Saya tidak lihat YAB Haji Hajiji Mohd Nor berkomitmentasi sepanjang menjadi KETUA MENTERI SABAH – Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

Mantan CM Sabah

Wacana 5 Dis, 2021 Ahad

Apa yang lebih mengusarkan kita bahawa Wilayah sabah ini kaya dengan sumber alamnya, hasil buminya bermula dari dasar laut hingga ke hutan belantara akan tetapi dalam pentadbiran hari ini tidak kelihatan ianya memberi manfaat kepada rakyat malaysia khususnya di Sabah.

Amat mengecewakan kita, pemimpin sedia ada di Sabah terutamanya generasi kepimpinan GRS lebih mengutamakan persekutuan berbanding rakyat sabah. Sebagai contoh pembentangan bajet 2022, jelas kita lihat Sabah seperti di anak-tirikan oleh persekutuan Malaysia, angkah 5 billion yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan amat tidak masuk akal. Anda sebagai pemimpin harus lebih mengutamakan rakyat bukannya golongan berkepentingan, “saya amat gembira dengan bajet yang diumumkan” sepatutnya intonasi respon dan refleksi dari YAB bukan begitu, anda dinaikkan sebagai pemimpin walaupun asasnya dipihak umno lebih layak duduki kerana mengkepalahi carta prn16 lalu, budibicara rakyat hanya berdiam diri kerana rakyat berfikir anda bijak ternyata apa yang rakyat nampak anda sekadar boneka.

Sabah adalah rakan kongsi persekutuan nilai tambah untuk pembangunan negeri ini tidak cukup dengan angka yang diberikan oleh Kementerian Kewangan atau kerajaan persekutuan Malaysia. Teramat memalukan pihak yang mengaut keuntungan daripada hasil minyaknya negeri ini tetapi memberikan pulangan atau royalty minyak sama seperti negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia, sungguh tidak nampak keadilan dan teramat-amatlah teruk sekali sepanjang sejarah serta pengetahuan kita selama mengikuti perkembangan dunia politik dan aturcara dalam pentadbiran negara ini.

Wacana: Ketua Cawangan Pekan Baharu Sukau

WARISAN akan melancarkan bahagian Semenanjung pada 17 Disember, wakil Selangor akan menyertai parti

https://www.thethirdforce.net/warisan-to-launch-peninsula-chapter-on-17th-december-selangor-rep-to-join-party/

BUAT SAMPAI JADI !

As an exemplary young leader

Youth Voice

WIRAWATI: Parti Warisan Sabah

Jo Anna Henley

FALSAFAH ATAU FALSAMPAH MUNGKIN JUGALAH..???🤔

As an exemplary young leader

Pendekatan pentadbiran itu mengajak seluru rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk bersama-sama berganding bahu, membawa negara keluar dari krisis ekonomi dan pandemik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews #KeluargaMalaysia

WIRAWATI: TUNGGAK UTAMA & TIANG SERI WILAYAH SABAH

YB Cik Isnaraissah Munirah – Ahli Parlimen Kota Belud merangkap Ketua Wirawati Sabah
YBhg Puan Jo Ann Henley Rampas – Timbalan Ketua Wirawati Sabah
YBhg Cik Sabrina Yahya – Naib Ketua Wirawati Sabah

Dia bukan dungu tapi tak tahu sejarah🕰️⏳⌛:- 😬

Bila Orang Bodoh Bercakap, Nampak Sangat Bodohnya Bila Tidak Faham Sejarah

AZIS JAMMAN BONGKAR ‘KELANCANGAN’ MALAYA

Datuk Mohd Azis Jamman – Ahli Parlimen Sepanggar Sabah

PH Sabah sedia jalin kerjasama dwi partisan dengan kerajaan negeri

a close up of a flag: PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri.

© Provided by Free Malaysia Today

PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri.

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah berpendapat, semangat dwi partisan seperti dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan kepada kerajaan negeri ini.

Dalam kenyataan bersama, gabungan itu berkata pelaksanaan kerjasama itu membolehkan semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang fokus bagi memulih serta membangunkan semula Sabah.

“Sehingga kini, kerajaan negeri belum lagi secara jelas tampil dengan strategi bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi di Sabah.

“Ianya bukan lagi soal politik, tetapi kepentingan umum rakyat Sabah. Semua tenaga dan sumber yang ada sepatutnya digunakan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula kesan krisis akibat pandemik Covid-19 ini.

“PH Sabah selaku gabungan parti yang berorientasikan polisi berpendapat semangat dwi partisan seperti mana dimulakan di peringkat kerajaan persekutuan boleh dipanjangkan di peringkat kerajaan negeri supaya fokus boleh disatukan ke arah pemulihan dan pembangunan semula Sabah ketika ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah Poon Ming Fung, Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, PH Sabah percaya kestabilan politik di negeri itu akan tergugat jika perkara seperti di Semenanjung menular ke dalam kerajaan negeri.

