BEONE CARES: Bantu Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni Pulang Ke Sekolah!

DERMA E- WALLET : 011 71585858

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakyat Malaysia!


Saya Ezall Rohaizad Mohd merupakan (BSE) Beone Sales Executive / Rakan Niaga Sah di sebuah syarikat telekomunikasi terbaru yang kini mendapat sambutan terlaris dipasaran iaitu BEONE PREPAID NETWORK.


Kami telah melancarkan kempen untuk Rumah Kasih Harmoni, sebuah rumah anak yatim di Paya Jaras untuk membantu anak-anak mereka pulang ke sekolah!


Adakah jenis bantuan yang akan diberikan?


BEONE akan membantu membekalkan baju sekolah kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan mereka dengan baik!


Sertai kempen kami berbakti kepada rakyat! Satu kebaikan yang anda lakukan, seribu kebaikan akan kembali kepada anda.
Bagaimana anda boleh bantu? Mudah sahaja! Anda boleh bantu dengan derma beberapa sahaja yang anda inginkan ke nombor e-wallet yang ditetapkan. No. E-Wallet : 011-7158-5858.


BeONE Prepaid – All About Infinity


https://beone.com.my
Email : admin@beone.com.my

CEO Amazon kembali rampas takhta orang terkaya dunia

New York: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon.com Inc, Jeff Bezos merampas semula ‘takhta’ sebagai individu paling kaya di dunia selepas gelaran itu jatuh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk untuk tempoh enam minggu.

CNet melaporkan Bezos merangkul kembali kedudukan nombor satunya dengan kekayaan bersih 191.2 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) (RM772.12 bilion) atau lebih 955 juta dolar AS (RM3.86 bilion) berbanding Musk apabila saham Tesla Inc merosot 2.4 peratus.

Dengan itu, kekayaan bernilai 4.6 bilion dolar AS (RM18.58 bilion) yang dimiliki CEO pengeluar kereta elektrik itu turut jatuh dalam kedudukan teratas ranking Indeks Billionaires Bloomberg.

Bezos yang sebelum ini memegang gelaran itu selama lebih tiga tahun hingga bulan lalu baru-baru ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai CEO syarikat gergasi e-dagang itu pada suku ketiga untuk memberi tumpuan kepada projek lain.

Sementara itu, kemunculan Musk di media sosial kelihatan berterusan, namun saham Tesla merosot hampir 10 peratus dari paras puncak pada 26 Januari.

Beliau turut menyemarakkan GameStop Corp yang didorong oleh Reddit dan menyebabkan saham Etsy Inc, Shopify Inc, CD Projekt SA serta Signal Advance Inc melonjak menerusi ciapannya di Twitter yang mengujakan.

Baru-baru ini, beliau menaikkan harga Bitcoin dan juga Dogecoin, mata wang kripto yang kurang dikenali, juga menerusi ‘tweet’ awal bulan ini. Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 4:15 PM

Berita Berkaitan

Elon Musk individu terkaya dunia

Kaut laba berganda ketika Covid-19

Jeff Bezos terkaya dunia

Bill Gates terkaya di dunia

Jadi bilionair selepas bercerai

AS ‘kerah’ taikun pulih ekonomi

Aset orang kaya China RM11 trilion