-19. Jika ada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya kecil semasa pandemik, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh berunding dengan pembangkang untuk mendapatkan dua pertiga majoriti.
“Jika ada keperluan mewujudkan perundangan bagi Covid-19, kerajaan sepatutnya berunding dengan pembangkang, bukannya mengisytiharkan Darurat.
“Semua pemimpin poilitik daripada kedua-dua pihak boleh bersetuju mengadakan gencatan agar pilihan raya tidak diadakan.
“Darurat perlu dihentikan agar demokrasi berparlimen dapat dikembalikan dalam masa terdekat melalui rundingan damai antara pemimpin politik bagi mengelakkan pilihan raya semasa pandemik Covid-19,” katanya.
Shafie menjelaskan, Darurat bukanlah pilihan tepat untuk mengawal penularan Covid-19 kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah ada dan dilaksanakan.
“Pelaksanaan Darurat yang boleh menyebabkan salah guna kuasa tidak sesuai dan keadaan semasa juga tidak memerlukan Darurat. Faktor utama pelaksanaan Darurat ialah wujud ancaman terhadap keselamatan negara, ekonomi, dan kehidupan awam.
“Pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP oleh Kerajaan PN sebelum ini membuktikan ancaman terhadap keselamatan negara sebenarnya tidak wujud,” tegas beliau.
Beberapa negara yang mengambil langkah kawalan seperti PKP di Malaysia telah terbukti berjaya mengawal Covid-19 seperti Hong Kong, Japan, New Zealand, Singapore, Korea Selatan, dan Germany, Norway serta Sepanyol di Eropah.
Lebih-lebih lagi, semasa Darurat, debat untuk mewujudkan polisi dan perundangan negara atau mana-mana negeri bukan lagi menjadi keutamaan Parlimen sehingga 1 Ogos 2021.
“Kuasa Darurat juga boleh menafikan hak dalam Perlembagaan setiap individu di negara ini,” katanya.
Beliau juga berkata, pengumuman Darurat turut memberitahu dunia bahawa Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang tidak stabil, justeru pelabur luar tidak berminat melabur menyebabkan ekonomi kita terjejas.
Sehubungan itu, Shafie mengingatkan bahawa komuniti perniagaan telah pun terjejas teruk akibat sekatan semasa pandemik, malah ramai yang telah kehilangan sumber mata pencarian manakala perniagaan seperti perhotelan terpaksa di tutup.
“Atas sebab itu saya menyeru agar kerajaan minoriti ini membetulkan keadaan dan lakukan perkara yang tepat. Kita mesti membina negara untuk semua, bukan untuk individu, parti politik, bangsa atau agama,” tegas beliau.
OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan berita tular di media sosial yang menyatakan Warisan menyertai Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan PN tidak tumbang.
Perkara ini dinafikan oleh Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman menerusi Facebooknya.

AZIS JAMMAN
Mohd Azis berkata, paparan berita itu tular sejak pagi tadi dan beliau ingin mengesahkan bahawa ia adalah fitnah dan satu berita yang tidak sahih.
Turut membuat penafian itu adalah Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua.
Beliau dipetik melalui portal FMT menyatakan Warisan tidak pernah terfikir menyertai kerajaan yang diterajui PN.
“Tidak benar, itu fitrnah kerana perkara ini tidak pernah dibincangkan, tidak pernah terfikir pun (sertai PN). Presiden (Mohd Shafie Apdal) seorang yang punya prinsip dan maruah.
“Saya tidak tahu kenapa mahu babitkan Warisan, sedangkan mereka (PN) sekarang ini kucar-kacir,” ujarnya.
PERTUBUHAN KELAB PENYOKONG PARTI WARISAN SABAH (KPPWS)
Form Description
* Required
KPPWS 2018
Nama *
No. Kad Pengenalan *
Tarikh Lahir *
Jantina *
Lelaki
Perempuan
Pengundi Berdaftar *
Ya
Tidak
Zon Mengundi *
Keturunan *
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Melayu
Cina
India
Lain-lain
No. Telefon *
E-mail *
Negeri *
Pendidikan Tertinggi *
PHD/MASTER
IJAZAH/DIPLOMA
SIJIL
SEKOLAH MENENGAH
LAIN-LAIN
Pekerjaan *
KERAJAAN
SWASTA
SENDIRI
PELAJAR
SURI RUMAH
TIADA
Bagaimana Anda Mengetahui Tentang Pertubuhan Kelab Ini? Melalui : *
Website
Facebook
WhatsApp
Rakan
Akuan Permohonan
Dengan mendaftar, saya mengaku akan patuh dan taat kepada segala dasar dan perlembagaan Pertubuhan Kelab serta akan menjaga nama baik dan prinsip Pertubuhan Kelab. Saya juga mengaku segala butiran yang diberikan di atas adalah benar. Jika didapati maklumat di atas adalah tidak benar, maka keahlian saya di dalam Pertubuhan Kelab dengan sendirinya akan terbatal. *
BENAR
Alhamdulillah, saya dan seluruh pimpinan dari Parti Warisan Sabah sudah mencapai kata sepakat untuk mengembangkan layar ke Semenanjung.
Langkah ini perlu kerana sudah tiba masanya pemimpin dari Sabah bukan hanya mengikut telunjuk Persekutuan, sebaliknya menjadi kata pemutus dalam soal menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Halatuju baharu parti ini juga adalah bagi menunaikan permintaan kira-kira 300,000 rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung.