Mereka berpendapat, aktiviti berpolitik berterusan ketika krisis sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang hanya akan membantutkan apa yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

Strategi pembangunan semula Sabah

Katanya, satu jawatankuasa khas untuk memperinci dan mengemukakan strategi pembangunan semula Sabah kepada kerajaan negeri telah ditubuhkan PH Sabah.

Jawatankuasa itu akan turut mencadangkan kerjasama rentas politik bagi memfokus kepada pelaksanaan strategi memulih serta membangunkan semula negeri berkenaan.

“Majlis Pimpinan PH Sabah telah bermesyuarat malam tadi untuk membincangkan isu rakyat terkait kesan pandemik Covid-19 dan perkembangan isu politik semasa.

“PH Sabah mengalu-alukan usaha program vaksinasi rakyat Sabah ke arah mewujudkan imuniti kelompok. Bagaimanapun, PH Sabah berpendapat program vaksinasi hanya merupakan salah satu daripada strategi pemulihan.

“Kerajaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada program vaksinasi tanpa mencetus kesegeraan merangka dan melaksanakan strategi pembangunan semula yang seterusnya,” kata mereka.

Menurut kenyataan itu, strategi pemulihan kesihatan awam disusuli pembangunan semula ekonomi dan infrastruktur di Sabah harus dirangka dan dilaksanakan segera.

“Kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan lebih pragmatik dan transparen berkenaan program pemulihan dan pembangunan semula kerana pandemik Covid-19 telah mewujudkan satu krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia kini menjadi kepentingan umum rakyat Sabah yang menagih perkhidmatan terbaik daripada kerajaan,” katanya.Microsoft and partners may be compensated if you purchase something through recommended links in this article.

BANTUAN TUNAI BRIM BUJANG, PENGELUARAN KWSP YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN RAKYAT.. BELAJAR DARI JOKOWI BANGUNKAN MINDA RAKYAT INDONESIA

October 31, 2021 8:28 am

Rata rata yang aku baca diruang komen kemarahan rakyat ada dua faktor utama, Pengeluaran KWSP 10K One Off..

Dan BKM(BRIM) Bujang.. Inilah yang telah merosakkan pemikrian rakyat selama ini.. yang mereka tahu, berapa Tunai yang mereka boleh dapat tahun ni… Yang lain tu, Lantak lah..

Semalam semasa tonton temubual di Awani selepas Solat Jumaat.. Tiba tiba ke udara ucapan pembukaan Menteri Kewangan(Bankers) dengan mumulakan ucapan dengan Bantuan BKM sebanyak RM 2 ribu bagi keluarga yang mempunyai 3 ahli keluarga..

Hammer Of Thor Lepas pengumuman tu aku dah tak layan Pembentangan Belanjawan.. Bagi aku sampah..Sudah lah point Belanjawan tak tertatur.. Tak pernah dalam sejarah Belanjawan, Pengumuman bantuan Tunai, samada BRIM,BSH hatta BPM diumumkan pada awal pembukaan ucapan Belanjawan.. Yang Penting ada unjuran hasil.. Apa maknanya ?

Mereka cuba membeli jiwa orang Melayu dengan Bantuan Tunai.. Inilah yang merosakkan pemikiran orang Melayu.. Mereka tidak mahu tahu apakah negara punya Pendapatan, Apakah ada peluang pekerjaan dan Perniagaan.. hatta Gaji Minimum.. Yang mereka tahu, Boleh tak dapatkan tunai secepat mungkin hatta itu duit simpanan mereka dihari tua.. Inilah cara Najib dulu Merosakkan Pemikiran Melayu..Melayu tidak kisah lagi harga minyak masak mahal..Harga ayam, ikan dan Sayur melonjak.. begitu juga harga makanan.. Depa tak peduli Harga rumah sewa yang tinggi… Sedangkan Rakyat kerugian beribu ringgit dari bentuk Inflasi dari dari kenaikan Kos sara Hidup.

Duo Depa tak peduli dulu harga Ayam RM 5, hari ni RM 9.. Depa tak peduli dulu minyak masak RM 16 kini Rm 30.. Depa tak kisah pun , Dulu Nasi Ayam RM 5 sekarang RM 8.. Semua kerugian itu tak bawa makna pada depa.. Hatta seumur hidup terpaksa menyewa rumah Kerana harga rumah mahal.. Dulu sewa RM 300, Kini Terpaksa menyewa Paling kurang RM 600 Sebulan.. Biar lah rugi Kedai terpaksa ditutup..Hilang Kuasa Beli..janji ada 2 ribu bantuan tahun ini.. biarlah gaji basic kekal rendah.. tak penting gaji minima.. mampus pi dasar perumahan Rakyat..Janji berapa tunai yg kerajaan nak bagi..Berapa puluh ribu duit KWSP aku boleh Keluar.. Tapi itulah Gambaran Kerosakan minda terutama Masyarakat Melayu dibuat Najib dan UMNO..

