TUN JUHAR ANTARA SENARAI TERAWAL MENERIMA DARJAH KEBESARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Dirgahayu Tuanku

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Mereka  menerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. 

Turut menerima SUMW ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam; isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib; Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

Selain itu, seramai 24 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Penerima lain termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Rosida Jaafar; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Suhaime  Mahbar; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan serta Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Yusof Ismail.

Tun Dr Abdul Rahman Abbas

https://www.borneotoday.net/tun-juhar-tun-dr-abdul-rahman-dahului-senarai-penerima-darjah-kebesaran-wilayah-persekutuan/