Saya berada di Kuala Lumpur minggu lalu berjumpa dengan orang Sabah di sana, mereka cakap bela kami datuk, ramai orang Sabah bekerja di Semenanjung termasuk Johor.
Sudah tiba masanya kita kembangkan sayap ke Semenanjung. Sebagai parti yang berbilang agama dan bangsa serta memperjuangkan konsep Unity atau Perpaduan, Warisan sememangnya layak untuk mewakili setiap rakyat Malaysia bukan sahaja di Sabah tetapi juga Semenanjung.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, konsep Unity yang diperjuangkan turut mendapat sokongan rakyat dan pemimpin dari Semenanjung membolehkan Warisan menjadi parti tunggal terbesar di Sabah.
Sebelum ini, dua parti tempatan Sabah iaitu PBS dan UPKO juga pernah bertanding di Semenanjung. Sudah hampir 60 tahun Sabah dan rakan Borneo (Sarawak) menjadi penentu kepada sumber asas ekonomi negara, justeru, tiba masanya untuk Sabah bukan sahaja terlibat dalam rundingan, tetapi pemimpin dari Sabah juga perlu menjadi kata pemutus.
Di Semenanjung, terdapat lebih 300,000 rakyat Sabah yang bekerja di sana, mereka tentunya mahukan sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam proses pembangunan negara.
JO-ANNA RAMPAS

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah has reiterated that there is no co-operation between the party and Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) or Perikatan Nasional (PN) to ensure Muhyiddin Yasin remains as the Prime Minister.
Wirawati deputy Chief, Jo-Anna Sue Henley Rampas said there is no reason for Warisan to work together with PN or PPBM since the latter had caused a lot of difficulty for Warisan.
“Firstly, PPBM backtracked on its pledge not to set up its branch in Sabah and secondly, right after the collapse of the PH Government in February, it pressured Datuk Seri Panglima Haji Shafie Apdal and other party leaders incessantly to submit to PN.
“The grand finale was their devious and cowardly failed attempt to topple the Warisan-Plus Sabah Government last July,” Jo-Anna said in a statement on Sunday in response to questions on the current political developments.
“So if there is anyone who would be happy to see Muhyiddin have a taste of his own medicine, it will be Warisan-Plus. Hence, my advice to national PH leaders who never went through what Warisan did but is now suddenly accusing us of aligning with PN is – to better watch their mouth,” she added.
SHAFIE APDAL
Jo-anna said the exemplary commitment and dignity displayed by Warisan MPs under the leadership of Shafie in Parliament allowed them to settle several crucial issues relating to Sabah.
“Last Thursday, during the Committee Stage debate on the Supply Bill 2021 Warisan MPs voted for the motion tabled by Upko, because firstly, Warisan MPs are under moral obligation to vote on motions relating to Sabah and secondly, Upko is steadfast in preserving its existing co-operation with Warisan.
And during the policy level debate on the Supply Bill 2021, Warisan MPs delivered two crucial improvements to the Bill namely an increase of Covid-19 allocation by another RM50 million and a review of the Elaun Perumahan Wilayah (EPW) for Sabahan officials working for the Federal Government in Putrajaya, both of which were then included in the Bill.
So the question of Warisan MPs not doing their job for Sabah is grossly misleading and the question that Sabahans should ask instead is “what did GRS MPs contribute to Sabah in that Supply Bill?” she added.
Jo-Anna said that Warisan will continue its political co-operation with PH and other opposition parties but reiterated the need for a credible and principled Opposition Leader.
“Warisan believes that the key to winning the upcoming general election is firstly to unite all Malaysians irrespective of their race and religion and to come out with a clear definition of “Bangsa Malaysia”. Thereafter, to come out with a new deal on social and economic ownerships for these are the issues that cause us to be polarised in the first place.
“We still honour the political pact between Warisan and PH/Upko but our concern is the lack of credibility on the part of Opposition Leader, Anwar Ibrahim and his capability to deliver which may cause PH voters to finally feel disillusioned.
“Warisan cannot continue to allow itself to be used for someone else’s personal agendas that have no benefit at all to Sabah. As a matter of principle, it is only apt that the party makes its stand known now and not when the election is around the corner,” she added.
Advertisements
REPORT THIS AD
Share this:
WhatsAppTelegram
Related
PEMIMPIN PH PUSAT JANGAN CELUPAR TERHADAP PARTI WARISAN – JO-ANNA RAMPAS
In “Uncategorized”
TIBA MASA PEMIMPIN MUDA TAMPIL KUKUHKAN PEMBANGKANG
In “Uncategorized”
Parliament Observes A Minute’s Silence On Demise Of VK Liew
In “Uncategorized”
Published by SABAH TODAY
View all posts by SABAH TODAY
Uncategorized
0 thoughts on “WATCH YOUR MOUTH, PAKATAN HARAPAN LEADERS IN MALAYA TOLD”
Honorarium Writers 7th Dec 2020 — 4:55 am
Your comment is awaiting moderation.
Just link to my blog you’re next news
Like
REPLY
Leave a Reply
Enter your comment here…
Post navigation
PREVIOUS
TELEFILEM LOTUD PERTAMA, ‘SA’PON’ AKAN DIADAPTASI MENJADI SEBUAH FILEM
NEXT
RAKYAT SABAH DIKHIANATI DENGAN PERUNTUKAN BINA JALAN HANYA RM100
BLOG AT WORDPRESS.COM.
Create your website at WordPress.com
Get started
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.