PROMOTED CONTENT Diabetes hilang selama-lamanya! Lakukan ini sebelum tidur Insulux Mahu Seks selama 3 pusingan? Ambil pil ini sebelum bermula! Bulldozer Pantas! Bosan dengan botak? Rambut tumbuh dalam 7 hari! Membaca VitaHair Duo

Politik Nilai takda makna pada mereka.. Ia Mengingatkan aku temu bual wartawan pada Jokowi dan Ucapannya..Jokowi dalam Ucapan mengatakan bila ditanya, Kenapa perlu bangunkan Lebuh raya..Jambatan, Airport, Bandar Sukan di Wilayah Provinsi termundur di papua yg rata rata seperti orang Asli.. Apa Jawab Jokowi.. Itulah yang jadi persoalan bila orang bertanya.. Ia sama seperti soalan, Mana dulu..Telur atau Ayam.. Apakah mahu kita tunggu ekonomi itu membangun baru buat Infrastruktur ? Dah inilah Lambang keadilan Sosial.. Disoal wartawan pada Jokowi…Kenapa tidak beri saja Bantuan tunai, Mudah.. sebab disana mundur rakyat miskin.. Apa Jawab Jokowi ? Infrastruktur seperti Lebuhraya, jambatan akan membuatkan mereka akan lebih kaya, Hasil tanaman, Kraf mereka boleh dijual..Barang yang sampai akan lebih murah.. Ini cara membangunkan sebuah Masyarakat.. Apa yg disebut Jokowi, Mengingat kan aku kepada Ucapan Tun Mahathir di parlimen.. bagaimana Petani..orang kampung tidak harus dibantu dengan tunai..Tetapi tubuh koperasi, Susun masyarakat dengan Pelbagai sumber kekayaan baru… Tapi dapat dekat orang Melayu.. depa kata Tun mahu dera orang melayu.. Ini lah corak pemikiran Melayu..hatta penyokong PH.. Depa sendiri tak faham.. Yang depa tahu..Sumbat rakyat dengan Tunai.. Bagi itu bagi ini… Ini bukan caranya nak bangunkan sesebuah Masyarakat.. tahu atau tak.. Rm 8 Billion setahun bayar BRIM.. Sedangkan nilai RM 8 Billion tu bersamaan kerajaan memberikan 800 ribu rumah bernilai RM 100 ribu secara Percuma.. Rakyat tak perlu lagi menyewa Tinggi atau dibebankan dengan Hutang.. Apa nilai ang kita dapat ? Lebihan tunai yang jadi kuasa beli setiap Bulan.. Tapi Biasalah.. Sukarnya mengubah Minda Masyarakat.. bila ada kalangan Pemimpin sendiri gagal Memahami Ekonomi dan. Keperluan Sebenar Rakyat.. Di Malaysia, Kita masih menjadikan Politik Populis selain sentimen Agama dan Kaum sebagai cara membeli hati hari rakyat.. Bila kita nak maju..Malu aku pada Indonesia.. Ipohmali PROMOTED CONTENT Orang yang mengalami sakit lutut dan pinggul mesti membaca ini! FLEXOPTIMA Seks berlanjutan lebih dari 3 jam tanpa viagra! Tuliskan resipi HAMMER OF THOR Pantas! Bosan dengan botak? Rambut tumbuh dalam 7 hari! Membaca VITAHAIR DUO Pemulihan penglihatan 100% boleh dilakukan tanpa penggunaan laser CRYSTALIX Mahu Seks selama 3 pusingan? Ambil pil ini sebelum bermula! BULLDOZER Perut gemuk anda akan rata dalam seminggu. Cuba ini! GARCINIA PLUS Tekanan darah akan normal dalam 20 menit dan selamanya! NORMALIFE This Video May Soon Be Banned. Watch Before It’s Deleted QUANTUM CODE Diabetes hilang selama-lamanya! Lakukan ini sebelum tidur INSULUX Sekiranya anda menjumpai papilloma seperti ini, berhati-hatilah! MAX DETOX Seks selama 2 jam, bukannya 3 minit! Baca di sini! HAMMER OF THOR Ini akan menyembuhkan lutut dan sendi anda dalam 2 hari ARTROPANT Seks akan berlangsung 2.5 jam; lakukan ini sebelum tidur! HAMMER OF THOR Ini akan menyembuhkan lutut dan sendi anda dalam 5 hari ARTROPANT Kesakitan pada sendi anda akan hilang selamanya FLEXOPTIMA PROMOTED CONTENT Pantas! Bosan dengan botak? Rambut tumbuh dalam 7 hari! Membaca VitaHair Duo Perut gemuk anda akan rata dalam seminggu. Cuba ini! Garcinia Plus Diabetes hilang selama-lamanya! Lakukan ini sebelum tidur Insulux Sekiranya anda menjumpai papilloma seperti ini, berhati-hatilah! Max Detox Wanita berusia 64 tahun dengan wajah bayi! Lakukan sebelum tidur Lycium Serum Tekanan darah akan normal dalam 20 menit dan selamanya! Normalife Popular Gempar!!! Produk syarikat penapis air terkenal Korea Selatan dirampas Perasan dirinya hebat, ‘selamber’ je peguam wanita ini londehkan Najib Panas!!! [VIDEO] Berang diasak isu ‘Timah’, ustaz Pas tergamak berbohong dalam masjid Eksklusif!!! Bekas perisik Saudi dakwa Putera Salman terlibat membunuh Raja Abdullah Selepas pulang dari Singapura, Najib bakal berdepan satu lagi kes mahkamah Terkini [VIDEO] Pegawai Najib londeh habis perangai Azmin dan Zuraida Panas!!! Rafizi dakwa Anwar bodoh dipermainkan Mat Sabu dan Adly Gempar!!! Tular di media sosial jualan baju kalis saka, santau dan sihir Rogol dan bunuh adik ipar, buruh 30 tahun ditahan polis Henti salahkan Rauf – Najib PROMOTED CONTENT Perut gemuk anda akan rata dalam seminggu. Cuba ini! Garcinia Plus This Video May Soon Be Banned. Watch Before It’s Deleted Quantum Code Pantas! Bosan dengan botak? Rambut tumbuh dalam 7 hari! Membaca VitaHair Duo Diabetes hilang selama-lamanya! Lakukan ini sebelum tidur Insulux © 2020 negaramerdeka.com. All rights reserved. 18 Shares ” https://negaramerdeka.com/ini-bajet-sampah-pemuda-luah-kemarahan-selepas-bajet-2022-terus-berkiblatkan-najib/#:~:text=Ini%20%E2%80%98bajet%20sampah,Shares

