Ketika ditemui, lelaki yang berasal dari negara jiran Filipina yang didapati memakai pakaian perempuan itu dipercayai cuba meloloskan diri keluar daripada daerah Papar.
Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof Yacob telah mengguna wang untuk menyogok dan mempengaruhi wakil-wakil rakyat lain untuk berpaling tadah bersamanya.
“Kami dimaklumkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan, beliau (Dr. Yusof) turut mempengaruhi mereka untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”
“Parti Warisan tidak pernah berkompromi dan menentang sekeras-kerasnya budaya lompat parti dengan cara penyogokan wang dan pangkat sama ada di peringkat negeri atau Pusat,” kata Shafie dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Berkenaan alasan yang diguna untuk Dr. Yusof berpaling tadah, Shafie berkata Dr. Yusof tidak wajar mengguna alasan sedemikian kerana telah diberi peluang dan ruang secukupnya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Yusof tidak wajar menggunakan alasan keputusan ini dibuat demi meneruskan khidmat kepada Rakyat setempat.”
“Ini adalah kerana beliau sendiri sebelum ini telah diberi jawatan penting dalam Kabinet negeri iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi.”
“Malah, kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Parti telah membolehkan beliau menyertai perbincangan dan mesyuarat penting termasuk Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan juga Mesyuarat Pasca Majlis Raja-Raja bersama dengan Menteri Besar, sama ada mengiringi atau mewakili Presiden parti.”
Dalam pada itu, Shafie meminta semua ahli dan penyokong serta kepimpinan di semua Bahagian supaya bertenang dan kekal setia dengan perjuangan asal Warisan, iaitu menentang kleptokrasi, mengembalikan hak rakyat Sabah dan memperjuangkan kesaksamaan merentasi perbezaan kaum, bangsa atau agama, selaras dengan matlamat Warisan sebagai parti yang membawa suara dan mewakili pelbagai bangsa.
Pergolakan politik pusat di antara UMNO dan PPBM secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kerajaan GRS Sabah, kelihatannya ibarat retak menanti belah. Terdahulu, 143 bahagian dari 191 bahagian UMNO mengusulkan menolak kerjasama dengan PBBM pimpinan Muhyiddin pada PRU15. Hubungan antara UMNO dan PPBM dilihat seolah-olah tidak lagi dapat mencari kesepakatan. Akibat dari keputusan Muhyiddin […]
Saya menafikan sekeras-kerasnya usaha menyeret nama saya ADUN N.60 Tunggu kononnya saya menyokong GRS..
Assaffal Panglima Alian
Menurut orang kuat warisan itu;
” kita tidak perlukan politik provokasi pecah dan perintah lapuk yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa demi kepentingan peribadi”
Terdahulu daripada kenyataan Assaffal, seorang lagi orang kuat warisan kudat Ben Chong turut menyatakan penafiannya tentang gimik pihak yang ketandusan idea bagi memecahbelahkan perpaduan kalangan masyarakat khususnya penyokong parti itu disini.
” Profil saya dalam gambar adalah berniat jahat oleh pihak tidak bertanggungjawab”
Katak lompat parti tiada dalam kamus kehidupan perjuangan politik saya sejak dari awal berjuang untuk rakyat dan PWS.
Ben Chong
Mereka yang meletakkan gambar saya dalam post sabahkini 2 sebagai ketandusan isu dan mengelirukan rakyat Sabah.
Perkara ini saya nafikan sekeras-kerasnya. Gambar tersebut digunakan oleh pihak lawan yang sengaja ingin menimbulkan persepsi negatif. Tindakan sabahkini 2 mungkin didorong oleh faktor keuntungan dan kepentingan parti tertentu yang ingin merosakkan reputasi PWS.
Baru baru ini satu perkongsian di fb Ketua Menteri Pemberian 177 Geran Tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Katanya, Penyerahan itu dilaksanakan bagi memudahkan agensi agensi tersebut di masa hadapan. 90 untuk Jabatan Pendidikan ,42 untuk Kementerian Kesihatan, 28 kepada kementerian pengangkutan, dan 17 kepada agensi yang lain. Perkara tersebut mengundang kemarahan di kalangan rakyat. Netizen […]
SABAHTODAYKOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah digesa supaya mengagih bantuan Covid-19 serta merta. Menurut Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong, GRS harus proaktif dan tidak menunggu ‘lampu hijau’ dari Kuala Lumpur. “Sabahans semakin hari semakin sengsara. Sudah masuk PKP kedua, malah darurat telah diisytihar.” “Tetapi bantuan masih tidak ada, […]
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.