Datuk Dr. Yusof Yacob ‘Crack’ Sabitan Kes SPRM Cuba Pengaruh ADUN- ADUN Warisan dengan Wang

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof Yacob telah mengguna wang untuk menyogok dan mempengaruhi wakil-wakil rakyat lain untuk berpaling tadah bersamanya.

“Kami dimaklumkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan, beliau (Dr. Yusof) turut mempengaruhi mereka untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”

“Parti Warisan tidak pernah berkompromi dan menentang sekeras-kerasnya budaya lompat
parti dengan cara penyogokan wang dan pangkat sama ada di peringkat negeri atau Pusat,” kata Shafie dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Berkenaan alasan yang diguna untuk Dr. Yusof berpaling tadah, Shafie berkata Dr. Yusof tidak wajar mengguna alasan sedemikian kerana telah diberi peluang dan ruang secukupnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Yusof tidak wajar menggunakan alasan keputusan ini dibuat demi meneruskan
khidmat kepada Rakyat setempat.”

“Ini adalah kerana beliau sendiri sebelum ini telah diberi jawatan penting dalam Kabinet negeri iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi.”

“Malah, kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Parti telah membolehkan beliau menyertai perbincangan dan mesyuarat penting termasuk Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan juga Mesyuarat Pasca Majlis Raja-Raja bersama dengan Menteri Besar, sama ada mengiringi atau mewakili Presiden parti.”

Dalam pada itu, Shafie meminta semua ahli dan penyokong serta kepimpinan di semua Bahagian supaya bertenang dan kekal setia dengan perjuangan asal Warisan, iaitu menentang kleptokrasi, mengembalikan hak rakyat Sabah dan memperjuangkan kesaksamaan merentasi perbezaan kaum, bangsa atau agama, selaras dengan matlamat Warisan sebagai parti yang membawa suara dan mewakili pelbagai bangsa.

Sumber inisabahbah.com

MALAYSIA UBAH !

Oleh Penulis Bebas & Ensiklopedia bebas Malaysia

MALAYSIA UBAH
WARISAN MALAYSIA
http://www.rasuahbusters.com

DATUK MOHAMADDIN KETAPI- From Nothing to Having a position to no credibility

Oleh Penulis Bebas & Ensiklopedia bebas | Ahad 31 October 2021 Jam 6.08 Petang

Saya pasti, jauh dilubuk hati Mohamadin Ketapi, beliau amat bersyukur kerana terlibat dalam perjuangan Parti Warisan di kala nadi politik beliau seakan sudah mati dengan akaun bank yg kempis.

Beliau menyertai PBS sejak 1985 dan menjadi ADUN Lahad Datu (sekarang Silam) dan diangkat menjadi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas menang PRN 1986.

Pada PRU 1990, Mohamaddin tewas DUN dan MP kepada calon USNO. Selepas itu nama Mohamdin semakin dilupakan sehingga kemunculan Warisan pada 2016.

Beliau diberi kepercayaan oleh Presiden Warisan DSSA untuk menjadi Ketua Bahagian Penaja Warisan Lahad Datu.

Sebelum memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada 2018, Mohamadin telah menjalani pembedahan jantung 6 bulan sebelum PRU14.

Dia diberi kepercayaan utk memegang portfolio Menteri MOTAC dalam barisan kabinet Tun M atas rekomendasi DSSA. Wlupun Mohamadin menjadi laughing stock (bahan ketawa) selama memegang jawatan tersebut, dia terus dipertahankan oleh pejuang-pejuang Warisan dan DSSA sendiri.

Beliau turut dianugerahkan PGDK yang membawa gelaran Datuk, satu anugerah yang tidak pernah beliau kecapi sepanjang pembabitan beliau dalam arena politik.

Pada pemilihan parti 2019, Mohamadin dipilih menjadi Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu dan seterusnya diangkat sebagai AMT Lantikan.

Mohamadin diberi kepercayaan menjadi calon Warisan di DUN Segama walaupun ramai mempertikaikan pemilihan beliau kerana adik DSSA, Dtk Yusof Apdal merupakan calon yang lebih popular dari Mohamadin.

Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Warisan yang bertanding kerusi MP dan DUN selain Presiden dan Timbalan Presiden.

Terpalit dengan kes rasuah semasa beliau di MOTAC, Mohamadin masih diberi kepercayaan walaupun sudah ada ura-ura bahawa beliau antara MP Warisan yang sedang berunding untuk keluar dan menyokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa PRN16 (Sabah), ramai pejuang Warisan mahupun rakyat Malaysia amat marahkan beliau dan tidak menyukai cara Mohamadin melontarkan pandangan berbaur negatif dengan statement kontroversi seakan menghina askar negara yang terkorban di Tanduo.

Akibatnya, calon-calon Warisan Plus hanya mampu meraih 10 – 13% undi anggota keselamatan berbanding 17 – 57% pada PRU14.

Angkara kenyataan yang tidak panjang akal tersebut, Warisan melalui Calon Amanah, tewas di DUN Tanjung Keramat (hampir 3 ribu pengundi ATM), Karambunai (lebih 2 ribu pengundi Navy) dan menang tipis di Kukusan (hampir 1.8 ribu pengundi adalah ATM) yang merupakan pejuang dan pahlawan negara kita.

Selepas PRN16, Mohamadin dilaporkan antara Wakil Rakyat Warisan yang paling jarang turun padang dan menjadi teramat sunyi.

Disebalik semua itu, Mohamadin tetap disayangi oleh DSSA walaupun dari awal 2 bulan lepas, khabar angin Mohamadin akan keluar Warisan semakin kuat kedengaran.

Sama ada beliau terpaksa atau sukarela meninggalkan perjuangan dalam Warisan serta mengadai prinsip beliau, Mohamadin tetap akan menjadi petualang kepada pejuang-pejuang yang setia kepada parti ini.

Apa yang pasti, budi DSSA cukup banyak kepada beliau tapi dibalas dengan pembelotan. Sebab itu, sebaiknya, Mohamadin lupakanlah politik kerana beliau sudah miliki terlalu banyak pada usia 61 tahun melalui Warisan.

Siap sedialah kerana beliau harus ditumbangkan dari landskap politik negara, pemimpin begini yang tidak punya berkredibiliti harus tunduk dengan kuasa rakyat.

Sesuai sangatlah beliau keluar daripada WARISAN kerana banyak sangat kenyataan beliau telah merosakkan kredibiliti Parti Warisan Sabah yang sememangnya ikhlas memperjuangkan hak Rakyat Malaysia di Sabah dan tidak menghormati keluarga mangsa korban Covid-19
Mohamaddin – Isu Dan Kontroversi

Gambar & Maklumat Ehsan: Dari Sumber Berita Astro Awani News, Wikipedia-ensiklopedia bebas, Facebook & Whatsapp

Wikipedia Mohamaddin Ketapi
Ahli politik Malaysia

I’m using my opinion to Judge on u

KUSUNG KUBIT

Boleh Kerjasama Antara Parti Tapi Beli Orang, Beri Ganjaran Adalah Tidak Sihat – Shafie

Oktober 27, 2021

oleh Firdaus Amran


Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal bercakap pada sidang media untuk pengundi muda yang berumur 18 tahun supaya boleh mengundi di PRU-15 nanti di Anjung Melayu Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu beliau telah menghadiri satu mesyuarat atas jemputan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Sumber: MGNews

KENYATAAN MEDIA: PARTI WARISAN SABAH

Wardina dedah disebalik penahanan pemilik Rumah Bonda, didakwa sejumlah wang besar dijumpai dipercayai milik ahli politik

https://beritaperak.com/wardina-dedah-disebalik-penahanan-pemilik-rumah-bonda-didakwa-sejumlah-wang-besar-dijumpai-dipercayai-milik-ahli-politik/

PARTI WARISAN (WARISAN) DENIES WORK TOGETHER WITH PERIKATAN NASIONAL (PN

Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik

10 Jul 2021

MOHD RIDZUAN ABU HASSAN SHAH ALAM – Pakar perlembagaan berpandangan terdapat dua cara boleh dilakukan ketika ini berhubung pelantikan perdana menteri baharu susulan keputusan UMNO menarik sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, cara pertama ialah Muhyiddin meletak jawatan sekiranya merasakan perlu berbuat demikian dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. “Cara kedua, ahli Parlimen mengemukakan perakuan berkanun (SD) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan kepercayaan kepada seseorang yang lain untuk menjadi perdana menteri. “Oleh kerana pelantikan Muhyiddin dahulu berdasarkan kepercayaan majoriti dan dibuktikan melalui dokumen undang-undang iaitu SD, maka untuk menyatakan sebaliknya ketika ini, ia perlu dilakukan semula. “Sebab syarat untuk menjadi perdana menteri interim, ia tidak ada peruntukkan khusus dalam perlembagaan.

Apabila mahu melantik perdana menteri, seseorang itu hendaklah juga pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kepercayaan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Ujar beliau, peristiwa kerajaan tumbang ketika pelaksanaan darurat masih berkuat kuasa boleh berlaku kerana tiada pengecualian dalam Ordinan Darurat mengenai boleh hilangnya kepercayaan majoriti kepada ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya, kuasa Yang di-Pertuan Agong menentukan siapa yang bakal mentadbir kerajaan. “Kita perlu lihat keadaan sama ada perdana menteri sudah sebenarnya hilang kepercayaan majoriti dahulu. “Justeru, Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini, pada saya tidaklah perlu mengambil tindakan sehinggalah isu politik itu dapat diselesaikan oleh orang politik sendiri. “Jadi dalam menentukan siapa yang akan mentadbir kerajaan dan sebagainya ini, perlulah ditunggu dokumen sah atau yang bersifat perundangan atau diiktiraf dalam perundangan yang menyatakan bahawa perdana menteri ketika ini sudah hilang kepercayaan majoriti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu Perdana Menteri interim, Anwar calon terbaik

Sumber: Sinar Harian

Kami pun berhak dapat jawatan TPM – Jeffrey Kitingan

December 2, 2020 KUALA LUMPUR: [Ulang Siar: 26 Jumaat 2021]

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga berhak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kini menjadi tuntutan UMNO memandangkan gabungan politik itu adalag antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, beliau tidak menolak sekiranya ditawarkan jawatan itu atau kepada parti lain dalam gabungan itu tetapi beliau masih belum memutuskan parti mana yang sesuai memainkan peranan berkenaan.

“Memang kita (parti) pun berhak menerima jawatan timbalan perdana menteri. Saya merasakan tiada halangan jika jawatan ini diberikan kepada saya atau parti lain sekiranya ia mampu mengukuhkan lagi kekuatan dalam kerajaan selagi tidak menjejaskan kedudukan mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam

Sumbangan diperlukan sebagai pemangkin berita atau blog lebih menarik dan  tular

Pemangkin Kelangsungan Media nonprofits 

PN HAMPIR RUNTUH, GRS KIAN TERSEPIT

Pergolakan politik pusat di antara UMNO dan PPBM secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kerajaan GRS Sabah, kelihatannya ibarat retak menanti belah. Terdahulu, 143 bahagian dari 191 bahagian UMNO mengusulkan menolak kerjasama dengan PBBM pimpinan Muhyiddin pada PRU15. Hubungan antara UMNO dan PPBM dilihat seolah-olah tidak lagi dapat mencari kesepakatan. Akibat dari keputusan Muhyiddin […]

PN HAMPIR RUNTUH, GRS KIAN TERSEPIT

SELEPAS ZAHID KANTOI GAGAL DAPAT SOKONGAN KOMPONEN BN ADAKAN SESI SIDANG PARLIMEN PEGAWAI MEDIA BN PULA DIGANTUNG TUGAS

By Sabah News – March 7, 2021 | Terbit Semula March 9, 2021 By Borneo Blognews

KUALA LUMPUR – Tindakan UMNO menggantung tugas Ketua Pegawai Media Barisan Nasional (BN) kononnya selepas tersilap menyiarkan kenyataan Dato’ Seri Zahid Hamidi dipertikaikan.

Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dalam satu kenyataan media (kelmarin) berkata berlaku kekeliruan terhadap kenyataan media Pengerusi BN berikutan kekhilafan seorang pegawai di Sekretariat BN

“MERUJUK KEPADA KENYATAAN MEDIA OLEH PENGERUSI BN BERTARIKH 4 MAC 2021, AHMAD ZAHID MEMAKLUMKAN ADA SEDIKIT KEKELIRUAN TERHADAP KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ATAS KEKHILAFAN PEGAWAI DI SEKRETARIAT BARISAN NASIONAL.”

Sehubungan dengan itu Ketua Pegawai Media Barisan Nasional (BN) digantung sebulan berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung kekhilafan kenyataan media Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  mengenai persidangan Parlimen.

SURAT KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI ZAHID DAN DATO’ SRI ANWAR IBRAHIM HAMPIR SAMA (MERUJUK KEPADA KOTAK PERSEGI BERWARNA BIRU)…

Sebelum itu Pengerusi BN, Zahid Hamidi merayu agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.

Zahid turut mengesyorkan ahli Dewan Rakyatnya supaya menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah baginda supaya sidang Parlimen diadakan segera, lebih-lebih lagi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

Dalam pada itu TIGA (3) komponen Barisan Nasional menempelak kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera.

MIC, MCA dan PBRS dalam satu kenyataan berasingan mengesahkan dakwaan bahawa Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran , Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup mengesahkan Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO…(Foto ihsan BH Online,The Star, U Borneo Online)

“BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH MENYOKONG SEBARANG KEPUTUSAN UNTUK MERAYU YANG DI-PERTUAN AGONG MENITAHKAN PARLIMEN BERSIDANG DENGAN KADAR SEGERA.”

Sebelum itu Zahid turut dikecam oleh sebilangan besar pimpinan dan ahli UMNO apabila surat kenyataan media meminta agar Dewan Rakyat segera bersidang sama dengan kenyataan akhbar Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Vaksinasi Covid-19

RETAK AKHIRNYA TERBELAH

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY


KOTA KINABALU: Hubungan umpama ‘retak menanti belah’ antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada mampu bertahan atau tidak akan ditentukan petang ini.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat petang ini bagi membincangkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Februari lalu yang menolak kerjasama dengan Bersatu jika Parlimen dibubarkan.

Sebarang keputusan dalam mesyuarat berkenaan juga dijangka bakal memberi gambaran sama ada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan atau tidak.

Semalam, Biro Politik Bersatu telah bermesyuarat bersama Muhyiddin mengenai keengganan UMNO untuk meneruskan kerjasama.

Pendirian rasmi UMNO itu dibuat dalam surat kepada Muhyiddin melalui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hasil mesyuarat di Janda Baik pada 26 Februari lalu.

Hakikatnya, Muhyiddin kini memerintah hanya disebabkan proklamasi Darurat yang sedang berjalan kerana beliau sepatutnya telah hilang majoriti.

Dua Ahli Parimen UMNO iaitu, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebeluk ini telah pun mengumumkan menarik sokonga terhadap Muhyiddin.

Justeru, mesyuarat Bersatu petang ini dijangka turut memberi gambaran mengenai kesan kepada kerajaan Muhyiddin selepas ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menumbangkan Muhyiddin.

Sokongan berkenaan dijangka diperoleh daripada beberapa pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah.


This free site is ad-supported. Learn more


SABAH TODAY | 4 Mac 2021 at 1:19 pm | Categories: Uncategorized | URL: https://wp.me/pctPuI-hSCommentSee all commentsLike

Unsubscribe to no longer receive posts from SABAH TODAY.
Change your email settings at Manage Subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://thesabahtoday.news.blog/2021/03/04/nasib-kerjasama-umno-bersatu-ditentukan-petang-ini/Thanks for flying with  WordPress.com

TAMPILKANLAH LEBIH RAMAI ANAK MUDA SEBAGAI CALON PILIHANRAYA AKAN DATANG

1hb Mac 2021, Isnin

The Pages Press

Respon tentang wakil rakyat yang ‘pecah amanah’ setelah diamanahkan oleh rakyat

Muhyiddin Masih Gagal Dapat Majoriti Dengan Sokongan 2 Lagi MP

1hb Mac 2021, Isnin

Ahli Parlimen Sarawak dan Sabah beralih- arah tolak kepimpinan Muhyiddin

Dari

PKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua ahli parlimen daripada parti itu beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya berusaha untuk mengekalkan kerajaan PN.

“Walaupun dengan pengkhianatan dua ahli parlimen hari ini, Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti ahli-ahli Parlimen sudah tidak lagi bersama beliau.

“Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dia berkata demikian selepas petang tadi Muhyiddin mengumumkan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Anggota Parlimen Julau Larry Sng memberikan akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.

Ini sekali gus mengesahkan desas-desus dua anggota parlimen PKR itu meninggalkan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Dengan sokongan Choong dan Sng, jumlah wakil rakyat pembangkang (PH) di parlimen kini berkurang kepada 89 orang.

Ini tidak termasuk parti Warisan dan Upko mempunyai sembilan wakil rakyat dan Pejuang empat orang tidak menyokong Muhyiddin.

Manakala, dua wakil rakyat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua ahli parlimen Bebas (Mazlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) turut bertindak menolak kerajaan PN.

Bagaimanapun, jumlah sokongan kepada Muhyiddin masih tidak jelas walaupun kerajaan PN berjaya meluluskan Bajet 2021 pada Disember dengan sokongan 111 ahli parlimen.

Ini kerana, tiga anggota Dewan Rakyat Umno masing-masing Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas) mengumumkan secara rasmi tidak menyokong Muhyiddin.

Difahamkan juga, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) didakwa sebagai ‘tidak mesra’ terhadap Muhyiddin walaupun masih tidak menyatakan pendiriannya secara rasmi.

Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota selepas kematian dua ahli parlimen, Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan pemimpin Umno Hasbullah Osman (Gerik).

Sementara itu, PKR telah memecat Choong dan Sng serta-merta dalam mesyuarat bulanan majlis pimpinan pusat hari ini.

“Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan hari ini untuk memecat Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota PKR dengan serta-merta.YOU MAY LIKE

“PKR juga memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua ahli parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti hari ini.

“Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket PKR tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti,” kata Saifuddin.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengecam tindakan dua ahli parlimen PKR sokong Muhyiddin dan juga langkah PKR menerima tiga Adun Amanah dari Johor menyertai parti tersebut.

Sebelum ini, PKR juga telah merekrut dua Adun Amanah dari Selangor.

“Melompat parti adalah sangat tidak diterima bagi mana-mana sistem demokrasi di mana ia mampu tidak stabilkan mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan lemah seperti PN.

“Saya telah mengatakan ini berkali-kali dan saya akan mengatakannya sekali lagi. Melompat parti mesti dihentikan dan dilarang.

“Mana-mana kerajaan hari ini yang mencadangkan ini melalui pindaan perlembagaan di parlimen pasti akan mendapat undi saya,” katanya.

Berkenaan dengan tindakan Sng dan Choong, Ramkarpal berkata bahawa alasan yang mereka berikan mengenai bantuan dana untuk kawasan mereka sangat melucukan.

“Saya berkata demikian kerana hanya segelintir dalam Pakatan Harapan menjangka menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Dengan kata lain, wakil-wakil ini mengharapkan kemungkinan sebenarnya berada di pembangkang setelah PRU ke-14 tanpa dana kerajaan untuk kawasan masing-masing, termasuk saya.

“Tidak pernah timbul isu dana untuk kawasan parlimen itu tetapi lebih kepada tujuan mewujudkan Malaysia yang lebih baik. Malaysia yang bebas dari rasuah, Malaysia yang bebas dari politik perlindungan, Malaysia yang bebas dari kleptokrat, antara lain, ” katanya.

Sumber Utama: PuteraDaily

KENYATAAN MEDIA| Orang Kuat Warisan Kudat & Tungku Menafikan Dakwaan Portal Sabahkini2

27 Februari 2021

Saya menafikan sekeras-kerasnya usaha menyeret nama saya ADUN N.60 Tunggu kononnya saya menyokong GRS..

Assaffal Panglima Alian

Menurut orang kuat warisan itu;

” kita tidak perlukan politik provokasi pecah dan perintah lapuk yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa demi kepentingan peribadi”

Terdahulu daripada kenyataan Assaffal, seorang lagi orang kuat warisan kudat Ben Chong turut menyatakan penafiannya tentang gimik pihak yang ketandusan idea bagi memecahbelahkan perpaduan kalangan masyarakat khususnya penyokong parti itu disini.

” Profil saya dalam gambar adalah berniat jahat oleh pihak tidak bertanggungjawab”

Katak  lompat parti tiada dalam kamus kehidupan perjuangan politik saya sejak dari awal berjuang untuk rakyat dan PWS.

Ben Chong

Mereka yang meletakkan gambar saya dalam post sabahkini 2 sebagai ketandusan isu dan mengelirukan rakyat Sabah.

Perkara ini saya nafikan sekeras-kerasnya. Gambar tersebut digunakan oleh pihak lawan yang sengaja ingin menimbulkan persepsi negatif. Tindakan sabahkini 2 mungkin didorong oleh faktor keuntungan dan kepentingan parti tertentu yang ingin merosakkan reputasi PWS.

Press: Megat Alang Sengketa

PRU15, SABAHAN CERMINAN PERPADUAN NASIONAL

Memetik klausa ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perutusan khas beliau pada awal febuari baru-baru ini sedikit sebanyak menggambarkan bahawa beliau akan menasihati Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja pandemik covid-19 telah reda dan PRU selamat untuk diadakan. Lantaran itu, kini dilihat parti-parti politik sedang mengatur persediaan untuk menghadapi […]

PRU15, SABAHAN CERMINAN PERPADUAN NASIONAL

Warisan Nafi Dakwaan 30 Ketua Cawangan di Semporna Keluar Parti

SEMPORNA: Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menyangkal laporan 30 ketua cawangan di kawasan Parlimen Semporna meninggalkan parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu majlis di sini semalam.

Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna Hasbullah Rauddah berkata perkara itu berdasarkan maklum balas beberapa ketua cawangan yang mendakwa kehadiran mereka dalam perjumpaan Bersatu itu sebagai satu manipulasi.

“Mereka (ketua cawangan) berasa agenda perjumpaan itu juga tidak jelas, selain kehadiran mereka ketika itu sebagai penduduk kampung dan bukan atas kapasiti ketua cawangan parti.

“Adapun individu yang mengaku sebagai ketua cawangan dan kalau betul pun (keluar parti) hanya diri mereka sahaja tidak termasuk semua ahli cawangan terbabit, selain ada individu ini (mengaku ketua cawangan) tetapi hanya sebagai ahli biasa,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan punca 30 ketua cawangan Warisan di kawasan itu keluar parti akibat nasib mereka tidak terbela.

Menjawab dakwaan kepimpinan Warisan gagal mengotakan janji berhubung isu penempatan sementara penduduk Kampung Bangau-Bangau, Hasbullah berkata pada Julai 2020 kerajaan Warisan meluluskan peruntukan RM8.2 juta bagi pembinaan lebih 300 rumah di kampung berkenaan.

Di samping itu katanya, langkah pemindahan penduduk Kampung Simunul ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria pada pemerintahan Warisan pula kerana mahu memastikan penduduk tidak  terdedah dengan risiko bencana, serta turut diberikan pengecualian bayaran sewa selama setahun.

Terbitan Semula Dari Sumber Utama: Borneotoday.net

Bermaruah